CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar mungkin pekak ditampar guru

20-6-2013 09:15 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7249| Komen: 40


Norlaila menunjukkan laporan polis dibuat mengenai kejadian menimpa anaknya, Mohd Jazman.

MARANG - Seorang pelajar sebuah sekolah di sini, berkemungkinan pekak selepas ditampar guru Isnin lalu.

Mohd Jazman Jailani, 15, mendakwa ditampar guru lelaki itu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dituduh memancitkan tayar kereta seorang guru perempuan, bersama beberapa murid lain.

Kejadian itu berlaku apabila guru lelaki terbabit mengarahkan dia dan seorang lagi rakannya ke bilik guru untuk disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

“Apabila tiba di bilik guru, cikgu itu bertanya mengenai tayar kereta cikgu (perempuan) yang pancit minggu lalu. Saya menafikan saya terlibat.

“Dia tidak percaya dan menampar pipi kiri saya dengan kuat. Telinga saya rasa berdengung sampai sekarang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Jazman berkata, dia tidak segera memberitahu ibunya mengenai tindakan guru itu.

Ibunya, Norlaila Jusoh, 41, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas anak keempat daripada tujuh beradik itu bangun tidur kira-kira jam 5 petang hari tersebut dan mengadu sakit telinga.

“Saya membawa anak ke Klinik Kesihatan Gong Balai, di sini, sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya,” katanya.

Keluarga Mohd Jazman membuat aduan di Balai Polis Merchang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan dan kes sedang disiasat.


14

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xpdckelate 20-6-2013 08:08 AM
huh,budak2 sekarang....huh,cikgu cikgi sekarang
Quote md.jie 20-6-2013 08:10 AM
elok lah ditukarkan guru itu ke lahad datu
Quote missymia 20-6-2013 09:41 AM
Best budak2 sekarang boleh repot polis kalau cikgu pukul kan..rugi aku x buat report polis dulu..huhu
Quote Tottot89 20-6-2013 09:46 AM
libas ngan rotan kat punggung je.....jangan di tampar sampai mendatangkan kecacatan kekal
Quote ogata 20-6-2013 09:46 AM
tak dinafikan budak budak sekarang agak kurangajar dan guru guru pula tak da passion nk mgajar..
Quote blackrose 20-6-2013 09:54 AM
gaya budak degil nih...
tgk budaknya bukan main bergaya dgn jam besar rambut pacak.. muka pun ala2 don juan jugak nih...
Quote annehuda 20-6-2013 10:00 AM
ngape aku rs mcm tak kesian kt budak ni?
Quote amyainsamad 20-6-2013 10:04 AM
budak2 ....skrg
Quote solstice 20-6-2013 10:16 AM
Cikgu tu pon bangang
Ye pon nak tampar biarlah ada bukti kukuh
Ni main tuduh pas tu siap lempang
Spisis bangang
Patut lah murid2 makin jahat
Quote harimau76 20-6-2013 10:23 AM
boleh jer nak pukul.. tp biarlah dgn bukti yg cukup, di tempat yg sepatutnya dan dgn niat utk mendidik... bukan lepaskan geram..
Quote solstice 20-6-2013 10:27 AM
harimau76 posted on 20-6-2013 10:23 AM
boleh jer nak pukul.. tp biarlah dgn bukti yg cukup, di tempat yg sepatutnya dan dgn niat utk mendid ...

Kalau anak cikgu tu yg kena camtu maunya meroyan jugak
Quote harimau76 20-6-2013 10:32 AM
solstice posted on 20-6-2013 10:27 AM
Kalau anak cikgu tu yg kena camtu maunya meroyan jugak

tu la pasal... org gila ja yg tak meroyan kalau anak dipukul cikgu hingga mengakibatkan kecederaan sebegitu..
Quote housequeen 20-6-2013 10:36 AM
kenapa aku rasa mcm budak tu kena penampaq jepun dng cikgu nya more to sebab menjawab dng biadab drpd pertuduhan yg dikenakan itu sendiri....budak2 sekarang kalau part biadab ada kalanya mmg melampau2 dan mmg dng muka nak mintak penampar je selalunya...anyway, masak lah cikgu tu nak menjawab lepas ni...tak pasal2 je...
famiy budak ni tak de pegi sekolah check dulu ke sebelum buat report polis...
Quote ikanmasin 20-6-2013 11:05 AM
tp kan ikut logik ..jgn la cikgu tu main pakai lempang kat tmpt yg tak sepatutnya..
kalau nak gunakan kekerasan pun..jgn la sampai mencederakan bdk tu..
kalau pun nak rotan..rotan je la..kan cikgu2 tu suda diberitahu bahagian mana yg patut
dan dibolehkan utk menghukum bdk2 sekolah...bukan memihak mana2 pihak tp
kesan yg dibuat akan meyusahkan dua pihak..
Quote _nursha_ 20-6-2013 11:31 AM
sedak jadi budak budak zamang lening....kene katok sikit,,,repot polih lalu...
cikgu pulok,,g katok budok tanpa bukti kukuh....
nasib ar...
Quote mrsrezza 20-6-2013 11:40 AM
budak2 skang cikgu2 skang smaa naik!

budak2 makin hari makin kurang ajor!

cikgu2 makin hari makin kurang sabor!

Quote tykarib 20-6-2013 02:57 PM
annehuda posted on 20-6-2013 10:00 AM
ngape aku rs mcm tak kesian kt budak ni?

mgkin ko belum jadi papa ehsan haha (tiba) bg aku apa2 pun kita kna sayangi anak2 kecil ni..klux dia akn memberontak
Quote batusembilan 20-6-2013 03:08 PM
elok nya buang sekolah je.
Quote mikasa 20-6-2013 03:19 PM
annehuda posted on 20-6-2013 10:00 AM
ngape aku rs mcm tak kesian kt budak ni?

aku kesian kat mak dia lagi..

kalau betul perangai dia tak berapa elok

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073676 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top