CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Adakah Anda Dan Pasangan Benar-Benar Sepadan?

14-8-2015 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 4661| Komen: 39

Oleh Fyruz Hanna


Petanda 1 
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kita dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. 

Paling penting adalah kita berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kita sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon teman hidup kita! 


Petanda 2 
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kita atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kita. 

Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kita! 

Petanda 3 
Adanya dalaman membuat hati kita berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kita atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destinasi kebahagiaan kita... 

Petanda 4 
Bersamanya dapat membuat perasaan kita menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kita merasa bosan... Inilah petanda bahawa kita berdua kelak akan saling terikat. 

Petanda 5 
Dia selalu ada untuk kita dalam situasi apa pun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kita baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali.

Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kita dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kita terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... 

Petanda 6 
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kita, dia tak peduli dengan masa lalu kita saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima kita apa adanya.. 

Petanda 7 
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kita tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kita tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kita bangun tidur atau saat kita sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kita tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kita dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! 

Petanda 8 
Bila merasa rahsia kita boleh lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kita yang lain. Atau kita merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kita temukan! 

4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amir_70014 27-1-2011 09:11 AM
Huhuhuhuhuhu....
Quote myralolx92 27-1-2011 09:11 AM
da hati sama suka nk wt cmne,xkesa la pdn ke x
Quote akula203 27-1-2011 09:20 AM
padan dr segi apa nie.....rupa...harta...akhlak...agama.....????  subjektif sgt la..err...sori termenyibuk la pulak...
Quote hAzEL^nut 27-1-2011 09:23 AM
la, contoh pasangan tak sepadan tu camna?
dr segi rupa paras ke? kerjaya ke?
latar belakang family ke?
eksplen sket TT..
Quote hAzEL^nut 27-1-2011 09:24 AM
tapi, orang cakap, lantak le cmna pun, kalo dah JODOH tu, bersatu jugak..
Quote nuryakmal 27-1-2011 09:32 AM
cinta tak kenal tu semua... nuff said!
Quote akula203 27-1-2011 09:41 AM
cinta tak kenal tu semua... nuff said!
nuryakmal Post at 27-1-2011 09:32


dah nikah br nak kenal.......cam org kaya ngan org miskin....dah nikah balik rumah rumah mertua...tido kat ruang tamu je..beralaskan tikar jek....mandi air perigi.....selama ni..tido tilam dunlopilo 10 inci...mandi bath tub.....huhuhu.......tergugat kah cinta....
Quote nuryakmal 27-1-2011 09:45 AM
ateee, kalu da sayang dodok luar rumah pun takpe.. tapi tunggula lepas 2 3 tahun kawen, garenti jemu..hehehehe
Quote B.K 27-1-2011 09:52 AM
Post Last Edit by B.K at 27-1-2011 09:55
dah nikah br nak kenal.......cam org kaya ngan org miskin....dah nikah balik rumah rumah me ...
akula203 Post at 27-1-2011 09:41



    apabila kesusahan mengetuk pintu, cinta akan lari keluar mengikut jendela

......
Quote fatehana 27-1-2011 09:53 AM
kalau x, xdelah pepatah menyebut "lautan api sangup ku renangi"
itulah yang dikatakan penangan cinta
tolak tepi apa jua status mahupun pendapat org tua
tapi bila dah hidup bbrp tahun ada sesetengah couple yang x boleh bertahan dgn keadaan dhaif kehidupan yg dilalui
lps tu akan terpakailah pepatah "ada duit adik sayang, xde duit abang melayang"
Quote faraway1 27-1-2011 10:06 AM
dah nikah br nak kenal.......cam org kaya ngan org miskin....dah nikah balik rumah rumah me ...
akula203 Post at 26-1-2011 20:41

suasana me ngan laki ni...
tergugat ke, mana nya dia anggap cam adventure lagi...
kalau tidak, takkan dia sanggup ikut me balik kampungkan...
Quote kiwibenz 27-1-2011 10:17 AM
jiwa kental, harungi saja
Quote md.jie 27-1-2011 10:32 AM
la, contoh pasangan tak sepadan tu camna?
dr segi rupa paras ke? kerjaya ke?
latar belakang famil ...
hAzEL^nut Post at 27-1-2011 09:23



    dari apa aspek pun...
Quote nazareth 27-1-2011 10:45 AM
yg ditakutkn mse nk kawin ckp sume bole terima tp bile dh kawin mula tarik muka 18..
Quote lil_sparky 27-1-2011 11:19 AM
kalo lelaki lebih rendah dr pmpn...murah rezki
Quote mawarputih2612 27-1-2011 11:56 AM
apabila kesusahan mengetuk pintu, cinta akan lari keluar mengikut jendela

......
B.K Post at 27-1-2011 09:52



    macam ayat novel la
Quote card_reader 27-1-2011 12:14 PM
apabila kesusahan mengetuk pintu, cinta akan lari keluar mengikut jendela

......
B.K Post at 27-1-2011 09:52



    perrgghhh....jiwang karat punyer b.k
Quote card_reader 27-1-2011 12:14 PM
kalo dah jodoh x ke mana...
kalo dah bergadoh entah hilang ke mana....
Quote lizaliza 27-1-2011 12:15 PM
bila dah kahwin, terima lah pasangan seadanya. Itulah hakikat sebenar kehidupan kita, manusia. Jangan terlalu memuja bintang dilangit, hingga lupa air diperigi. Redha atas ketentuan tuhan. Kalau masih lagi status berpacaran atau bertunang, jangan cari nahas! Dah nampak tak sepadan, sila abaikan kata hati, kot nanti gigit jari. Masih ada ruang untuk angkat kaki, cabut lari!

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.093132 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top