Oleh : TS LOO
Pengumuman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM berhubung 'derma politik' berjumlah RM2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah sumbangan penderma yang berasal dari Timur Tengah, terus menjadi perbualan hangat di kalangan masyarakat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad hari ini menyatakan kesangsian dan mengatakan orang kaya di Timur Tengah tidak kira sekaya mana pun, tidak mungkin begitu murah hati menderma RM2.6 billion kepada Najib. Tun Matahir hari ini dalam artikel blog peribadinya mengatakan, RM2.6 billion yang terdapat dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib dikatakan adalah 'derma politik' sebenarnya merupakan kenyataan yang merepek semata-mata.
Mahathir turut menyatakan, berhubung laporan Wall Street Journal sebelum ini dan termasuk juga pendedahan rahsia nombor akaunnya, semua ini Datuk Seri Najib masih tidak dapat menjawab satu persatu. Akhirnya pula mengatakan jumlah wang itu adalah derma politik, tapi dalam dunia ini mana ada individu sanggup menderma RM2.6 billion kepada Perdana Menteri Malaysia? " Biarpun Presiden Amerika Syarikat, Obama pun tidak mampu mengumpul sejumlah besar duit itu ketika pemilihan presiden." Tun Mahathir tegas, walaupun orang Timur Tengah kaya raya, tapi tidak akan begitu murah hati. Ketika saya mengumpul dana bagi penubuhan Universiti Islam Antarabangsa dan Pusat Islam Oxford, seringgit pun saya tidak dapat perolehi sumbangan derma daripada mereka! Dan ini pula menyatakan jumlah wang itu adalah derma dari Timur Tengah, sememangnya merepek. Tun Mahathir turut beritahu, melalui komen dan pendapat di laman sosial, kebanyakan rakyat Malaysia turut tidak percaya terhadap kenyataan tersebut, seluruh dunia ketawakan Malaysia! Mahathir : Demokrasi Sudah 'Berkubur' Dalam pada itu, berkenaan pasukan tugsan khas yang ditubuhkan baru-baru ini untuk menjalankan siasatan ke atas syarikat 1MDB telah tidak wujud lagi, peguam negara ditukar, pegawai kanan SPRM bukan sahaja disiasat malah ada diarah 'ambil cuti' dan sebagainya, semua ini menyebabkan Tun Mahathir rasa kecewa dan beranggapan sistem demokrasi negara sudah 'berkubur' . Menurut Mahathir, amat jelas sekali, pasukan tugasan khas yang menjalankan siasatan terhadap kes syarikat 1MDB itu terlalu terkecuali, sehingga menimbulkan ancaman buat Perdana Menteri Datuk Seri Najib, akibatnya mereka dikenakan tindakan. Datuk seri Najib bertindak menghalang segala siasatan kes ke atas syarikat 1MDB dan akaun peribadinya, termasuk juga menyeru orang ramai berhenti membincangkan isu 1MDB. " Susulan peguam negara Abdul Gani dipecat, pengerusi PAC dan 3 orang lagi anggotanya dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri, menyebabkan PAC terpaksa berhenti menjalankan siasatan ke atas syarikat 1MDB." Hasil kemudaratan PAC dan Pasukan Tugasan Khas, peguam negara dipecat, siasatan bagi kes syarikat 1MDB dan kes RM2.6 billion sudah sama sekali terbantut. Segala tindakan Najib telah menjadikan Malaysia, sebuah negara yang tidak pernah terjadi. Jika Najib terus mentadbir negara ini, masa depan negara kita langsung amat mengecewakan. Sistem demokrasi negara sudah berkubur, hanya kerana seorang pemimpin yang dipilih rakyat mentonggang terbalik agensi kerajaan, untuk dipealatkan demi mengekalkan kedudukan sendiri. Kalau ada orang tanya siapa yang harus disiasat oleh pihak polis, orang itu adalah Datuk Seri Najib. - CARI Infonet sumber : http://chedet.cc/?p=1825 |
15
Bagus |
7
Marah |
12
Terkejut |
17
Sedih |
8
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT