CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hentikan Kelakuan Sumbang Dalam Drama Tempatan!

13-7-2015 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 12914| Komen: 49|Original author: Alion

Oleh Adib Za

Semakin hari semakin memualkan adegan peluk cium yang ditayang dalam drama tempatan khususnya Melayu. Tindakan persis pasangan suami isteri itu nampaknya dilakukan dengan 'berleluasa' tanpa adanya timbang rasa sedikit pun, kalau tidak pun, secebis rasa sensitif terhadap penonton yang majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. 


Adegan peluk cium itu terang-terangan bertentangan dengan adat dan agama Islam sendiri. Sebenarnya, adegan sebegini bukanlah baharu lagi dalam drama Melayu, sejak dahulu lagi sudah wujudnya 'scene' berpegangan, bersentuhan dan berpelukan. Namun, ia tampak lebih ketara dengan drama-drama yang membariskan pelakon baharu dan meletop masa ini.

Ditambah dengan adanya media sosial, para penonton bertindak sebagai 'juri' yang terus mempersoalkan situasi 'negatif' tersebut dalam drama Melayu. Maka, semakin hangatlah 'drama' tersebut.

Adegan berpelukan tanpa segan silu. (Sumber foto: Siakapkeli)


Persoalannya, mengapa penerbit sengaja membarakan kemarahan masyarakat? Untuk menarik perhatian? Meninggikan rating? 

Seharusnya sebuah drama itu, bukan sahaja menghiburkan namun membentuk jati diri dan menyampaikan banyak mesej yang positif kepada masyarakat. Bukannya meruntuhkan akhlak dan menggalakkan perlakuan sumbang.

Tahniah kepada sesetengah pelakon yang menyuarakan prinsip untuk tidak terlibat dengan adegan tayang badan, berpegangan tanpa mahram dan peluk cium. Tidak semestinya seorang artis itu sentiasa dikaitkan dengan perkara negatif, kini ramai yang menunjukkan perubahan ke arah yang lebih baik.


Tahniah juga kepada inisiatif yang dibawakan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) baru-baru ini mengenai garis panduan peraturan yang melarang adegan peluk cium ini dalam drama tempatan. Pastinya ia memberi nafas lega kepada para ibu bapa yang tak mahu adegan panas tersebut berleluasa di kaca TV dan dilihat oleh anak-anak bawah umur. Malah, nafas lega kepada seluruh masyarakat amnya. 

(Kredit foto: Forumer Alion)


Selain adegan ghairah dan berpelukan ini, elemen tahyul dan kekejaman juga dilarang dan akan dipotong sama sekali. Begitu juga dengan bahasa kesat dan kasar yang menyentuh sensitiviti masyarakat. 

Diharapkan para pelakon dan penerbit agar lebih peka dan prihatin dengan budaya dan pantang larang agar tidak menonjolkan sesuatu yang taboo dalam lakonan anda. Jadi, tolong, tolong dan tolong ya!

Harus diingat, tugas sebagai pelakon itu sendiri, bukan sekadar glamor dan mencari makan, namun menyampaikan mesej yang terbaik buat masyarakat. Sentiasa ingat agar tidak sesekali melampaui batas dalam segala perbuatan anda ya. - CARI Infonet
35

Bagus
55

Marah
28

Terkejut
30

Sedih
20

Lawak
35

Bosan

Friends Rank (203 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dragger 9-7-2015 03:38 PM
jgn banyak sangat potong

elok2 cerita tu setengah jam, jadi 5 minit pulak.. mcm cilako


Quote gede-bab 9-7-2015 03:40 PM
adengan2 dalam astrok kena potong tak??
Quote zach2008 9-7-2015 03:41 PM
Tak payah buat filem/ drama je la...

Satu lg yg harus di potong... pemimpin2 korup pun harus di potong keluar TV
Quote ninjago 9-7-2015 03:41 PM
kihkihkih.. nie rules yg baru kuar arinie ke? ckp la penangan dari cite M.A.I.D. ngan cite Ziela Jalil tv3 tu.. dlm cite MAID tu jadik malu gila nak tgk adegan2 peluk2 nak cium ZA ngan AJ, even tgk ngan husband sndiri.. sendiri jadik malu.. daring tul dorg..ish
Quote melia_star 9-7-2015 03:41 PM
x heran...org dah x tgk filem/drama kt tV dah.....buhsan....
Quote ultra78 9-7-2015 03:41 PM
Whatever lah. Tengok online atau download aje..Dalam tv pun bersepah drama melayu aje
Quote primemova 9-7-2015 03:42 PM
Ziela jalil punye kes la ni
Quote bangcak 9-7-2015 03:44 PM
agak2 pilem box opis kebanggaan macai bijan tinggal baper minit selepas tapisan??
Quote Orix 9-7-2015 03:44 PM
Meleis dan double standard bpisah tiada...
Quote lurve82 9-7-2015 03:45 PM
yg drama Maid tu hakak folo smpi epi theyols kawen jah...lpas tu hauk sgt hakak tgk kejap2 jah kat tv...muntah darah...
Quote Muntz 9-7-2015 05:26 PM
Bagi aku lar, tak perlu potong2. Tapi subscribers mesti opt-in utk censorship kalau diorg perlu. Defaultnya harus bebas potongan.
Quote lavameriambuluh 9-7-2015 05:29 PM
Muntz replied at 9-7-2015 05:26 PM
Bagi aku lar, tak perlu potong2. Tapi subscribers mesti opt-in utk censorship kalau diorg perlu. Def ...

alahai....takyah nak double standard la bahlol woiii serupo orang tarak didikan mak pak
kat sini bukan potong ajer...terus delete pun ade..


takut post ramai orang baca ke aper..??




Quote apam 9-7-2015 05:33 PM
Elokla tu........
Quote Alion 9-7-2015 05:40 PM
Tengok juga motifnya. Jika peluk & cium untuk selamatkan nyawa - ok saja.
Quote Maideen. 9-7-2015 05:58 PM
Semoga penonton drama melayu bertabah........
Quote mbhcsf 9-7-2015 06:00 PM
drama sampah je yg relies on these parameters.
sapa tengok ?

Quote atekome 9-7-2015 06:02 PM
Pasni plakon smua wajib tutup aurat..pastu tkde adegan suami isteri..akhir skali kartun pun tk blh sbb tahyul
Quote famri7 9-7-2015 06:22 PM
Antara Perkataan carut terberat berdasarkan piawaian kurajaan meleis

1.Babi
2.Anjing
4.Kafir
dsb...

nampak x bias disitu sis?..kesiam ummah kaper kna censor kalau sebut anjing...taliban ftw
Quote purpledesire 9-7-2015 06:22 PM
sepatutnya dari dulu lg benda nie dilaksanakan..

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.497663 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top