CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

KLCC Mercu Tanda Ikonik Yang Dikagumi Dunia

14-8-2015 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 14622| Komen: 94|Original author: Yunalis

Oleh Adib Za

Apakah perasaan anda bila berada di lokasi yang tinggi? Anda takutkan ketinggian?


Tahukah anda melihat pemandangan dari puncak sesuatu destinasi adalah satu nikmat dan keindahan luar biasa yang sukar diungkapkan. Hanya apabila anda berada di puncak, anda mampu merasainya. Begitulah penangan ketika anda memijakkan kaki di mercu tanda.

Bagi rakyat Malaysia, kita bertuah kerana memiliki beberapa mercu tanda yang pastinya mempunyai keistimewaan tersendiri. 

(Sumber foto: Time)


Ini termasuklah mercu tanda yang berbentuk senibina seperti KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Manakala, mercu tanda puncak gunung tidak lain tidak bukan, gunung Kinabalu yang sentiasa di hati, bukan?

Semua ini mempunyai nilai yang tersendiri di hati masyarakat kita. Namun, apabila ia juga dihargai oleh orang luar, ia sesuatu yang bukan kita pinta, namun diterima dengan hati yang sangat terbuka dan berbangga.

(Sumber foto: travelvme)


Begitulah, daripada ratusan mercu tanda yang terdapat di seluruh dunia, KLCC dinamakan sebagai salah satu daripada "10 mercu tanda paling ikonik di dunia".

Pengiktirafan ini diberikan oleh majalah TIME yang mempunyai prestij dan kaliber yang sangat tinggi dan dikagumi. 

KLCC tersenarai di kalangan senibina-senibina gah seluruh dunia seperti Sydney Harbour Bridge, Empire State Building New York, Eiffel Tower Paris dan tidak terkecuali puncak gunung Everest. 

(Sumber foto: funndelicious)


Semua ini merupakan mercu tanda yang harus dikunjungi dan anda rasai sendiri ketika berada di puncaknya, melihat pemandangan yang luas terbentang. 

Lihat apa yang dikatakan oleh TIME terhadap KLCC sebagai mercu tanda ikonik dunia,

"Lawatan ke Malaysia tidak lengkap tanpa menjejakkan kaki di puncak bangunan berkembar KLCC ini. Jejakkan kaki anda ke deck yang berada di tingkat 86 atau lalui jambatan 'skybridge", 557 kaki dari paras bumi!" 

Mendengarkan kisah ini, sedikit sebanyak menyedarkan kita bahawa Malaysia masih istimewa di hati kita, bukan?  - CARI Infonet

20

Bagus
11

Marah
20

Terkejut
13

Sedih
11

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krisp 7-8-2015 02:01 PM
Bangga jadi Malaysian bila baca article ni.  Tapi kejap ajelah...bila aku teringatkan kemelut 1MDB especially the way PM & macai twist and turning sana sini, terus jatuh malu balik...
Quote Yunalis 7-8-2015 02:09 PM
full list: http://time.com/3982560/iconic-world-landmarks/
Quote axl_bach 7-8-2015 04:00 PM
Yunalis replied at 7-8-2015 02:09 PM
full list: http://time.com/3982560/iconic-world-landmarks/

Bila sampai kat willis tower aku cam pelik sbb stkt yg aku tau the most iconic tower di chicago Adalah Sears tower,  rupanya tu adalah lama lain utk Sears huhuhuhuhuhu
Quote fealefea 7-8-2015 04:05 PM
one of many ideas of Tok Det. Generasi muda ske perlekehkan Tok Det. geram je rase.
Quote skymania 7-8-2015 04:16 PM
madey gak berjasa...
najib..berjasa kat 1mdb lahanat tuh jeh..
Quote nikaido 7-8-2015 04:18 PM
Wan Emdibi hutang 42bilion cuma ada tanah lapang sekangkang kera dkt KL
Quote Kittie 7-8-2015 04:27 PM
Dekat tripadvisor pun dpt byk bintang.
Quote scorpionkiki 7-8-2015 05:40 PM
ni yang bagi macai naji lagi jaki kat tdm tu
Quote ultra78 7-8-2015 06:03 PM
Sepatutnyalah. Negara lain berlumba buat bangunan tertinggi. Tapi mereka cuba buat single tower sahaja.Tiada yg gila buat twin towers..
Quote ice_sky92 7-8-2015 06:07 PM
Thank you Dr Mahathir.
Quote pittjie 7-8-2015 06:15 PM
aku tiap kali lalu tepi Twin Towers tu mmg tak pernah tidak dr menoleh memandang2 dan terpesona. infact byk kali jgk aku berenti tepi jln ambik gambar especially kalau bulan tgh mengambang penuh. feeling2 tangkap gambar cun tp hasil ttp nan hado.
Quote nazurah 7-8-2015 06:38 PM
aku main township pun ada twin tower ni... gigih kumpul emas nak beli twin tower!
Quote ultra78 7-8-2015 06:47 PM
Design petronas twin towers tu sendiri cantik. Syukurlah arkitek twin towers tu tak letak kubah di atas tower tu. Kalau tidak nampak buruk. Seburuk seri perdana di putrajaya.
Quote saladin780 7-8-2015 06:59 PM
menara petronas mmg cantik..taipei 101 yg kalahkan menara petronas pun sangatlah huduh dipandang..kekonon nak inspirasi drpd pokok buluh tp mcm x menjadi je
Quote taikpekatt 7-8-2015 07:06 PM
Msa aku kerja dlu slalu ada indonesian gelakkan twin towers sbb da jatuh ranking bwah china n dubai. Dorg slalu megah ckp indonesia nnt akan bina yg lebih tinggi dri twin towers. Aku hanya mampooo gelak dlam hati sajork smbil membayangkan projek monorel x jadi dorg tu. Haha.
Quote Decaffeinated 7-8-2015 10:29 PM
Tahniah lah forummer Cari yg tahu nama bangunan tersebut sebagaimana ia dikenali oleh dunia

PPRT sangat memanggilnya ikut nama taman atau sempena stesen LRT

Quote spiderman80 7-8-2015 10:38 PM
dcruins replied at 7-8-2015 10:34 PM
Taipei 101 tu pun hampir nak dibeli IOI M'sia, kalau rakyat taiwan tak menentang, dah milik IOI dah. ...

Biasalah, mana-mana satu bangunan mercu tanda sesebuah negara tidak boleh dijual kepada orang luar. Kalau Indon mahu beli Petronas Twin Towers, Spidey akan ketuk kepala Indon tu. Kalau ada orang mahu beli The Merlion, mendiang LKY akan keluar ketuk kepala anaknya.
Quote matamata 7-8-2015 10:41 PM
  1. mendiang LKY akan keluar ketuk kepala anaknya
Copy the Code


Quote finesse 7-8-2015 10:44 PM
Buat apa tersenarai dalam senarai tu tapi negara penuh dengan pemimpin yang menjahanamkan negara, kebanjiran warga asing, dan dll..

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.090346 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top