Oleh Izzah Abbasy Suami dan isteri sama-sama memerlukan. Ia diibaratkan seperti pakaian yang saling menutupi keburukan, melindungi dan menghiasi. Biasanya kita akan dengar janji manis setiap pasangan sebelum berkahwin. Sumpah setia untuk sehidup semati. Sungguhpun begitu, sangkaan panas berterusan rupanya hujan di tengah hari. Sebolehnya, kita tidak elakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam sebuah perkahwinan yang suci. Jika kita tidak inginkan sesuatu yang buruk berlaku dalam keluarga, sebagai seorang isteri haruslah taat dan sentiasa berada di belakang suami. Sikap seorang isteri memainkan peranan yang penting bagi mencerminkan kebahgiaan yang dibina.
Kredit Foto : www.terbaek.net Sikap isteri yang menyejukkan hati suami antaranya ;
1. Berhias secantik mungkin serta banyak tersenyum ketika suami berada di rumah. 2. Menampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri ketika ada di depan suami. 3. Suka memberi perhatian kepada suami. Dengan perhatian tersebut maka akan membuat seorang suami merasa nyaman. 4. Menerima sekecil apapun pemberian suami dan menghargai pemberian tersebut. 5. Tidak banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum mampu dia penuhi. 6. Tidak suka membantah apa yang suami ucapkan. Dan bersuara rendah ketika berbicara kepada suami. 7. Selalu mentaati segala perintah dan larangan suami selagi bukan menyuruh pada hal-hal kemaksiatan. 8. Suka menemani suami diwaktu makan. Dengan ditemani maka seorang suami akan merasakan bahagia bersama. 9. Tidak suka melakukan sesuatu ataupun kegiatan yang tidak disukai suami. 10. Tidak suka keluar rumah jika tak ada keperluan penting. Kerana biasanya seorang suami tidak menyukainya. 11. Suka menghibur hati suami ketika dia dalam suasana bersedih. 12. Selalu turuti permintaan suami jika hendak mengajak tidur bersama sepanjang tidak ada hal-hal yang menghalangi untuk melakukannya. Bukan mudah untuk menjadi seorang isteri yang solehah tetapi ia cukup senang jika kita meletakkan dirinya untuk menjejakkan kaki ke syurga kelak. Isteri yang melaksanakan segala perbuatan dengan ikhlas, pasti mudah baginya untuk menjaga kebahagiaan bersama suami dan keluarga berterusan. - CARI Infonet
|
27
Bagus |
17
Marah |
21
Terkejut |
18
Sedih |
14
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
spiderman80 posted on 1-3-2013 05:37 PM
Ketuanan kaum Hawa akan terancam kalau mereka buat macam ini kat kaum Adam.
ADVERTISEMENT