CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Nasi Arab Kabsah Ayam

10-8-2015 03:59 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 28811| Komen: 26



Oleh : TS LOO


RESIPI NASI KABSAH AYAM:


Bahan-Bahan:
1kg beras Basmati(rendam 30minit)
Ayam 1 ekor dipotong 12 bahagian.
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 biji cili hijau
Minyak Zaitun untuk menumis.
3 sudu besar rempah Kabsah Chef Ammar.
1 biji buah tomato dipotong dadu
Secubit Saffron direndam dalam 1/4 cawan air panas selama 2jam.


Cara Masak: 
Tumis bawang dan cili hijau yang telah dimayang sampai wangi. Masukkan rempah Kabsah Chef Ammar.Selepas garing masukkan ayam dan masak sampai kering airnya, masukkan air dan beras diikuti dengan garam. Boleh juga ditambah setengah cawan susu cair. Selepas nasi masak,letakkan sedikit minyak sapi dan renjiskan saffron yang telah dibancuh dengan air. Hidangkan bersama salad dan sos cili Arab. 



Selamat mencuba - CARI Infonet


6

Bagus
16

Marah
9

Terkejut
10

Sedih
18

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kodoklawa 2-11-2013 08:25 AM
google blog resepi raidah..dia ada buat homemade rempah nasi arab.
Quote k_a_a 2-11-2013 06:38 PM
kodoklawa posted on 2-11-2013 08:25 AM
google blog resepi raidah..dia ada buat homemade rempah nasi arab.

tq banyak-banyak :-)
Quote KuewTeuwKungFu 12-12-2013 01:37 PM
raya thn lps dah bt...tp x jadi......dia mmg kena btl2 pndai bt...br mkn best n rasa sm ngan yg duk jual tu...pe2 pn mmg kena mkn yg pak arab pnyer...best...
Quote KuewTeuwKungFu 12-12-2013 01:40 PM
Makan Mr. Kabab & Briyani d Putrajaya pn best...x yah g Saba n sbgnya...
Quote syazwani1077 18-2-2014 06:06 PM
HOMEMADE NASI ARAB AL BAYT..
RM 15 SEKOTAK TIDAK TERMASUK POS!

UTK HIDANGAN 5 ORG DEWASA.
SETIAP PEK 450GM MENGANDUNGI:
-BASMATHY LONG HIGH QUALITY
-REMPAH TUMIS
-REMPAH SERBUK
-RESEPI ATAU CARA MASAK DISEDIAKAN DARI A-Z DGN SGT TELITI

PM UNTUK ORDER/MAKLUMAT LANJUT
Quote syazwani1077 18-2-2014 06:07 PM
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=785611
Quote heart_princess 27-3-2014 12:14 PM
syazwani1077 posted on 18-2-2014 06:06 PM
HOMEMADE NASI ARAB AL BAYT..
RM 15 SEKOTAK TIDAK TERMASUK POS!

berminat nak oder...bole delivery kat Putrajaya or salak tinggi tak

Quote ana_w_houb 13-10-2014 11:53 PM
sesape dah biasa masak...leh bagi tak tips2 yang berguna.contohnya minat nak buat nasik  yang berasakan kambing,ada tips tak untuk kambing lembut dan sedap2 tender gittew.

pastu kalau nasik arab ni pakai basmathi, sukatan air tu sama cam masak nasik biasa ke ada lain sikit?

dulu2 biasa gak tlg orang masak nasik ngan lauk pauk arab mcm saloona,kebdah...tapi dah lama x ingat....dah lama x praktis masak...jenuh plak nak google satu satu...huhuhu
Quote poloy 14-10-2014 09:51 AM
segan nk bagi tips.. mane la gerangan chef2 di sini..
yg i notice, since kita x de periuk bwh tanah tuh, pake pressure cooker..
tuh yg daging kambing tuh empuk n lembut..
Quote muyaszed 14-10-2014 07:10 PM
Kalau saya buat video panduan step by step dari A-Z agak-agak ada tak yang nak beli. Kabsa di saba memang best setakat ni.
Quote ana_w_houb 16-10-2014 02:51 PM
Alhamdulillah tadi dah masak nasik kabsah kambing.menjadi.warna pun cantik....nasik kebsah ni sebenarnya nasi rempah arab.tadi iols buat x bubuh rempah banyak sangat sebab x suka rempah heavy

