CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Benarkah Wanita Cantik Lebih Mudah Mendapat Pekerjaan?

18-8-2015 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 20800| Komen: 181

Oleh Adib Za

Kita sering mendengar ramai merungut sukar mendapat pekerjaan atau sukar dinaikkan pangkat, tidak seperti mereka yang cantik bergaya.


Adakah pendapat ini ada kebenarannya? 

Ya, satu kajian dilakukan oleh pengkaji Itali yang menghantar 10,000 resume kepada pelbagai jenis syarikat. Menariknya, kesemua resume ini mempunyai "intipati" yang sama, kecuali beberapa perkara yang ditukar seperti nama, alamat dan gambar.

(Sumber foto: twirlit)


Rumusannya, 54% yang dipanggil untuk temuduga terdiri daripada wanita cantik, dan 47% terdiri daripada lelaki yang tampan.

Manakala, wanita yang "biasa" penampilannya mendapat keputusan mengejutkan, hanya 7% yang dipanggil, dan 26% untuk lelaki "biasa" penampilan.


(Sumber foto: Insight)


Kajian ini turut dilakukan di Argentina dengan menggunakan model yang sama, di mana keputusannya 36% mereka yang mempunyai penampilan menarik mempunyai peluang untuk dipanggil temuduga berbanding mereka yang dikatakan 'hodoh' dan tidak bergaya.

Ternyata penampilan menarik itu sangat dititikberatkan di alam kerjaya. Kata orang, Don't judge the book by its cover. There is more than meets the eye dan sebagainya. Namun, ternyata yang lebih dipentingkan adalah paras rupa.

Ya, kita faham jika industri terlibat seperti media dan penerbitan televisyen, wajah yang cantik dan kacak seharusnya menjadi kemestian.

Namun, bagaimana pula dengan industri lain? Mengapa perlu memilih paras rupa? Penting sekali, bagaimana jika mereka yang 'hodoh' inilah yang lebih layak dari segi akademik, kemahiran mahupun pengalaman?

Agaknya sampai bila situasi ini berlaku? - CARI Infonet
19

Bagus
13

Marah
25

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 18-8-2015 03:31 PM
ya lebih mudah tapi bengap jugak

ujung2 keja buat air jah/resepsenis je layak
Quote MH37O 18-8-2015 03:32 PM
betul kot...haritu tgk rancangan apa tah kat astro pasal si che ta ni...dia ckp dulu masa belum jadi actor,dia ada apply keje kerani...bos tu offer 2,500 (lupa exact figure), tp dia cakap kat bos tu dia nak gaji rm4k...bos tu tanpa berfikir terus kasi dia kerja kerani cabuk dgn gaji rm4k...wakaka
Quote gaara_X 18-8-2015 03:34 PM
ermmmm......kalau boss jenis memilih..meme ler....
Quote intriQue 18-8-2015 03:35 PM
Ada betul dan logiknya. Untong ler jadi orang cantik ni....
Quote tagas 18-8-2015 03:40 PM
Biasalah dah jadik kelaziman dunia advantages & bonus bg mereka yg tampan & cantik

Ape2 pun rezki..takat cantik tp wat keje sengal tak guna jgk
Quote comel91 18-8-2015 03:41 PM
memang lumrah manusia nak tengok yang cantik je... padahal wanita cantik da ade bukti IQ rendah... tahap bimboo tinggi...


kalau la comel jadi boss.. memang aku test IQ.. sb memang tergolong dalam kalangan xcanteeeeq... so memahami sangat betapa kita ni persiapkan segala untuk inteview.. alih2 yang kne panggil kerja.. yang cantik.. atas tiket cantik je.. huhu
Quote haryatie 18-8-2015 03:44 PM
cantik camner pun harapkan cntik jerk
kalau langsung xde kelulusan otak kosong
nak buat apa..
tp kalau cntik pndai pulak, ada kelulusan yg sepatutnya, tu bonus la..
mmg mudah dpt keje..
sape x nak staff comeiiii...

Quote scorpionkiki 18-8-2015 03:44 PM
Paras rupa sudah pasti memainkan peranan...make sure jugak Gigi tu tersusun...kalau berlapis sila repair yer...pesanan ikglas Dr aku yg faham sangat...
Quote #h$=== 18-8-2015 03:44 PM
Benaaaaar .
Quote cupu 18-8-2015 03:45 PM
Betul...untung kan jd cantik
Quote quepastiputeh 18-8-2015 03:47 PM
2pt2k60.jpg

berfikir jugak kot kalau muke mcm ni apply minx keje....




Klo ni tak apply pun asenye... orang offer kje kot
Quote bellaa 18-8-2015 03:48 PM
tau xpe      
Quote tobobon 18-8-2015 03:48 PM
MH37O replied at 18-8-2015 03:32 PM
betul kot...haritu tgk rancangan apa tah kat astro pasal si che ta ni...dia ckp dulu masa belum jadi ...

kelasss che ta. keja kerani offer 2 500? zaman2 beliau muda rumaja dulu kerja kerani paling2 pun dapat 800 atau 1000 saja. 2 500 tu ala2 gaji asst manager dulu2

Quote idadzira 18-8-2015 03:48 PM
kalau setakat kerja back office, kerja jaga stor x pyh cantik pun x pe kot.
Quote tumpanglalu74 18-8-2015 03:50 PM
Yang cantik tu akan berjaya.

Dalam Animal Planet pon jantan yang macho yang dapat mengawan ape.  Mengawan dengan betine yang paling hot le.

Tapi aku tak sanggop buat koje jenis jual diri sebab nak pangkat.  Ramai beb, yang bini orang tido dengan laki orang sebab nak macam2.

Jenis yang boleh bawak main ni la yang senang nak dapat koje pon.  Masok bilik interview je orang dah terliur nak ngap.  Tambahan pulak yang memilih tu bos tua gatal miang keladi.  Bini orang pon bedal je lah..

Khennn.......................
Quote jerukkedondong 18-8-2015 04:03 PM
Cantik with brain..xpe..mmg jd aset pd syarikat..ni masalh ny...
Cantik tp kepala hotak letak kat lutut...
gst pun tak tau apa...yg dia tau nak claim OT selagi boleh...phuiiiiii
Quote Mary_jane 18-8-2015 04:06 PM
Untunglah cantik menarik tertarik, kau memang da bomb.
Quote TuntungReturn 18-8-2015 04:14 PM
jgn amik wanita cntik, nnti waktu kerja asik mekap
Quote MeghanK 18-8-2015 04:16 PM
ni lagi satu wartawan cari sendu syok sendiri..kamon la..u can do better kot

@spiderman80

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.108708 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top