CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Senarai Restoran 'Western' Halal Sekitar KL Dan Selangor

18-8-2015 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 52768| Komen: 100


Oleh : Dean BZ



Bila sebut saja makanan western pasti akan terlintas di fikiran, "ah tak nak lah.. sedap memang sedap tapi mesti mahal, lepak mamak makan capati lagi bagus". Hmm kalau nak merasa makanan yang sedap, harganya mestilah sedap juga membayarnya. Orang kata berpatutanlah dengan apa yang kita makan. Betul tak?

Bagi penggemar makanan western, banyak restoran-restoran halal yang menyediakan makanan western di sekitar KL dan Selangor. Mungkin ada yang sudah tahu dan ada juga yang masih belum tahu.

Mari kita lihat senarai nama restoran makanan western yang dipetik dari says.com,  siap ada review dan harga lagi. Memang terbaik.


1. Eye's Steak
Eye's Steak agak baru saja dibuka di Pantai Dalam beberapa bulan lalu. Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini.

Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun "Rasa Restoran, Harga Kedai" menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini. Layari Facebook Eye's Steak.

Beef steak: RM11, Chicken Chop: RM7.50, Lamb Chop (dan nasi): RM13.50
Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.Telefon: 017-2563283

 

2. Toowomba Deli & Meats Steak House
Kedai makan dengan nama yang unik ini antara kedai makan western mampu beli yang memasukkan Wagyu dalam menu mereka. Daging Wagyu adalah bahagian daging terbaik dari baka lembu yang juga terbaik, jadi harganya biasanya adalah mahal. Kalau di Me'nate harga Wagyu ialah lebih RM200 mengikut timbangan. Tetapi di sini, harganya cuma RM110.90 untuk jenis Sirloin dan RM122.90 untuk jenis Ribeye.

Selain dari Wagyu, antara menu istimewa lain ialah Seafood Platter, Steak Sandwich dan Lamb Rack. Layari Facebook Twoowomba Deli untuk info lanjut.
Striploin steak: RM22.90, Chicken Chop: RM18.90, Lamb Chop: RM21.90
Alamat: G 3A PV128 Jalan Genting Klang Setapak, Kuala Lumpur.Telefon: 03-41319006


3. Mr Steak House

Walaupun kedai makan ini lokasinya agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, tapi ramai yang recommend dan memuji kesedapan makanan barat yang disajikan di sini. Bagi mereka yang tinggal di luar pusat bandaraya, terutama yang tinggal di bahagian Bangi dan Kajang, mungkin boleh cuba Mr Steak House.

Antara menu yang istimewa di sini ialah makanan Itali, makanan pinggan panas (hot plate) dan paling terkini, Grilled Tiger Prawn. Layari Facebook Mr Steak House untuk info lanjut.
Sirloin steak: RM15.90, Chicken Chop: RM8.90, Lamb Chop: RM11.90
Alamat: No. 23-1, Jalan BPP 5/8, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.Telefon: 012-4669410


4. Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak
Kedai makan Pak Ngah Hilmi ini seperti kecil-kecil cili padi, walaupun kecil namun ramai juga yang turut mencadangkan kedai ini untuk dikunjungi sekiranya teringin nak makan makanan barat. Antara hidangan lain yang terdapat di sini ialah kepak ayam dan bebola daging. Menu di kedai makan Pak Ngah Hilmi ini sangat straight forward, jadi anda tak perlu kerut dahi memikirkan menu apa yang nak dimakan.

Memandangkan kedai makan ini cuma sebuah kedai makan kecil, menu makanan barat yang dijual juga adalah yang makanan barat yang basic iaitu steak. Namun begitu, menu simple ini memang menepati citarasa kedai makanan barat yang kami cari. LayariFacebook Pak Ngah Hilmi Grilled Lamb Steak untuk info lanjut.
Lamb Steak: RM19.00, Chicken Steak: RM18.00
Alamat: No 43 Jalan SJ 1, Taman Setiajaya, Rawang, Selangor.Telefon: 012-9332709

 

5. Top Steak House
Apa yang istimewanya Top Steak House ini ialah ia mempunyai sehingga 60 pilihan menu yang boleh anda pilih jika anda berkunjung ke sini. Ramai yang mengatakan rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan di restoran ini memukau selera pelanggan.

Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali. Kalau anda hendak memesan menu makanan laut pula, tempahan sehari sebelum adalah digalakkan untuk mengekalkan kesegaran makanan. Layari Facebook Top Steak House untuk info lanjut.
Steak Tulang T: RM26.90, Chicken Chop: RM8.90, Mixed Lamb Chop: RM16.90
Alamat: No. 2, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala LumpurTelefon: 017-3504055/013-3883891


6. Fiske Steakhouse
Saiz hidangan makanan di Fiske Steakhouse bersaiz besar dan lebih daripada berbaloi dengan harganya yang murah. Pemilik restoran ini, Shamsul Kamal dahulunya seorang chef di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, jadi tidak perlu risau dengan kualiti menu yang terhidang di kedai makan ini.

Menu istimewa di Fiske Steakhouse ialah Bread Butter Pudding dengan sos Karamel dihidangkan dengan aiskrim, dan Spagetti Bolognese. Selain makanan barat, Fiske Steakhouse juga ada menjual asam pedas Melaka. Jika anda tak boleh terima makanan mat salleh, bolehlah cuba asam pedas mereka. Dengarnya, boleh tahan sedap! LayariFacebook Fiske Steakhouse untuk info lanjut.
Special Beef Steak: RM16.00, Chicken Chop: RM11.90, Lamb Chop: RM10.00
Alamat: No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C/6), Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur.Telefon: 017-2121649


7. Western Dwap Barbarian Vape & Grill
Daging yang disajikan di Western Dwap digemari ramai kerana ia mempunyai tekstur yang empuk dan dimasak dengan begitu istimewa. Selain daripada menyediakan menu berbentukgrill, di sini juga terdapat pelbagai pilihan sandwich. Yang menariknya, sandwich ini boleh didapati dalam dua pilihan saiz iaitu Barbarian Sandwich untuk saiz besar, dan Viking Sandwich untuk saiz yang lagi lagi besar. Fuhlamak, kalau makan agaknya kenyang seminggu.

Antara menu istimewa di Western Dwap ialah lima jenis pasta, Bangers and Mashed (sosej), pelbagai pilihan burger dan Wagyu. Harga Wagyu di sini ialah RM128. LayariFacebook dan Instagram Dwap Barbarian untuk info lanjut.

Grill Lamb: RM35.00, Chicken Viking: RM28.00
Alamat: Blok 6, Lot G45, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.Telefon: 03-58872644 / 017-6236296


8. Big Brother
Ramai yang kata saiz menu di Big Brother ini besar sehingga satu hidangan boleh dikongsi dua orang, dan harganya pula murah. Memang berbaloi kalau makan di sini. Bagi penggemar keju, pasti sukakan makanan di sini kerana mereka tidak lokek dengan keju. Contohnya, dalam sup krim tomato, diletakkan keju untuk membangkitkan lagi kelazatannya.

Big Brother menyajikan menu seperti pemanis mulut Meringue, Breaded Fish, Spagetti dan Nachos. Kesemua menu ini berjaya memikat hati pelanggan dan kerap dicadangkan oleh mereka bagi yang baru hendak berkunjung ke sini. Layari Facebook Big Brother untuk info lanjut.
Steak: RM30.90, Chicken Chop: RM15.90, Lamb Chop Tower: RM20.90
Alamat: No. 3G, 3-1, Jalan 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara, PJU5, 47810, Selangor.Telefon: 012-2115190


9. Ayers Rock Butcher and Grill
Jika anda sukakan menu dengan nama yang simple, dan anda mahu makan dalam keadaan tenang, mungkin anda patut cuba Ayers Rock Butchery Grill. Kedudukannya yang terletak di kawasan perumahan dan agak tersorok menjadikan ia tenang berbanding dengan steak house yang lain. Menunya memang straightforward, boleh baca terus senarai steak yang anda nak makan. Dan jika Shah Alam terlalu jauh untuk anda, restoran ini ada cawangannya di Wangsa Maju.

Antara menu istimewa di restoran ini ialah Salmon Steak, Grainfed Ribeye dan Burger Steak. Layari Facebook Ayers Rock untuk info lanjut.
Sirloin Steak: RM30.90 (280gms), Grilled Chicken: RM15.00
Alamat: Jalan Serambi U8/21, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.Telefon: 03-51922344

 
Sekarang sudah dapat senarai restoran kan, apa lagi ajaklah kawan-kawan atau orang tersayang berkunjung ke salah satu restoran ni. Harga pun nampaknya berpatutan dan tidaklah terlalu mahal. Kalau sedap update kat sini ok. - CARI Infonet.



