Oleh : LOO TUNG SEANGArtikel Diterbitkan : 23 Julai 2015
China bukan sahaja merupakan negara asal teh, malah pengamalan budaya teh di sana turut dikatakan amat teliti dan mendalam. Walaupun kita minum teh setiap hari, tetapi ada sesetengah pengetahuan mengenai teh yang mungkin kita tidak sedar.
Berikut antara fakta penting mengenai teh yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan kita terhadap asal-usul teh dan sekaligus menjadi seorang peminat teh yang berkualiti.
1) Teh "Da Hong Pao" merupakan satu-satu jenis teh yang seberat satu kilogram bernilai USD1.025 million, ia diiktiraf sebagai jenis teh yang terbaik di dunia dan tempat asal penghasilannya adalah di Pergunungan WuYi di Fujian,China.
2) Terdapat pelbagai jenis teh di dunia ini, tetapi semuanya berasal dari jenis tumbuhan yang bernama Camellia Sinensis. Perbezaan antara jenis teh hanya berpunca daripada cara pemprosesan daun teh yang dilakukan.
3) Terdapat enam jenis teh yang berlainan : Teh Hijau, Teh Hitam, Teh Merah, Teh Kuning, Teh Putih dan Teh Oolong.
4) Uncang teh atau teh berbungkusan kecil sebenarnya merupakan penemuan yang di luar jangkaan, sepatutnya teh dikeluarkan daripada bungkusannya sebelum dijadikan minuman, tetapi ketika itu tiada sesiapa pun mengertinya. Al-kisahnya, seorang peniaga dari New York bernama Thomas Shalivan yang memulakan cara memuatkan teh ke dalam satu bungkusan benang kecil untuk diagihkan kepada pelanggannya. Pada asalnya dia beranggapan pelanggannya akan keluarkan daun teh tersebut dan merendamnya bersama air panas dalam bekas seperti cawan, lepas itu barulah minum. Tetapi semua pelanggannya dikatakan salah anggap niat sebenarnya.
5) Pada zaman Victoria, masyarakat ketika itu mempunyai sejenia tabiat minum teh yang istimewa, kegunaannya adalah untuk mencegah orang ramai ketika minum teh, misainya terendam di dalam air tehnya. Jenis Cawan Misai ini diperbuat oleh seorang pekerja barangan seramik dari England iaitu harvey Adams. Sekitar tahun 60an, amalan bermisai adalah sangat popular, meskipun hari ini, jenis cawan misai tersebut masih boleh didapati melalui eBay.
6) Letak uncang teh yang kering dalam beg atau kasut yang berbau busuk , ia mampu menyerap semua bau yang tidak menyenangkan. Selain itu, uncang teh juga boleh digunakan untuk melegakan bahagian yang tercedera akibat pancaran cahaya matahari.
7) Mencuci rambut dengan menggunakan secawan teh dikatakan boleh menambah kelembutan dan keserian rambut seseorang itu, akan tetapi ia hanya sesuai pada mereka yang mempunyai rambut yang berwarna pekat. Bagi mereka yang berambut warnanya tidak pekat adalah tidak sesuai keraana ianya mudah diwarnai menjadi warna seperti teh.
8) Air teh merupakan sejenis toner bagi bahagian muka yang terbaik, ia boleh membantu menghilangkan lapisan berminyak pada kulit.
9) Selain air, teh merupakan minuman yang paling ramai orang menggunanya di dunia ini. Mengikut statistik, seramai 15.8 juta orang minum teh di Amerika Syarikat.
10) Di United Kingdom, setiap hari kira-kira 16.5 juta cawan teh diminum oleh rakyatnya. Manakala kalau dikira tahunan pula, rakyat British habis minum sebanyak 6200 million cawan teh setiap tahun. Walaupun negara China mempunyai pengguna daun teh yang terbesar di dunia, tetapi kalau dikira secara purata untuk setiap individu, keadaan akan menjadi berlainan. Ini kerana Turki, Ireland dan United Kingdom merupakan antara tiga buah negara dengan purata pengguna yang paling ramai menggunakan daun teh.
CARI Infonet
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|