CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resepi Simple Tapi Sedap : Ayam Goreng Kunyit

18-8-2015 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27273| Komen: 15


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : azuwar79.blogspot.com

Bagi wanita yang bekerja, penat seharian bekerja dan terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas pastinya membuatkan anda hilang mood untuk memasak. Tetapi tak kan hari-hari nak beli makanan dekat kedai kan, kena lah masak juga.

Tidak perlu bersusah payah memikirkan menu yang hendak disediakan kerana kami ada menu ringkas, sedap dan senang disediakan. Nah cubalah ayam goreng kunyit ini, makan dengan sup kosong sudah memadai dan membuatkan perut kenyang tidak terperi.

Masa:Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang

Bahan-Bahan:


300g ayam, bahagian dada
4 batang kacang panjang, potong 2 inci
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 senduk minyak masak
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
1 biji bawang merah, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Cara Penyediaan:

Potong dada ayam kepada kiub kecil. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit.
Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. Taburkan dengan sedikit gula.Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang.

Tips : Jangan goreng terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras.



Sumber resepi : iresipi.com



19

Bagus
13

Marah
12

Terkejut
18

Sedih
28

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peningsokmo 18-8-2015 06:36 PM
antara makanan fav i.. sedap dan rangup
Quote halraz 19-8-2015 07:52 PM
teringin la pulak
Quote izzah_mia 21-8-2015 10:24 AM
sy punya tak berapa kuninglah..padahal dah ikut 1 sudu kecik & perap selama 5 minit.
Quote friedfishsoup 24-8-2015 03:01 PM
thank you for the recipe
Quote myakayina 24-8-2015 03:38 PM
klu takde idea nak masak apa..aku masak lauk ni jer.. mmg licin la pinggan lepas tu..
Quote mesmerize 31-8-2015 10:55 PM
yupp aku pun kalau ada dada ayam masak ni je. tapi tak letak gula. tak guna cili merah tapi cili api baru kick meletop. ayam tu kalau nak lagi sedap lebihkan serbuk kunyit. pastu aku suka letak putik jagung hiris juga. sedap oh
Quote oxalate77 27-9-2015 06:13 PM
Sedapnye
Quote cinta_86 24-1-2016 04:27 PM
simple je resepi....nk kene try nie...
Quote eyeNa07 24-1-2016 07:37 PM
sedapnya...thanks for recipe
Quote jojoe00 26-1-2016 11:19 PM
sedap sgt makana time panas2
Quote swayne 10-2-2016 11:31 AM
fuhh dapat pun resepi simple and mudah. senanggggggg
Quote cmf_jeangrey 11-2-2016 05:56 AM
Ai letak serbuk kari sikit....jadi kaler brownish lepas goreng dan lebih terasa...mcm dijual kt kedai tu
Cuma tk reti nk buat sambal cili yg pedas berapi...kot2 sesapa ada resepi sila lah share ye
Quote MistrezHermanaz 11-2-2016 10:48 AM
iols buat 2 versi, yg mcm kt atas ni dgn lagi satu ayam tu goreng x garing sgt,ala2 berkuah buh air sikit..anak iols suka versi yg ini
Quote twinkleboo 9-4-2019 04:06 PM
Okay la. Looks nice.
Quote Chimicuri 20-3-2021 11:47 PM
Nice presentation juga.. tq share resepi

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.038781 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top