CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Tips jimat ruang sempit dirumah

3-7-2015 05:02 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 11552| Komen: 16

oleh Fyruz


Rumah yang sederhana itu mempunyai sudut yang membahagiakan jika kita pandai dalam melakukan susun atur. Justeru itu, setiap inci ruang rumah jika kita pandai ambil peluang bakal menjadi inspirasi dan kekaguman rakan-rakan dengan kepandaian anda menggunakan ruang. Jom cuba idea berikut:



1. Simpan koleksi kasut anda dengan kotak bertingkat seperti ini
5-vine-box-storage.jpg

Biasanya perempuan mempunyai masalah ini, banyak kasut sehingga kelihatan bersepah-sepah. Cuba guna kotak untuk yang telah dimodifikasi seperti gambar. Satu kotak tu mampu kamu isi kasut sehingga 6 pasang. Memang jimat ruang.

2. Dapur tak ada tempat untuk letak papan pemotong, apa kata guna laki (lihat gambar)
peG8IPT.jpg
Meja bukan tak ada, tapi sebab ruang yang terlalu sempit, di situ lah kamu lambakkan periuk nasi, oven, blender, kettle sampai ruang memotong sayur tak ada. Jangan risau, tarik laci dan gunakan ruang yang ada. Siapa sangka! Jimat ruang.

3. Elak barang tercicir, lekat sahaja besi magnet ini
$(KGrHqF,!oEFGzc8ZEN5BRt4KsdnK!--60_35.jpg
nah.. kunci, pengetip kuku, tweezer, semua kamu boleh lekat disini. Mudah lihat dan tak hilang.

4. Maksimakan penggunaan ruang bawah tangga
wcwwcdaqcgbvaavfyhcn.jpg
Ha, ingin ada mini office dekat rumah anda? Boleh guna idea ini, selain daripada ia sangat praktikal dan ruang yang kecil, biasanya ruang bawah tangga ini lebih tertutup dan 'just nice' untuk kamu.

5. Simpan bawah katil
529666a4697ab00e08002c2c._w.540_s.fit_.jpg
Cadar, bantal, selimut boleh kamu sorokkan di bawah katil. Tetapi harus dipastikan semua itu anda simpan didalam plastik kedap udara. Ia akan menjamin ruang yang lebih luas serta senang anda ingin tukar cadar bila perlu. Kan best jika kita ada katil sebegini bukan?

6. Gandakan pakaian yang digantung dengan penutup tin
double-size-your-closet-using-soda-tab-hangers-w654-491x500.jpg
Kalau boleh selepas ini jangan buang penutup tin. Anda boleh 'double' hanger seperti ini, jimat ruang jika anda menggantung kemeja dan bukan baju panjang dan labuh. -LadyLista.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Wakai 3-7-2015 05:24 PM
comelnya dapur dalam gambar nombor dua tu..kecik je..
Quote tatirania 4-7-2015 08:37 PM
wahhhh.......menariknya......boleh cuba nie.......
Quote diane_dian 6-7-2015 12:24 PM
info berguna!
Quote CMFreporter 6-7-2015 01:40 PM
tatirania replied at 4-7-2015 08:37 PM
wahhhh.......menariknya......boleh cuba nie.......

tqtq....





Quote jaa139 6-7-2015 04:25 PM
tak terfikir penutup tin tu...kreatif
Quote iznanaziz 7-7-2015 01:31 PM
yg katil tu, saya buat, tapi simpan barang2 yg tak akan diambil.
susah le nak angkat tilam, lepas tu nak angkat papan.
duk apartment, bukannya besar sgt....
tak tahu nak adjust camana lagi dah
Quote cik_tonggek 8-7-2015 03:43 PM
ni masalah akak masa dok kat Dubai dulu
ya rabbi....
aku yg duduk sepanjang masa dlm rumah pun naik semak perut
kesian abam lori akak balik keja mesti stress
skang dah balik msia lega sket
barang rumah dah tak meleret2 mcm dulu
anak2 dah besar takde lagi tersepak terpijak toys
Quote nur_fiza 8-7-2015 11:37 PM
rumah sewa sy pun kecik, huhu, trpksa minimumkn perabot idaman, tp laci nk buat tmpt pemotong tu, kuat ke? mcm x yakin je, skali tgh syok potg carrot. prak!!!
Quote jojoe00 26-1-2016 10:40 PM
thanks
Quote qronaldo7 27-1-2016 08:23 AM
byk da skrg perabit yg jimat space.

kne byk survey jek
Quote mie07 27-1-2016 09:12 AM
wah  bagus ni
Quote sun5670 28-1-2016 08:38 AM
Edited by sun5670 at 28-1-2016 08:39 AM

wow bagus tips nie...

jom share lg
rumah comel sgt..
Quote Emperor95 28-1-2016 09:16 AM
info yang berguna
Quote mikey.zid 28-1-2016 02:00 PM
thanks for sharing
Quote Missfadh 7-2-2016 09:50 PM
Good info. Boleh cuba nanti.
Quote missxoxo 8-2-2016 04:11 PM
Mslhnye perabot2 yg dual fx ni slalu mahal.
Sob. Sob.

Lihat semua komen(16)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.063425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top