Oleh Izzah Abbasy
Kita hanya mampu merancang tapi Allah jualah yang menentukan. Omar dan Allahyarhamah Ezzaty ini tidak sempat melangsungkan pertunangan yang telah dirancang pada penghujung Ogos ini. Hati suci milik pasangan ini berakhir setelah kekasih yang disayanginya koma dan telah mengadap Illahi buat selama-lamanya.
Ketabahan lelaki ini digambarkan apabila dia meluahkan perasaannya dengan memuat naik setiap
gambar dan status yang ditujukan kepada bakal tunangnya itu di laman Instagram miliknya bagi mengharap dan memberi kata-kata semangat kepada tunangnya agar kembali sihat seperti sedia kala. Tetapi Allah lebih menyayanginya
dan Omar telah meredhai pemergian kekasihnya itu setelah koma pada raya ketiga lalu dan
menghadap yang maha Esa beberapa hari kemudian.
Allahyarhamah Ezzaty telah
mengalami pendarahan teruk di kepala sebelum meninggal selepas beberapa
hari koma di hospital. Lebih menyedihkan segala persiapan untuk majlis
pertunangan mereka telah diuruskan dan hanya menunggu masa mereka
ditunangkan. Berikut adalah gambar dan status yang dimuatnaik oleh Omar sejak kekasihnya itu koma sehingga pergi menghadap Pemilik Abadi.
Please wake up Dear...
Cepat bangun ehh. jangan ngelat..
Bila saya warded siap boleh selfie.. ini awak pulak warded apahal tido je memanjang?
Dah nampak jari awak gerak gerak
Semua orang nak awak bangun..
Kita jumpa dekat sana...
Saya sayang awak tapi Allah lagi sayangkan awak..
Kejap lagi saya ziarah awak ye..
Our convocation day..
Punyalah excited tunjuk baju tunang dekat saya..
Punyalah susah nak cari cincin yang awak berkenan...
Saya akan datang lagi....
Tersentuh hati apabila membaca setiap status yang dimuat naik oleh Omar. Begitu kasih dan sayang dicurahkan kepada insan yang bernama Nurul Ezzaty ini. Semoga Allah semoga tempatkan Allahyarhamah Nur Ezzaty dalam kalangan orang-orang yang beriman. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya - CARI Infonet
Sumber asal : Siakapkeli.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|