CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seluar berdompet dicuri ketika bertuala di tempat wuduk masjid !

23-6-2013 01:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6488| Komen: 29


Tempat wuduk inilah lokasi seluar seorang pesara tentera dilarikan pencuri.


SEGAMAT - Seorang pesara tentera kerugian hampir RM2,000 selain patah tangan kiri apabila seluarnya yang mengandungi dompet dan maklumat pengenalan diri dilarikan pencuri, awal pagi kelmarin.
       
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun dan berasal dari Kluang itu, dipercayai singgah di Masjid Jamek Segamat, di sini, untuk menunaikan solat Tahajud selepas berjumpa seorang saudaranya.
   
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa yang meletakkan keretanya di belakang masjid didatangi suspek di tempat wuduk.
 Menurutnya, mangsa menanggalkan seluar dan memakai tuala terus berjalan ke tempat wuduk.
       
 “Tiba-tiba, mangsa terasa belakang badannya basah seperti disimbah air. Mangsa menoleh dan nampak suspek iaitu seorang lelaki.
       
        “Suspek bertindak menyoal mangsa sebelum menyambar seluar panjang mangsa yang disangkut pada pintu pagar berhampiran tempat mengambil wuduk,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
       
 Mohd Kamil berkata, tergamam melihat seluarnya dilarikan, mangsa nekad mengejar suspek dengan hanya bertuala.
       
 Menurutnya, mangsa sempat menarik belakang motosikal jenis Yamaha yang ditunggang suspek bagi mengelakkan lelaki terbabit lari.
       
Bagaimanapun, mangsa dipukul di kepala menggunakan topi keledar selain berlaku pergelutan sebelum suspek mengacukan pisau dan menolak mangsa menyebabkan tangan kirinya patah.
       
        “Mangsa kehilangan wang tunai RM1,500, kad pengenalan, kunci kereta, kad pesara tentera dan beberapa dokumen lain. Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan dibantu penduduk sekitar masjid.
       
        “Suspek sedang diburu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 kanun keseksaan kerana samun menggunakan senjata.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vokuro 22-6-2013 11:16 AM
sunni ke syiah ni dik?
mesti syiah kan mencuri bagai?
kalau sunni semua maksum macam malaikat katanya
Quote harisbee 22-6-2013 11:25 AM
Vokuro posted on 22-6-2013 11:16 AM
sunni ke syiah ni dik?
mesti syiah kan mencuri bagai?
kalau sunni semua maksum macam malaikat kata ...

haruslah syiah ok..sesat gitu

Quote SaraNina 22-6-2013 11:32 AM
ganasnya perompak skrg.. dkt masjid pn buat jahat.. memang kebal tak takut mati ke ape..

kesian pakcik tu.. byk duit dia bawak.. bersusah2 kejar perompak.. mesti duit tu duit org or duit nk bayar apa2.. kesiannya...
Quote Acong 22-6-2013 12:29 PM
HUDUD........! HUDUD........! HUDUD........! HUDUD........! HUDUD........!
Quote otomen_taro 22-6-2013 12:42 PM
dkt masjib pun nk mengepau
mcm haram
Quote peYno 22-6-2013 01:28 PM
Celaka punya jawa
Quote setia00 22-6-2013 02:05 PM
dekat umah ALLAH pun nak mencuri..
macam tak de kerja lain nak buat.
Quote dubuk 23-6-2013 12:17 PM
sedap lah belanja bohsia karaoke dengan duit itu
Quote Innrukia 23-6-2013 12:42 PM
pencuri mana kenai masjid ker hapa ker....
ingat gi kejadian few years ago kat satu masjid,
aku pakai selipar jer & letak tpt kasut, lepas stgh jam turun slipar aku dah ilang....
tanya sorg kat situ, skali dia kata...slipar dik tu ada brand kot & rasanya mat pit dah curi...xpa nnt dik p tgk kat uptown tu mesti ada
Quote mak_wa95 23-6-2013 01:24 PM
siannya sampai patah tangan...
Quote jfq 23-6-2013 02:03 PM
selipar fitflop skrang rega tiga rat pat rat pun ada
Quote kakiputaralam 23-6-2013 02:42 PM
Jenayah terus meningkat..jahanam urang Jowo

Quote PEPPERMAN 23-6-2013 03:26 PM
hidup ketuanan penjenayah!

tp jangan rankingkan malasyia negara paling tak selamat, cukup sekadar "negara banyak jenayah kecil2an rugi beberapa ribu sja"
Quote edee_91 23-6-2013 03:34 PM
ini dah bukan mencuri. tapi merompak! hadoi dah tua pun fail lagi ke istilah simple macam tu?
Quote garyura 23-6-2013 07:29 PM
hmm masa aku akad nikah dulu kasut aku kena simpan dlm kete sbb tok siak suruh.katanya kalau letak kat tangga masjid hilang la jawabnya....abg aku tolong simpan kasut dlm kete...tp last2 sekali sandal abg aku tu pulak yg hilang walaupun sandal tu berjenama bata saja...mat fit ni asal boleh jual semua dia sapu
Quote mbhcsf 23-6-2013 08:17 PM
well..apa nak hairan, kat masjidil haram pun kasut boleh hilang so ...u know...apa isu sangat ?

mmglah mencuri tak baik dan tak bermakna kalau kat masjid  tu ...syaitan tak ada  dan kejahatan manusia tak wujud.
Quote tripple_M 23-6-2013 08:30 PM
same jah..time ak nk solat ada je mamat tuh dok tggu2 sambey belek2 henpon..
xsyak la pepon..abes solat dah dah xde..
xpe bsangka baik n bkn nk tduh bdak tuh..moga dberi hidayah
Quote roblucci 23-6-2013 09:17 PM
sekarang ni selipar jepun kena rembat juga
Quote honeynuyun 23-6-2013 09:58 PM
Kesiannya.bukan rezeki dia..hanya Allah mengetahui hikmahnya.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.039968 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top