CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

Salahkah "Jaga Tepi Kain" Jiran?

5-8-2015 05:56 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 10289| Komen: 40

Artikel Oleh : Izzah Abbasy
Video Oleh : Izzah Abbasy, FirdausZ



Jiran merupakan orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Jika kita lihat persekitaran di luar bandar, semangat kejiranan sangat kuat antara satu sama lain. Amalan gotong-royong, rewang, membersihkan kawasan kampung, bertukar juadah dan ziarah menziarahi menjadi suatu rutin buat mereka. Namun, berlainan di kota raya, semangat kejiranan kian pupus di beberapa kawasan kediaman elit, perumahan teres dan pangsapuri. Penduduk sekitar bandar ini lebih suka jika tiada yang mengenali mereka kerana bagi mereka tidak perlu 'menjaga tepi kain' orang lain.

Kenal atau tidak dengan jiran sebelah rumah? Yang pasti, orang tua atau kanak-kanak sememangnya kenal. Hal ini disebabkan oleh, orang tua selalu bertegur sapa manakala kanak-kanak pula jiran merupakan rakan sekolah mereka atau rakan sepermainan. Namun, apabila bertanyakan pada golongan belia mahupun dewasa, ramai yang tidak mengenali jiran dengan alasan sibuk bekerja dan mencari duit siang sehingga malam.

Tidak mengenali serapat mana tidak menjadi suatu hal, yang penting kita mengenali satu sama lain. Ambil tahu, bertukar nombor telefon dan sebagainya. Sekurang-kurangnya apabila kita ditimpa kesusahan, jiranlah orang yang pertama akan membantu kita. Bukan ingin menunding jari kepada sesiapa, diri sendiri pun kadang-kadang tidak sempat untuk mengenali lebih rapat dengan jiran, tetapi tidak salah saling mengingati antara satu sama lain.

Pihak kerajaan juga telah menyarankan kempen semangat kejiranan ini. Tapi, rasanya kurang berhasil kerana ia berpunca daripada diri sendiri. Sikap tidak mengambil tahu hal orang lain mendatangkan keburukan buat diri dan keluarga. Namun apabila terjadi sesuatu, jiran jugalah yang dicari. Yang menjadi tanda tanya, ke mana hilangnya nilai-nilai murni dan adab dengan jiran yang telah diajar ketika sekolah dahulu? - CARI Infonet

11

Bagus
12

Marah
20

Terkejut
29

Sedih
27

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VirginLady 5-8-2015 06:23 PM
ang ang ang..kwn aku dah berbulan kahwin alkisahnya kena raid ngan jais..kesian betul

sape la yg buat report tak tanya dulu tu..x tanya direct tanya la jiran2 sebelah dah kahwin ke belummm
Quote lavaladaputih 5-8-2015 06:26 PM
baru semalam wa kenal jiran @namirulmukminin

kesian dia...set pyrex dia si bahlol tu bawak lari...

Quote jay_07 5-8-2015 07:15 PM
kene buat akta berjiran kalau duduk dekat bandar ni.

atau adat berjiran di bandar.. kasi guideline..

jangan amalkan sikap kekampungan mcm sesetengah org PPRT...

Contoh: 1. Jiran dibandar perlu tau nama dan no telefon jiran sebelah kiri dan kanan. Jangan sampai spender koyak kau dok canang (kampung sangat)
2. Jiran diminta setahun sekali hadiri aktivit berjiran.

cukup la kot.. ko nak lebih2 ko punya pasal.. asal kenal sebelah menyebelah cukup la..
Quote bellaa 5-8-2015 07:55 PM
Depan belakang kiri kanan semua cina.
Quote melinda_kerr 5-8-2015 08:07 PM
Kenal jer. India. Slalu gak tegur2. Penting kenal dgn jiran especially klau perlukan pertolongan time kecemasan.
Quote CrowneGlory 5-8-2015 08:15 PM
Jiran aku keluar rumah 4.30am .. Balik kol 11 atau 12.30am .. Balik kdg2 tengah hari
Quote ultra78 5-8-2015 08:26 PM
Rasa macam kenal aje area ni...

@skymania

Aku keluar kerja sebelum pukul 7 pagi. Sampai rumah lepas pukul 7 malam. Jadi jarang nampak jiran
Quote alieyrina 5-8-2015 08:44 PM
X kenai sbb aku pemalu org nya  
Quote ipes2 5-8-2015 08:47 PM
kenal sebab jiran tak ramai
Quote revolusi_30 5-8-2015 08:48 PM
Dok kondo, jiran2 akak semua tutup pintu persis hotel... Ada masalah kol security saja. Senang.
Quote sukacactus 5-8-2015 08:54 PM
Jiran kat rumah yg blum pindah pun dah kenal
Apa lg jiran rumah yg dok skrg
Quote ultra78 5-8-2015 08:57 PM
revolusi_30 replied at 5-8-2015 08:48 PM
Dok kondo, jiran2 akak semua tutup pintu persis hotel... Ada masalah kol security saja. Senang.

Hahaha..tapi memang betul situasi org duk di apartment dan kondo. Kalau duk di kampung atau di rumah teres, orang boleh nampak jiran-jiran tu berada di halaman rumah duk menyapu ke,menyiram pokok ke,jemur kain ke. Waktu tu boleh la bertegur sapa. Benda ini tidak lagi revelan bila tinggal di rumah yang tak ada tanah. Waktu buka pintu dan tutup pintu itulah ajelah kalau nak terserempak pun. Takkan nak pergi ketuk pintu rumah orang semata-mata nak bertegur-sapa.
Quote Changa 5-8-2015 09:00 PM
Calling polis thread @axl_bach
Quote lavapaus 5-8-2015 09:06 PM
CALLING FOR POLIS CI @axl_bach UNTUK HENCAPAN SEPATAH DUA KEPADA REPORTER CI


@GhostWalking @obelisk @tongkatwaran75 MOHON BERI KOMEN HUJAN UOULS..
Quote revolusi_30 5-8-2015 09:14 PM
ultra78 replied at 5-8-2015 08:57 PM
Hahaha..tapi memang betul situasi org duk di apartment dan kondo. Kalau duk di kampung atau di rum ...

Itulah sis, ummah sekarang lebeh pentingkan privacy .. Kalau nak bersosial sembang2 segala, jemput jah ke rumah or buat makan2 ka, ajak sekali jiran2 dtg. Boleh juga berkenal2.

Bukan macam ummah dulu, berkuntun didepan pagar org or depan umah sambil sibuk hal2 org.
Quote Artemesiaa 5-8-2015 09:33 PM
Jangan cakap kat kondo je buat perangai cam tu yg duduk rumah teres pun ramai dah berjangkit perangai sebegitu.  Time perjumpaan penduduk setahun sekali le tetiba tunjuk mesra langit ke 7, lepas2 tu kalau selisih kereta pun buat2 tak nampak je drama queen sangat.
Quote njoi-10 5-8-2015 11:13 PM
Aku xpnah bgaul msra btgur sape  jiran sebelah mnyeblah umh aku
.takut nk tegur..muka masam je.
Quote seeriesagain 5-8-2015 11:33 PM
Jiran sebelah rumah baru balik dari beraya rumah aku mlm nie
Quote Skuau 6-8-2015 12:26 AM
Kt kmpng sumer aku kenal.Kt KL ni,mner le nk kenal bangla,nepal,myanmar,indon,negro tu sumer.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.060335 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top