Oleh : Dean BZ Desas desus mengenai rombakan Kabinet telah hangat diperkatakan sebelum ini dan dijangka berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri. Memetik laporan Utusan Online bertarikh 27 Julai 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013. Beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu. Lapor akhbar itu lagi, antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. Beliau yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertukar potfolio lain. Seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaimanapun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan. Seorang timbalan menteri juga disebut-sebut akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sekurang-kurangnya dua muka baharu dilantik sebagai timbalan menteri. Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; “Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,” Status Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak pula dilaporkan dalam akhbar milik UMNO itu. Timbalan Perdana Menteri kebelakangan ini dikatakan sering memberi komen yang mungkin tidak sependapat dengan Perdana Menteri dan beberapa ahli-ahli UMNO. Najib mungkin bakal melakukan perubahan drastik atau lebih banyak kejutan besar bakal dilakukan. Tindakan ini jelas dapat dilihat bagi memastikan pasukan baru itu benar-benar menyokong beliau disaat-saat getir ketika berdepan pelbagai krisis, terutamanya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - CARI Infonet.
|
27
Bagus |
16
Marah |
17
Terkejut |
14
Sedih |
17
Lawak |
18
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:20 AM
Najib ngadap agung pun semalam tidak ada yg tahu..malah tidak ada mana media mahupun org BN termasuk ...
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:32 AM
Sbareery Cheek akan dipindahkan semula ke Belia dan Sukan.
leylapple replied at 28-7-2015 10:26 AM
byk benda yang najib buat org tidak tahu....
hanya dia dan beberapa org jer yang tau....
leylapple replied at 28-7-2015 10:26 AM
byk benda yang najib buat org tidak tahu....
hanya dia dan beberapa org jer yang tau....
Anak_Nogori replied at 28-7-2015 10:43 AM
Dah org keperayaaan dia pun tidak boleh dipercayai, mesyuarat kabinet pun boleh bocor..lebih baik ...
ADVERTISEMENT