Biar seragam putih tercalit kotoran, asalkan integriti tidak tercalar. Itu gambaran terhadap tindakan anggota polis trafik yang sanggup turun membersihkan sampah yang menyebabkan longkang di tepi jalan raya di Kampung Meruntum, di Putatan, tersumbat semalam.
Tindakan Koperal Shah Erman dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang itu bagi mengalirkan air dalam longkang supaya tidak bertakung di jalan raya. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, Shah Erman ketika itu sedang menjalankan tugas 'point duty' bersama dua lagi anggota, Sarjan Fadzil dan Konstabel Syazwan yang turut mengawal lalu lintas.
"Mereka menjalankan tugasan melancarkan aliran trafik di kawasan itu dan pada masa sama Shah Erman membersihkan sisa kotoran dalam longkang tersumbat yang menyebabkan air bertakung di atas jalan. "Saya ucapkan syabas kepada Shah Erman di atas sikap positif yang ditunjukkan kepada masyarakat," katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi IPD Penampang, hari ini. Shah Erman, 35, berasal dari Kuantan, Pahang, sudah sembilan tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Menerusi hantaran itu, satu video berdurasi 2.38 minit yang memaparkan Shah Erman berada di dalam longkang untuk membersihkan sampah tersumbat turut dikongsikan kepada netizen. Sumber: Harian Metro
|
pu3_rania replied at 13-1-2022 07:35 AM
Syabas kepada anggota polis yang bernama Shah Erman di atas sikap yang terpuji dan berhak mendapat p ...
Skuau replied at 13-1-2022 05:26 PM
makanya gue udah selamatkan mangsa banjir...maka gue patut udah bisa dapat IC nya buk....-indon:lo ...
pu3_rania replied at 13-1-2022 11:24 PM
Ko dah kenapa nak kaitkan dengan IC dan Indon?
Ada wayar dalam kepala yang dah terputus dan terbak ...
Skuau replied at 14-1-2022 10:11 AM
ngak buk...sama seperti pak polisinya ...gue udah berjasa kpd rakyat Msia..bisa dpt anugerahnya..j ...
ADVERTISEMENT