|
Oleh : TSLOO
Terdapat kematian terbaharu akibat virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) di negara itu menjelang musim haji pada kali ini. Perkara itu disahkan jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi kelmarin. Dimaklumkan mangsa adalah seorang lelaki berusia 71 tahun di Riyadh selain sebanyak 10 kes jangkitan baharu dilaporkan. "Sebanyak 58 kes jangkitan baharu Mers telah direkodkan sejak awal Ogos lalu," Difahamkan, kebanyakan kes tersebut dilaporkan di Riyadh dan turut melibatkan beberapa pekerja kesihatan.
Susulan daripada itu, kumpulan hospital dimiliki Pengawal Kebangsaan Saudi telah meletakkan jabatan kecemasan dan pesakit luar pada tahap berjaga-jaga selepas Mers kembali menyerang negara tersebut. Kajian awal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati individu yang berada dalam persekitaran kumpulan unta berisiko tinggi dijangkiti Mers. - CARI Infonet |
|
12
![]() Bagus |
13
![]() Marah |
4
![]() Terkejut |
11
![]() Sedih |
10
![]() Lawak |
7
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.078314 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.