Oleh Adib Za Buat anda yang aktif bersukan atau ke gym, jangan lupa semburkan wangian!
Pilihan wangian yang mempunyai elemen citrus sangat digalakkan kerana ia mampu membuatkan badan anda berbau harum dan segar.
Tiga wangian tersebut disyorkan buat anda yang aktif:
1. Davidoff Champion Energy
Disuntik dengan nota citrus yang segar, wangian ini merupakan pilihan utama jejaka yang aktif bersukan. Reka bentuk botolnya sahaja sudah menunjukkan tujuan utama minyak wangi ini dihasilkan.
2. Dolce & Gabbana The One Sport
Nota musk menjadi kekuatan wangian ini. Ianya segar dan manis, namun masih mengekalkan elemen maskulin. Wangian ini turut sesuai digunakan pada waktu siang dan cuaca yang panas.
3. Chanel Allure Homme Sport
Salah satu kelebihan wangian ini, meskipun dihasilkan khusus untuk mereka yang aktif, namun ia turut memaparkan sisi yang sensual dan romantik. Gabungan nota seperti limau mandarin, oren dan juga vanilla menjadikan wangian ini sangat istimewa.
(Sumber foto: mens fitness)
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|