CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apakah Sifat Wanita Hebat Di Mata Lelaki?

19-8-2015 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 6117| Komen: 4

Oleh Izzah Abbasy

Lelaki selalu memilih wanita yang terbaik dalam hidupnya. Tidak kira berkawan ataupun menjadikan wanita itu sebagai teman hidup. Memilih yang sedap mata memandang dan mempunyai ciri-ciri pula menjadi suatu kewajipan.

Setiap wanita sesungguhnya berpotensi menjadi wanita hebat.

Bagaimana Wanita Itu Boleh Jadi Hebat?

1. Tenang ketika menghadapi masalah

Kredit Foto : tentangwanita.com


Umum mengetahui, wanita sememangnya kalut apabila ada masalah atau sesuatu berlaku kepadanya. Daripada raut wajah mereka pun kita sudah tahu. Tetapi jika wanita yang bijak menyembunyikan masalahnya dan dia boleh buat tenang sahaja, sememangnya dia seorang yang luar biasa.

Wanita ini diibaratkan seperti Ummu Sulaim yang mempunyai ketenangan yang luar biasa dan sangat tinggi sifat sabarnya. Inilah salah satu ciri-ciri wanita yang hebat. Mampukah kita tetap tenang dalam menghadapi permasalahan?


2. Berani meminta maaf

Kredit Foto :www.vemale.com


Ciri yang kedua diperlihatkan oleh wanita hebat ini adalah berani meminta maaf ketika melakukan kesalahan. Sukar sebenarnya ungkapan maaf ini terucap, tetapi bagi wanita seperti ini dia mahu menyelesaikan bahkan memperbaiki kembali hubungan tersebut. Bagi wanita hebat ini, wajib meminta maaf di saat berbuat salah dan juga berani untuk bertanggungjawab dengan kesalahan tersebut.


3. Sentiasa berkata-kata positif
Wanita ini tidak akan mensia-siakan setiap perkataan yang dikeluarkan daripada mulutnya. Dia pasti akan menjaga batas percakapannya agar tidak membuat orang lain tersinggung. Jika wanita ini mempunyai anak, dia akan sentiasa menasihati dan memberi kata-kata semangat kepada anaknya.


4. Tidak mudah terasa atau tersinggung
Wanita memang sifatnya sangat sensitif. Jika tersalah cakap atau tegur, dia akan merajuk dan marah. Berlainan pula dengan wanita yang mempunyai sifat yang boleh menerima setiap kritikan dan teguran. Dia akan menjadikan setiap kritikan itu sebagai motivasi buat dirinya sendiri dan sangat terbuka menerima segala pendangan orang lain.


5. Pandai berdikari
Wanita hebat boleh berdikari sendiri. Dia tidak akan mnyusahkan orang lain. Jika kita lihat sifat ini ada pada ibu tunggal. Dia mempunyai pelbagai cara untuk mengatasi masalah yang dihadapi demi anak-anaknya.


Betapa ramai wanita hebat di sekitar kita. Mampukah wanita menjadi hebat di mata lelaki? Jika tidak menjadi hebat pada lelaki, wanita hebat pasti memiliki Allah di hatinya. - CARI Infonet

16

Bagus
18

Marah
25

Terkejut
14

Sedih
19

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dinamokiev 18-8-2015 04:57 PM
Kami sebenarnya nak 3 perkara ja, 1) Tetek Besar 2) Bontot Mantop 3) Cantik
Quote Nusantara77 18-8-2015 05:07 PM
dinamokiev replied at 18-8-2015 04:57 PM
Kami sebenarnya nak 3 perkara ja, 1) Tetek Besar 2) Bontot Mantop 3) Cantik

itu kau dan orang-orang macam kau je kot. haha!
Quote intriQue 18-8-2015 05:10 PM
Kalau ikut kriteria seperti artikel, saya bukanlah wanita hebat
Quote BlueRose99 19-8-2015 08:55 AM
Yezza! Hakak mmg wanita hebat! Huhuhu..

bluerose99.blogspot.com.wanita-hebat

Orang perempuan ni mmg kuat! Bab mengandung.. dari mula mengandung mcm2 kena 'go thru'. Morning 'sickness', sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki 'cramped' tengah malam, nk bangun dari katil susah, nk berjalan tak larat etc. Itu belum yg kena sembelit n buasir.


9 bulan bawa kandungan..

Then bab bersalin.. berjam-jam tahan sakit 'contraction'. Ada yg berhari2. Sakitnya Allah je yg tau!

Belum campur sakit kena seluk nk 'check' jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit etc. Even ada yg 'end up' kena 'czer'.

Bila dh selesai.. bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu.. tak boleh makan ni. Jalan kena perlahan2 sebab sakit. Lagi2 kalau yg kena jahit tu.. tak kisah la jahit 'czer' ke jahit bawah.. dua2 pun sakit.

Then nk kena kuruskan badan balik.. nk hilangkn 'stretch marks' yg degil, nk kempiskan poket kangaroo lagi n the list goes on.

So 9 bulan plus 100 hari pantang.. seorang wanita berkorban lebih kurang 1 tahun utk melahirkan seorang anak yg kemudian 'berbin' atau 'berbinti'kan suaminya.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.046167 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top