Tular video memaparkan solat jemaah dilakukan di sebuah pusat beli belah di Cyberjaya. Menerusi video pendek berdurasi 32 saat itu, kelihatan beberapa pengunjung seperti terkesima apabila melihat sejadah dibentang di tengah-tengah lobi pusat beli belah itu.
Malah, kawasan sekitarnya juga dihalang daripada dilalui orang awam dan pengunjung yang hadir. Difahamkan pihak pengurusan sering mengadakan solat jemaah di situ sejajar konsep perniagaan Islam yang diketengahkan mereka.
Presiden Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim berkata, inisiatif yang dilakukan itu adalah demi kepentingan kakitangannya. Dia yang juga pengasas Malakat Mall berkata, amalan solat berjemaah di ruang lobi bukanlah perkara baharu bahkan telah bermula sejak awal pembukaannya lagi. "Ketika kami mengambil alih dan buat ubah suai mall ini, memang ada satu surau tapi terlalu kecil, lebih kurang saiz empat buah kubur sahaja. "Jadi kami jadikan ruang legar yang luas ini sebagai tempat solat kakitangan," ujarnya menerusi hantaran video di TikTok. Mengakui banyak menerima mesej negatif kerana tindakan yang dilakukan itu, ujarnya, ia bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya memudahkan urusan pengunjung Islam menunaikan solat. "Saya terima banyak mesej dan pertanyaan tentang kenapa kami tidak buat surau. Kenapa perlu solat secara terbuka seolah-olah macam nak menunjuk-nunjuk. "Semestinya ini dibuat kerana ada sebab-sebabnya, dan ini satu amalan yang baik dan tidak pernah dilakukan di mana-mana mall. "Kami juga adalah satu-satunya mall yang melaungkan azan apabila masuk sahaja waktu solat," jelasnya. Disebabkan tidak pernah dilakukan di mana-mana pusat beli belah di Malaysia, rata-rata warganet memuji tindakan pihak pengurusan berkenaan. Selain berharap inisiatif itu dilaksanakan di lokasi lain, ada yang menyifatkan bahawa Malakat Mall sebagai destinasi pilihan untuk membawa keluarga. Sumber: mStar
|
supernaturalee replied at 9-9-2022 10:35 AM
non muslim x blh masuk ke mall ni
supernaturalee replied at 9-9-2022 10:35 AM
non muslim x blh masuk ke mall ni
krustykrab replied at 9-9-2022 11:00 AM
Dari solat kat tengah² mall mcm tu..pekata pihak mall buat surau besar kat situ.at least tak ganggu ...

pekanwoohoo replied at 9-9-2022 11:12 AM
Kau ingat yang sembahyang tengah-tengah ruang tu takde rasa riak ke dalam diri bila sembahyang macam ...
pekanwoohoo replied at 9-9-2022 11:12 AM
Kau ingat yang sembahyang tengah-tengah ruang tu takde rasa riak ke dalam diri bila sembahyang macam ...
princessmiang replied at 9-9-2022 11:19 AM
Tonggang jgn tak tonggang agama sisss

ADVERTISEMENT