Muat naik terkini pelakon jelita, Siti Saleha di akaun Instagram nya mendapat perhatian orang ramai terutama dikalangan para peminat. Bintang drama popular 7 Hari Mencintaiku ini, berkongsi gambarnya yang sedang menjalani kuarantin kendiri.
“Berapa lama lagi nak kuarantin,” tulisnya.
Melihat foto yang dimuat naik pelakon berbakat ini, ramai peminatnya membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan memuji kecantikan semula jadi wajah Saleha. “Kuarantin pun tetap manis… Macam mana tu?” “Kita kuarantin dah macam orang tak betul dah. Dia molek je ea”
“Sabar menanti okay… Stay safe tau” “Kuarantin pun cantik eee apa ni. Love you mis” “Awak nampak sangat jelita walaupun tanpa mekap,” komen mereka.
Selain memuji kecantikan, ramai peminat meluahkan rasa teruja mereka yang tidak sabar menanti Saleha kembali ke set penggambaran bagi drama 7 Hari Mencintaiku musim yang ketiga. “Cantiknya @sallywho jaga diri tak sabar tunggu Mia masuk set #7hmk3” “Yessza.. Musim 3 akan datang @sallywho” “Sedang menunggu Mia Adriana turun ke area suting”
“Tak lama lagi lepas Mia Adriana habis kuarantin dia akan mula shooting” komen mereka lagi Untuk rekod, Saleha dikhabarkan masih lagi kekal memegang watak sebagai Mia Adriana dalam drama yang mencetuskan fenomena itu kelak. -CARI Sumber: Murai.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|