Iols masak tadi x masuk rempah 4 sekawan macam yang most blogger masukkan.pasalnya iols tgk chef ammar masak x letak pun rempah 4 sekawan tu.lagipun dalam rempah kebsah tu mostly mmg dah ada rempah2 penting kabsah mcm dry lemon,cardamom.....dan lagi ,i tgk 2 video masakan mak arab,depa hujung2 keluarkan la satu per satu kayu manis,daun salam tu semua....

i masak ikut cara chef ammar boleh tgk resepi nasi kebsah dia di youtube.ni resepi untuk makan 2 orang

2 biji bawang besar potong dadu,2 biji bawang putih tumbuk,sebiji cili hijau hiris bulat dan sedikit daun ketumbar hiris,tumis sampai naik bau,masuk rempah kebsah 1 1/2 sudu besar,2 biji tomato ripe yg dipotong dadu,garam,2 sudu tomato puree untuk kurangkan hamis tumisan kambing nanti,tumis ni sampai menggelegak ....pastu masukkan kambing,kacau2 kasi rempah rata ,tutup sampai daging empuk....masuk air sket supaya tumisan x kering sangat.time ni pastikan rasa dia ngam ngam masin secukup rasa supaya kambing serap kuah tu.pas kambing masak keluarkan kambing tu seketul2 .set aside.masak beras basmathi dgn kuah tumisan kambing tadi dalam rice cooker.tambah air  dan pastikan garam semua cukup rasa

nasik kene rendam 30 min dulu.kambing i rendam dgn air lemon nak kasi segar... i pakai lamb shoulder yg kepingan bulat2 tu.kebetulan slice x tebal so cepat masak .i tak bubuh kismis/karot sebab i x suka kismis dalam nasik....dan x suka karot juga...

lepas nasik dah masak ,pas rice cooker tu dah set warm,masukkan balik daging kambing tadi atas nasik...susun la atas tu...pastu tutup balik...biar dia kering sikit dalam tu sementara nasik tanak....agak2 dalam 40 min camtu bolehla la makan....
untuk lebih pencerahan boleh search youtube

kabsah kambing-how to make kabsa saudi (by matbakh daisy)

kabsah ayam-kabsa saudi food with eman(by saudifoodwitheman)



Last edited by ana_w_houb on 16-10-2014 08:50 PM

Quote muyaszed 16-10-2014 04:37 PM
Salam rakan-rakan, lepas ni boleh try method saya pula.



Pertama sekali method saya ni memerlukan anda menggunakan Pressure(Tapi takde pon boleh) dan memasak nasi tidak menggunakan Periuk nasi elektrik.

Bahan-bahan

Rempah Kabsah(boleh beli dah siap)
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besat serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk pelaga hitam(ni susah sket nak dapat so kalau xde pon takpe)

Bahan-bahan lain
Beras Basnathi 500 g
Daging kambing pilihan anda 1 Kilo
garam
pewarna pilihan anda
lada hitam biji.
Minyak zaiton atau minyak lain seperti minyak jagung/sunflower

Cara-caranya

Basuh daging kambing sehingga bersih
Tips: Boleh rendam kambing dengan air yang bercampur dengan tepung gandum. gaul-gaulkan dan biarkan selama 10 minit kemudian basuh dengan bersih.

Lumurkan bahan rempah kabsah dan garam secukup rasa pada kambing dan perap semalaman didalam peti sejuk.
Masukkan air dan kambing kedalam periuk preasure cooker atau periuk biasa. Masak sehingga daging empuk.
Untuk preasure cooker masak kambing selama 1 jam, cara masak yg betul boleh rujuk sini.

