Siapa yang tidak kenal dengan usahawan berjaya yang popular di Malaysia iaitu Dato Aliff Syukri. Dato terkenal dengan sikapnya yang suka melayan peminat di akaun sosial medianya. Dahulu kita pernah melihat Dato berkongsikan gambar banglo barunya. Baru-baru ini, Aliff telah memuat naik gambar bilik airnya yang ala-ala bertaraf hotel untuk dikongsikan bersama peminatnya di akaun Instagramnya.
Disebabkan ramai yang mahu melihat 'design' bilik airnya, maka dia menunjukkan kawasan bilik air itu termasuklah bilik persalinan. Ternyata memang besar bilik airnya seolah-olah kita melihat satu buah rumah. 'Bathtub' untuknya berehat kelihatan seperti ala-ala jakuzzi. Cantik, luas dan tersusun rapi bak kata orang 'open concept'. Sememangnya harga untuk membuat bilik air sebegitu memakan beratus ribu ringgit, tetapi tidak menjadi masalah bagi Dato Aliff Syukri kerana dia merupakan seorang usahawan yang berjaya. Mesti ramai di antara kita yang menginginkan bilik air yang cantik dan luas seperti di rumahnya. Namun kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada. Bukan mudah untuk Dato Aliff Syukri menikmati kehidupannya yang sekarang ini kerana kejayaan tidak akan datang bergolek. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian dan ada juga yang berhasrat untuk memiliki bilik air yang luas dan cantik itu. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|