Sumber & gambar : says.com


13

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 9-8-2015 09:22 PM
pasta ke mee kari tu
Quote ultra78 9-8-2015 09:26 PM
macam mee jawa aje

Quote TuntungReturn 9-8-2015 09:50 PM
so aku mencari kambing, top steak house pnah masok paper kosmo tu.
Quote axl_bach 9-8-2015 10:02 PM
@Spiderman80, @Muntz
Quote trewqwert 9-8-2015 10:17 PM
Menate.....
Quote slavehunter 9-8-2015 10:20 PM
Cehhh apa yang uniknya nama Toowoomba tu....tu kan nama tempat kat Australia........tapi steak tu nampak sedapnye....
Quote aechae 9-8-2015 10:25 PM
toowoomba tu biasa2 je....lg prefer big brother....

fiske plak lamb stew nya sdp bg iols lh.....lamb chop pn puas hati mkn...yg pnting hrga x mahal
Quote nevberg 9-8-2015 10:27 PM
pernah makan toowoomba sekali..boleh la kot rasanya

fiske sebab depan opis aku dulu..agak selalu gak le makan..sedap juga makan disitu..
Quote Decaffeinated 9-8-2015 10:28 PM
apa kriteria masuk dalam list ni. Apasal famous outlet e.g. Victoria Station takde?...

Quote puccafan 9-8-2015 10:39 PM
Kalo yg kt seri kembangan, ada Satu  kdai, dkt dgn speed mart putra permai, kat situ ada food court.
Ada kdai kt situ jual chicken grill,2 slice RM 10 je. Dlm plate tu ada carrots, jagung and broccoli rebus. Dy punya gravy mmg marvellous
Quote shernazz 9-8-2015 10:42 PM
member aku ckp big brother tu xsedap pon..besar je lebih
Quote shernazz 9-8-2015 10:44 PM
lanun grill kat uptown ada lagi tak..
rindu la chicken grill dia..
masa dok kj dolu..slalu lepak situ..
extra coleslaw lagi....
Quote susano 9-8-2015 10:50 PM
Decaffeinated replied at 9-8-2015 10:28 PM
apa kriteria masuk dalam list ni. Apasal famous outlet e.g. Victoria Station takde?...
Kembara mencari steak, lamb dan chicken chop yang halal dan sedap dengan harga berpatutan. Itulah kriteria kedai makan western yang kami cari dan kami kongsikan khas untuk mereka yang sukakan makanan barat.
ni ha kriteria dia.....victoria station kategori restoran mahai...
Quote lasagnaklcc 9-8-2015 10:58 PM
Fiske, top tu semua sama mcm korg gi kedai western tepi jalan...Nothing special to shout about. Steakhouse tapi masak steak pon keras. Saya lagi suka station 21... Tapi harga mahal sikit la.
Quote munchkin 9-8-2015 11:00 PM
Italian takde buat pasta berair air. Banyak aku tengok komen foursquare torbaik thorbaek terbaik. Bila aku gi hampeh. Fiske tu biasa aja. Yg dpt review bagus is moon's kitchen. Yet to try. Wangsa grill by chef zubir 2-3 times cuba ok. Pastu masin gila. Pastu potong steak ikut urat daging so dahing takleh kunyah liat gila. Bila komplen, server kata doneness yg kita mintak tak betul. Telefon no nak komplen, no not available. Dari penuh orang sampai sendu jah resto wangsa grill tu. baguslah. Bila tegur, melawan cam bagus.
Quote munchkin 9-8-2015 11:02 PM
shernazz replied at 9-8-2015 10:44 PM
lanun grill kat uptown ada lagi tak..
rindu la chicken grill dia..
masa dok kj dolu..slalu lepak s ...

Ada lagi. Tapi boycott lanun sebab server dia sibuk nak buat style hayun hayun hotplate. Nasib tak kena orang. Tak penting kan keselamatan langsung. Kalau plate biasa nak hayun tu tak pe lagi. Ni siZzling hotplate tu.
Quote Decaffeinated 9-8-2015 11:06 PM
susano replied at 9-8-2015 10:50 PM
ni ha kriteria dia.....victoria station kategori restoran mahai...

Vic Station kategori mahai ka?

aku rasa standard lah harga steak dia.... tapi lupa pulak, it's been a while....

kalau sebelas ringgit tu aku musykil lah betul ka idok steak yang dia jual tu...



Quote liyamariska 9-8-2015 11:07 PM
dah melambak2 restoran berkonsepkan makanan barat kt kolumpo nih... ai cam terpikir org kt kolumpo ni mmg suka western food kn, sbb tu restoran makanan barat byk dibuka kt sini...
Quote fuyupoktek 9-8-2015 11:07 PM
Smlm baru pegi moons kitchen nk makan lobster harga 230rm mak x mampu. Adik makan lamb katenye sedap iols xmkn lamb so xrasa. Beef steak nya dap gak

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.039577 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top