CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketahui Penyakit Misteri Yang Menyerang Manusia

18-8-2015 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9195| Komen: 17

Oleh Izzah Abbasy

Penyakit adalah suatu keadaan di mana ia menular atau membiak di dalam tubuh manusia. Pesakit akan berasa sakit atau menderita dengan penyakit yang dihidapi. Penyakit yang ditanggung berpunca daripada kelemahan imun sistem tubuh badan, virus, kanser dan genetik.

Penyakit-penyakit misteri yang jarang berlaku biasanya berkait rapat dengan masalah genetik yang tidak normal. Ia menjadi  misteri kerana berlawanan dengan sifat normal manusia dan peratus mereka yang dijangkiti mungkin terlalu kecil dan terpinggir.


10. Werewolf Syndrome


Ia dipanggil werewolf kerana terdapat jumlah pertumbuhan rambut yang tidak normal pada bahagian-bahagian badan manusia seperti muka, lengan dan tangan. Walau bagaimanapun, dari segi perubatan, ia dipanggil sebagai Hypertrichosis atau Sindrom Ambras. Kajian menunjukkan pesakit mungkin mempunyai genatik sebelum kelahirannya atau ia boleh diperolehi selepas.


9. Ehlers-Danlos Syndrome

Istilah lain untuk ini adalah Cutis Hyperelastica. Ianya adalah kecacatan yang ditemui dalam sintesis kolagen. Apabila kolagen tidak sempurna, ia memberi kesan kepada bentuk kanan badan yang akan menyebabkan kecacatan manusia. Keanjalan berlaku pada kulit dan beberapa individu yang didiagnosis mempunyai kulit yang sangat nipis.



8. Elephantiasis


Bertentangan dengan Sindrom Ehlers-Danlos pesakit biasanya mempunyai kulit yang sangat tebal.

Ini juga dikenali sebagai Filariasis limfa, di mana cacing parasit yang dikenali sebagai Wuchereria bancrofti, B. timori, dan Brugia Malayi menyerang sistem limfa. Virus ini dibawa oleh nyamuk.


7. Cutaneous Horns


Ini adalah tumor kulit yang berbentuk tanduk. Ia tumbuh di kaki dan tangan manusia. Ini biasanya berlaku kepada orang dewasa, terutama mereka yang sering terdedah di bawah matahari dan mempunyai kulit yang sensitif.


6. Moebius Syndrome


Ia adalah gangguan neurologi nenyebabkan saraf terjejas. Ia termasuk mata dan otot muka yang menyebabkan lumpuh separa atau sepenuhnya.
Beberapa ciri-ciri lain penyakit ini termasuk ketidakseimbangan mata, ketidakupayaan untuk menggerakkan kepala, kekurangan ekspresi muka, dan ketidakupayaan untuk tersenyum.


5. Blaschko Lines


Ini adalah garis kulit, yang tidak dapat dilihat di dalam keadaan biasa. Ia boleh dilihat jika terdapat penyakit kulit di mana corak di kepala, dada dan perut menjadi jelas.  Menurut kajian, ia adalah disebabkan oleh penghijrahan sel-sel embrio, yang tidak selaras dengan sistem otot dan limfa atau saraf manusia. Malah, penyakit ini juga boleh ditemui pada haiwan seperti anjing dan kucing.


4. Pica Syndrome


Ini adalah sejenis gangguan yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak dan wanita hamil di mana terdapat keinginan yang kuat untuk makan bahan-bahan bukan makanan atau bahan-bahan seperti kertas atau barang-barang kotor.
Ia boleh diagnosis sebagai autisme mental untuk kanak-kanak, yang dipercayai disebabkan oleh kekurangan mineral seperti besi.



3. Argyria


Ia merupakan perubahan warna biru atau kelabu pada kulit. Pendedahan berlebihan daripada perak atau pengambilan garam perak, yang ditemui di dalam preskripsi perubatan tertentu adalah salah satu daripada punca penyakit ini. Mereka yang bekerja dalam industri perlombongan dan pemprosesan fotografi mempunyai risiko yang tinggi.


2. Fibrodysplasia Ossificans Progressive


Ini adalah gangguan pada tisu penghubung dan tisu otot seperti ligamen dan tendon, di mana terdapat tulang baru yang terbentuk di luar sistem rangka yang menghadkan pergerakan individu, mendorong ketidakupayaan untuk bercakap, serta malnutrisi . Nisbah untuk penyakit ini adalah 1 daripada 2 juta orang di dunia.



1. Ichthyosis



Ia adalah gangguan pada kulit di mana terdapat satu jumlah sisik kering yang berlebihan berlaku pada awal usia. Ini mungkin penyakit dan boleh diwariskan kepada generasi akan datang. Perbezaan normal epidermis atau metabolisme, membuat pesakit kelihatan seperti pokok.



Tidak pasti pula penyakit ini boleh diubati sepenuhnya atau tidak. Jika mengikut kepada kepakaran ilmu sains, ia sukar untuk kembali sihat dan normal seperti orang lain. Jika kita percaya, setiap penyakit ada ubatnya. Kita harus percaya ia adalah kuasa Tuhan. - CARI Infonet


Sumber asal : http://www.thelisticles.com



6

Bagus
18

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
29

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VladinirPutim 26-6-2015 11:31 PM
ni semua bawa maut tak?
Quote elmen 27-6-2015 01:27 AM
aduiiii..menakutkannnnn
Quote ipes2 27-6-2015 02:33 AM
halamak.. vivid tahap sadist
Quote Felycya 27-6-2015 04:12 AM
Uwaaa...

Ngeriiiii oooiiii...
Quote bellaa 27-6-2015 06:49 AM
ada setengah tu mcm mutant x-men
Quote estrelle 27-6-2015 10:17 PM
yg bersisik tu
Quote aTiKah_aYuNi 28-6-2015 08:29 AM
menakutkannnnn
Quote missDollie 29-6-2015 01:50 AM
takot tengok..
Quote Artemesiaa 29-6-2015 01:34 PM
Memang pelik setiap satunya
Quote nora_balqis 29-6-2015 02:33 PM
Alhamdulilah dilahirkan normal sebagai manusia biasa
Quote mamapea 29-6-2015 03:57 PM
yg bersisik tu lg scary..mcm nak kopek2 jer kulit tu
Quote zameyla 29-6-2015 04:14 PM
scarynya...
Quote ais_kosong 30-6-2015 11:49 AM
kesiannya.....
Quote cm_asamkumbang 30-6-2015 12:39 PM
Yang bersisik tu ..ada member abang dia kena ...kesian tgk...
Quote asher 30-6-2015 01:05 PM
ngeri nyer .....
Quote ragarotan 1-7-2015 12:25 PM
seramnya aku tgk.kesiannya sapa yg kene
Quote Ayu61279 1-7-2015 02:33 PM
kesiannya mereka2 yg m'alaminya
yg b'sisik tu gatal kan?
camne la ek dia menanggung rasa gatal 1 bdn tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.142331 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top