CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Demi Bra, Untuk Pakaian Berpotongan Dada Rendah

7-8-2015 02:29 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 15768| Komen: 19

Oleh Fyruz Hanna

Bra dicipta pada lewat abad ke 9 merupakan ikon untuk wanita feminin yang menjadi simbol untuk wanita. Kewujudan bra bukan hanya untuk melindungi, tapi untuk memberi sokongan kepada payudara serta memberikan bentuk tubuh pada wanita.


Jom lihat antara jenis bra untuk anda:


Adhesive Bra


Adhesive bra adalah bra yang melekap pada payudara, tidak mempunyai strap (tali), dan tidak dapat menampung payudara dengan baik. Jenis bra ini digunakan jika anda mengenakan pakaian yang backless atau straples.        

Demi Bra



Bra dengan model half cup dengan strap yang agak lebar yang sesuai digunakan dengan pakaian yang berpotongan dada rendah. Demi bra direka untuk mengangkat payudara seperti push-up bra.

Full Support Bra


Bra yang menutup seluruh payudara dan dapat menampung payudara dengan maksimum. Bra jenis ini sesuai untuk kegunaan harian.

Maternity Bra

Bra elastik yang dapat mengembang untuk menyesuaikan ukuran payudara yang membesar kerana kehamilan. Bra ini direka untuk ibu yang sedang hamil.

Minimizer Bra


Bra untuk membentuk dan membantu payudara kelihatan 1-2 cup lebih kecil. Bra ini sangat selesa digunakan oleh para wanita yang terganggu dengan payudaranya yang besar dan ingin mengecilkan payudaranya secara instan.

Nursing Bra


Bra yang direka untuk memudahkan ibu untuk yang menyusu. Di bahagian cup bra ini ada bukaan yang membantu bayi dapat mengakses puting payudara dengan mudah.

Padded Bra


Bra dengan span di bagian dalam. Bra ini sesuai digunakan untuk wanita dengan payudara yang kecil agar terlihat lebih padat dan montok.

Push Up Bra



Push Up Bra adalah padded bra dengan tambahan span bagi disebelah kanan dan kiri. Bra ini direka untuk mengangkat dan membuat payudara terkumpul di tengah sehingga lurah dada dapat terlihat lebih jelas dan menarik.

Sport Bra



Bra khusus untuk kegunaan sukan yang dibuat dari bahan yang menyerap peluh. Sport bra direka untuk menutup dan menyangga payudara dengan baik ketika bersukan.

Strapless Bra



Bra tanpa tali yang sesuai digunakan dengan pakaian yang menampakkan bahu seperti halter neck, tube top/dress, dll.

T-Shirt Bra/ Seamless Bra


T-Shirt/Seamless Bra merupakan bra tanpa sambungan yang sesuai digunakan bila mengenakan T-Shirt yang ketat. T-shirt bra terbuat dari fabrik yang sangat lembut sehingga tidak nampak ketika mengenakan t-shirt ketat.




13

Bagus
5

Marah
22

Terkejut
6

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_tonggek 7-8-2015 01:26 PM
nak buat apa mengenali jenis2 bra ni
Quote fly_in_d_sky 7-8-2015 05:15 PM
motifnya? sila beri pencerahan ...
Quote nana5788 8-8-2015 04:46 PM
Pakai je mana2 yg rasa selesa
Quote bellaa 8-8-2015 05:47 PM
good info

ada je hakak anak dah 3-4, masih x reti pilih bra dgn betoi.

belom lagi pakai salah size.
Quote Esmiria 10-8-2015 01:07 AM
mu x hapdet citeeeeeeeeeeeeeeee!
Quote chinta89 10-8-2015 10:02 AM
nice info. boleh pilih yg sesuai dengan masa dan keadaan
Quote watie_na 11-8-2015 02:48 PM
sapa yg pernah try genie bra yg sy tengok org dok iklan kat facebook
Quote itik_kuning 12-8-2015 10:10 AM
watie_na replied at 11-8-2015 02:48 PM
sapa yg pernah try genie bra yg sy tengok org dok iklan kat facebook

pakai genie bra masa duk kat rumah je.
lebih kurang cam sport bra jugak. lebih selesa dari pakai bra yg ada wire kat rumah. rasa lebih freeee.

