Tindakan ahli masjid menjatuhkan hukuman pada pencuri wang tabung mengundang perhatian dan pelbagai kritikan warganet.
Dalam video tersebut, kelihatan sekumpulan ahli masjid menangkap seorang remaja lelaki yang didakwa mencuri wang tabung masjid berkenaan. Susulan itu, dia dihukum dengan dimandikan di atas tempat mandi jenazah. Selain itu, dia turut dilibas dengan getah paip dan dilumur dengan kapur barus serta serbuk cendana yang digunakan bagi memandikan jenazah.
Video tular itu mendapat kecaman dan kritikan orang ramai di Twitter berikutan tindakan mereka yang terlibat disifatkan tidak mencerminkan keperibadian orang Islam. Warganet turut berpendapat meski pencuri tersebut bersalah namun ahli masjid tidak sepatutnya menghukum sedemikian. Sebaliknya, mereka harus membuat laporan polis dan serahkan individu tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Sumber: Murai
|
Kurex replied at 13-1-2022 07:39 AM
Sebab tu iols tak menderma dekat masjid2 / surau..
Duit derma tu masuk poket ajk masjid & beli hiasa ...
zacks replied at 13-1-2022 08:41 AM
Dalam ni semua sokong pencuri. Bela pencuri.
Nnt kalau rumah kena rompak, boh karpet merah sambil s ...
zacks: Dalam ni semua sokong pencuri. ...
ADVERTISEMENT