Oleh : TS LOO
Semalam, sekitar jam 11.40 pagi, luar cawangan kedai Uniglo yang bertempat di daerah Sanlitun, Beijing, seorang lelaki bersenjata pedang samurai bertindak menikam secara rambang orang awam di sekelilingnya. Seorang wanita yang lalu di kawasan itu ditikam dan disahkan mati selepas gagal diselamatkan di tempat kejadian, seorang lagi warga asing turut cedera parah di bahagian dada. Selepas melakukan tikaman di luar, Lelaki bersenjata itu masuk ke dalam pusat membeli belah Uniqlo, bertindak mencampak patung model fesyen di ats lantai masih bersenjata pedang samurai di tangannya.
Pengunjung yang menyaksikan keadaan tersebut segera merakam keseluruhan kejadian dengan kamera telefon bimbit dan muat naik ke media sosial. Berdasarkan paparan visual, patung model fesyen terbelah dua dan lelaki itu kelihatan tenang sambil berpedang dalam tangan sambil berkeliaran di depan kedai Uniqlo. Kemudian dia campak pedangnya di atas lantai dan meniarapkan dirinya di lantai juga. Wanita yang cedra parah itu tidak bergerak langsung baring atas lantai dan bahagian dadanya penuh dengan darah dan kelihatan seorang warga asing cuba membantu untuk selamatkan wanita tersebut. Lepas itu, lelaki penyerang terbabit ditahan dan menurut siasatan awal polis mengesahkan dia berumur 25, berasal dari bandar Tong Hua, Wilayah Jilin. |
9
Bagus |
15
Marah |
16
Terkejut |
16
Sedih |
21
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ultra78 replied at 13-8-2015 08:19 PM
Adakah nama 'Jinjang' itu berasal dari nama 'Xinjiang' ?
Modngengade replied at 13-8-2015 07:45 PM
Alah....biasalah jika wanita ditikam lelaki....
ADVERTISEMENT