Quote watie_na 12-8-2015 11:41 AM
itik_kuning replied at 12-8-2015 10:10 AM
pakai genie bra masa duk kat rumah je.
lebih kurang cam sport bra jugak. lebih selesa dari pakai ...

ooo.. adakah genie bra tak sesuai dipakai ketika berjalan2. sy ada problem kedua2 tgn. so sekarang memang susah nak pakai bra. kena minta anak cangkukkan. tgn cuma boleh angkat separuh. ingat pakai genie bra blh memudahkan urusan harian.
Quote itik_kuning 12-8-2015 12:23 PM
watie_na replied at 12-8-2015 11:41 AM
ooo.. adakah genie bra tak sesuai dipakai ketika berjalan2. sy ada problem kedua2 tgn. so sekarang ...

eh boleh aje. lagipun dia mmg ada span kat dalam. make sure beli yg sedang muat. sebab genie bra ni kainnya cepat kembang.

nntkan nampak londeh pulak.
Quote BlueRose99 12-8-2015 02:09 PM
Tk kisah la fungsi nya apa.. yg penting ada span n selesa pakai! Harga biasa RM30.00 - RM50.00 sehelai..
Quote ashk4nn 12-8-2015 02:57 PM
umur nak masuk 29tahun baru aku tak malu nk minta sa yang kje jual bra tu untuk ukur dan rekemen saiz bra yang betul2 saiz aku. malu die jgn ckp la camne. dan bila dah betul saiz, rasa selesa dan konpiden sikit. tapi harganya sangatlah mahal pada aku..
Quote ashk4nn 12-8-2015 02:58 PM
watie_na replied at 11-8-2015 02:48 PM
sapa yg pernah try genie bra yg sy tengok org dok iklan kat facebook

kwn sy penah pakai genie bra tu..utk org muda cm x sesuai sgt, seyes nampak londeh benau sbb takde besi dan badan pon jenis berisi..
Quote Teru2Bozu 13-8-2015 09:23 PM
mana nak dapat minimizer bra tu?
Quote tunaluna 14-8-2015 02:06 PM
cakap pasal bra ni,aku ada kemusykilan.kenapa bra2 yang dijual mostly padded?
susah gila nak cari yang tak padded (ke memang tak wujud bra tak padded?) atau yang pad nipis?
Quote bellaa 15-8-2015 01:18 PM
tunaluna replied at 14-8-2015 02:06 PM
cakap pasal bra ni,aku ada kemusykilan.kenapa bra2 yang dijual mostly padded?
susah gila nak cari y ...

eh.. banyak je bra yg x padded nih.kami panggil ' nanny bra '


kan boleh tanya promoter bra?
siap dorang tolong ukur lilit sekali.

malu bertanya, sesat jalan sis..

Quote tunaluna 15-8-2015 04:28 PM
bellaa replied at 15-8-2015 01:18 PM
eh.. banyak je bra yg x padded nih.kami panggil ' nanny bra '



Nanny bra ni wired ke tak?selalunya aku tanya salesgirl dia cakap takde yg tak padded.yg ada padded nipis or tak padded tapi tak wired
Quote bellaa 15-8-2015 08:58 PM
tunaluna replied at 15-8-2015 04:28 PM
Nanny bra ni wired ke tak?selalunya aku tanya salesgirl dia cakap takde yg tak padded.yg ada padde ...

Triumph selalu banyak stok.
Tapi kebanyakkan ada kaler cream n black only.

Even kat pasarayaku pon ada jual..
Dun wori
Quote bebynoty777 16-8-2015 11:07 AM
baru tahu.....

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.089155 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top