"Saya percaya pada perancangan Allah. Kalau tiba waktunya, mana mungkin saya dapat menolak takdir ditetapkan sebab itu saya bersedia saja," katanya.
Wanita berusia 27 tahun itu juga tidak akan merahsiakan tarikh pernikahannya nanti.
"Saya ikut saja. Apabila tiba saat itu, kami akan kongsikan berita baik kepada peminat," katanya.
Pernah bercinta dengan Syafiq Kyle, hubungan mereka dikatakan putus pada Mei 2020.
Bagaimanapun, menerusi beberapa hantaran di Instagram, hubungan mereka seolah-olah kembali bertaut.
Sama ada Mimi dan Syafiq sudah berbaik semula atau sekadar rakan biasa, kedua-dua pelakon itu enggan mengulas lanjut.