Oleh Izzah Abbasy
Ramai wanita lebih suka memilih ke pusat rawatan rambut atau salun kerana ia lebih cepat dan menjimatkan masa. Malahan segala yang diinginkan pasti menjadi kenyataan. Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi, ia tidak menjadi suatu masalah. Kerana bagi sesetengah wanita, mereka menganggap rambut sebagai mahkota yang perlu dijaga rapi dan perlu kelihatan cantik. Sungguhpun begitu, bagi wanita yang rajin dan ingin memiliki rambut yang cantik, lembut dan sihat tanpa perlu menggunakan bahan yang dicampur dengan bahan kimia, masker buatan sendiri adalah suatu yang sangat bermanfaat. Walaupun kesannya agak lambat, tetapi ia sangat sihat bagi rawatan yang berpanjangan dan menjadikan rambut kekal cantik tanpa pelbagai masalah. Jom, cuba buat sendiri di rumah. 1. SMOOTHIE BANANA
Ia kalau dapat dijadikan minuman memang lazat. Tetapi masker ini ternyata mempunyai lebih banyak kebaikan untuk merawat rambut. Antaranya masalah rambut bercabang dan kering di bahagian hujung. Bahan yang digunakan untuk membuat masker ini adalah pisang,sebiji telur,2 sudu madu,3 sudu susu tepung,dan 5 sudu minyak zaitun. Sebatikan kesemua bahan kemudian lumurkan kepada bahagian kepala. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas. 2. SANTAN Gunakan 50ml santan pekat dan lumurkan ke seluruh rambut anda. Balut rambut dengan tuala suam. Biarkan selam satu jam. Bilas dengan air suam dan cuci dengan air syampu.Selepas itu, bilas dengan air sejuk. 3. MASKER AVOKADO Hancurkan sebiji avodado dan campurkan dengan 1 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun. Urut dengan lembut di kepala anda dan biarkan selama 20 minit. Syampu seperti biasa dan bilas hingga bersih. 4. MASKER MADU DAN SUSU Campurkan 100 gram susu tepung dengan 1 sudu madu. Lumurkan ke seluruh rambut sambil mengenakan urutan lembut. Biar selama 15 minit. Cuci dengan syampu kemudian bilas hingga bersih. 5. YOGURT Pukul putih telur sehingga berbuih. Campurkan dengan 6 sudu yogurt. Lumurkan ke serata bahagian rambut dan biarkan selama 15-30 minit. Cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih ya! 6. MADU DAN MINYAK ZAITUN Banyak kegunaan minyak zaitun dalam masker rambut rupanya. Boleh juga digunakan bersama madu.Campurkan 3 sudu minyak zaitun bersama 2 sudu madu. Biarkan selama 15 minit dan bungkus dengan shower cap. Cuci dengan syampu dan seperti biasa, bilas hingga bersih. 7. MINYAK ZAITUN Pukul 2 biji telur dan campurkan dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan ke serata rambut dan tutup kepala dengan shower cap. Biar selama 30 minit dan rasakan bagaimana panas tubuh membuat ramuan itu meresap ke dalam setiap rambut. Seperti biasa,cuci rambut dengan syampu dan bilas hingga bersih. 8. TELUR Pukul 2 biji telur dan campur dengan air panas. Urut ke seluruh kepala. Gunakan hujung jari dan bukan dengan kuku. Biarkan selama 10-15 minit. Basuh dan bilas dengan air sejuk. 9. PISANG DAN MINYAK BADAM Hancurkan pisang dan titiskan beberapa titis minyak badam. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biar selama 15-30 minit. Akhir sekali cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih.
|
19
![]() Bagus |
23
![]() Marah |
14
![]() Terkejut |
26
![]() Sedih |
35
![]() Lawak |
32
![]() Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT