CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Keenakan Nasi Kerabu Pantai Timur Yang Asli

17-8-2015 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11542| Komen: 2



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.thestar.com.my/


Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. 


Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. 

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.

Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.


Bahan Nasi :
250gm beras
30 kuntum bunga telang - ditumbuk dan diperah airnya

sumber foto : http://www.friedchillies.com/


Bahan sambal :

3 ulas bawang putih      }  dikisar
10 biji bawang merah   }  dikisar
10 tangkal cili kering     }  dikisar
1 inci halia                    }  dikisar
3 batang serai - diketuk
2 sudu makan minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa



Bahan sorok lada :
10 biji cili hijau & merah besar - dibelah tengah dan dibuang bijinya
1/2 biji kelapa parut
5 ekor ikan kembung - direbus dan dibuang tulangnya
5 biji bawang merah
300mi santan pekat
Garam, gula & serbuk lada sulah secukup rasa


Cara membuat :

1) Nasi: Masak nasi seperti biasa bersama air bunga telang sehingga masak.
2) Sambal : Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit.
    Kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
3) Sorok lada : Kisar isi ikan, kelapa parut, bawang merah, garam, gula dan serbuk lada sulah sehingga halus dan sebati.
4) Kepal-kepalkan campuran ini hingga kental dan sumbatkan ke dalam 'perut' cili.
5) Didihkan bersama santan pekat selama 5 hingga 7 minit.
6) Hidangkan nasi kerabu bersama sambal, sorok lada, ulam-ulaman, budu, ikan goreng atau sebagainya mengikut kesukaan masing-masing. - CARI Infonet

15

Bagus
21

Marah
15

Terkejut
10

Sedih
7

Lawak
29

Bosan

Friends Rank (97 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Gadis_sarawak 17-8-2015 03:10 PM
Favourite ni..boleh nak cuba ni..tq utltraman..
Quote peningsokmo 18-8-2015 06:41 PM
dekat mana ntah i nampak nama kedai rice to wednesday

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.092227 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top