Setelah daging masak biarkan dulu seketika.

Basuh beras basmathi dan rendam selam 30 minit. Setelah itu toskan dan biarkan dulu.
Kemudian panasakan periuk yang berisi air(air hendaklah lebih levelnya dari beras, boleh testing sebelum rendam beras). Masukkan sedikit biji lada hitam dan garam(bergantung kepada masin yg anda mahu pada nasi nanti), biarkan air itu mendidih. Bila dah mendidih, masukkan beras dan biarkan ia masak 3/4.

Bila dah 3/4 masak padamkan api dan toskan beras bersama biji lada hitam tadi. Sebelum masukkan semula beras tadi kedalam periuk lapik periuk tersebut dengan aliminium foil. Bila dah masukkan kembali beras, masukkan 200ml air rebusan kambing tadi + 50ml minyak zaitun atau lain-lain dan pewarna. Gaul perlahan-lahan. Selepas itu cari senduk yang ada batang berdiameter 1-2 inci. Cucuk ke atas beras untuk membuat lubang. Buat beberapa lubang pada permukaan beras.

Kemudian letakkan periuk diatas api yang kecil dan biarkan selama 15 hingga 20 minit. Setelah itu nasi ada sudah sedia untuk dihidang.

Haha susah juga nak terangkan melalui tulisan, takpe kalau ada apa-apa soalan boleh komen saja.










Quote KimoraHakim 26-10-2014 01:53 PM
beli aje rempah segera tu..i yang tak reti masak pun boleh buat dgn cemerlang nasi arab mandy tu...beli yang sekilo, masak pakai pressure cooker tu...7 minit siap..tak perlu rendam beras bagai...percayalah kak ton..mmg sedap...

cuma kalau nak perap ayam cara tandoori..beli je rempah tandoori brahim tu..satu pak dalam RM4.00 kot..first letak garam sikit pada ayam tu..then rempah tandoori tu campur yogurt 1, susu pekat 2-3 sudu, gula sikit, air asam jawa dan air limau nipis..perap seharian baru sedap..dan bakar.
Quote DARSITA 2-11-2014 05:35 AM
kodoklawa posted on 1-11-2013 04:25 PM
google blog resepi raidah..dia ada buat homemade rempah nasi arab.

Thanks aii pun nak mencuba buat nasi arab. :-)

Quote que_eight 2-5-2015 09:19 PM
muyaszed replied at 16-10-2014 04:37 PM
Salam rakan-rakan, lepas ni boleh try method saya pula.

Boleh bagi suggestion x jenama beras basmati apa u guna ye??
Quote muyaszed 22-5-2015 05:54 PM
que_eight replied at 2-5-2015 09:19 PM
Boleh bagi suggestion x jenama beras basmati apa u guna ye??

Salam, maaf ya sebab dah lama tak masuk forum cari ni, sekali teringat nak masuk ada soalan rupanya. Ok basmathi tak jadi masalah sebenarnya cari harga yang pertengahan pon dah memadai. Kalau moghul brand Faezah pon dah cukup ok la kot. Kalau nak budget lagi Taj Mahal faezah tapi berasnya pendek sedikit.
Quote babypureen 3-6-2015 03:43 PM
saya guna beras kohinoor faizah
Quote mamaezah 11-6-2015 04:06 PM
rempah chef ammar mmg sempoi...nasik kabsah dia best...masak berpandukan utube ja
Quote syazwani1077 2-7-2015 12:55 PM
JOM MASAK NASI ARAN SENDIRI DENGAN PRODUK NASI ARAB AL BAYT..RM15 SEKOTAK TIDAK TERMASUK POSTAGE..SEKOTAK 4/5ORG MAKAN..BERMINAT HUBUNGI 016-6734713

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.120850 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top