Oleh Adib Za
Tak sangka Alif Satar yang menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan 2015 kali ini. Iyalah, Alif sinonim dengan lagu-lagu yang rancak dan trendy. Bagaimana pun lagu Sehati Sejiwa ini sememangnya dibawakan dengan sangat baik oleh Alif. Lagu ini mendapat sentuhan daripada Muhammad Yuri Edris dan liriknya ditulis bersama Siso Kopratasa. 1. Rentak balada digarap dengan melodi yang catchy terutama pada bahagian korus, menjadikan lagu ini dekat dengan hati pendengar.
2. Ditambah dengan lirik puitis secara sederhana membuatkan ia mudah difahami dan melekat sebagai sebuah lagu patriotik yang moden. 3. Tidak dilupakan suntikan koir yang sangat cemerlang menambah nilai dan elemen wow pada lagu yang satu ini. Diharapkan semua radio di Malaysia lebih kerap memainkan lagu ini nanti. - CARI Infonet
|
ADVERTISEMENT