Oleh Izzah Abbasy Abby Abadi sah bergelar isteri kepada Wartawan Kanan Media Harakah, Muhammad Faizal Zakaria atau dikenali sebagai Jai petang semalam.
Mengambil sempena keberkatan penghulu segala hari bertempat di Masjid As-Sobirin di Keramat, Kuala Lumpur jam 3.30 petang. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, menerima mas kahwin sebanyak RM300, senaskhah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran, dan sembilan dulang berbalas 11 dulang barangan hantaran kepada pengantin lelaki. Antara rakan artis yang turut hadir dalam majlis pernikahan itu adalah rakan beliau daripada kumpulan Elite, Azza dan Sasha Saidin.
Jai yang juga seorang duda beranak tiga dikatakan berkenalan dengan Abby sejak tiga tahun lalu. Kata-kata dipetik melalui laman Instagram milik Abby Abadi; Hari ini akan menjadi sejarah terindah 14 Ogos 2015, Jumaat bakal menjadi saksi. Masjid yang bakal dibina berkat dari kesabaran dan doa padaMu Ya Allah. Doakan kami moga jodoh ini Sampai Syurga. Terima kasih kepada semua yang membantu tidak lupa kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya. Amin Barakallah buat Pengantin Baru Abby Abadi dan Jai. Semoga ikatan pernikahan ini kekal sehingga ke Syurga. - CARI Infonet
|
shamsadis posted on 14-8-2015 07:02 PM
gigih berceramah pasal dosa pahala...alih2 sudah kahwin kali-3
Changa replied at 14-8-2015 07:46 PM
Birah jugak sheols ni kan?/dah berapa batang jantan dah sheols merasa
Akak yang andartu ini ...
shamsadis replied at 14-8-2015 07:02 PM
gigih berceramah pasal dosa pahala...alih2 sudah kahwin kali-3
ADVERTISEMENT