CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Video@CARI Gaya Hidup Lihat artikel

Tahukah Anda Terdapat 199 Jenis Durian?

20-8-2015 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 9639| Komen: 25

Artikel Oleh : Izzah Abbasy
Video Oleh : Izzah Abbasy, FirdausZ




Tahukah anda membezakan jenis durian? Atau sekadar makan sahaja, janji ia durian? Durian dikenalpasti melalui duri dan pokoknya. Isi setiap jenis durian juga berbeza. Ada yang isi nipis, bijinya besar dan ada juga isi tebal, bijinya pula leper. Warna isi durian juga berlainan. Mungkin bau yang sama membuatkan ramai yang tidak arif untuk membezakan jenis durian ini.

Terdapat pelbagai jenis buah durian. Walaupun semuanya nampak sama kerana ia berduri, ternyata pencinta atau penjual buah ini pakar membezakan jenisnya.

Durian Burung, Dalit, Alau, Royal Brunei, Durian Anjung Lima, Tenom Beauty, Kekura, Raden Mas Ayu dan Diamond King adalah durian yang popular di Malaysia. Tetapi ramai yang tidak tahu akan namanya apatah lagi buah jenis ini.

Jika anda ingin tahu, terdapat juga durian klon yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian yang dikenali dengan pelbagai gred 'D'. Terdapat sebanyak 199 jenis klon yang didaftarkan bermula dengan D1 hingga D199 mengikut setiap negeri yang dibenarkan oleh MARDI atau Jabatan pertanian.
Tetapi bilangannya hanya terdapat 123 jenis sahaja.

Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa. Jadi, durian yang anda selalu makan itu majoritinya durian yang telah diklonkan.

Selain durian ini dimakan sahaja dan dibuat manisan, terdapat juga aiskrim daripada isi durian Musang King yang pertama di Malaysia. Rata-rata ramai yang menggemari perisa durian Musang King ini.

Bagi anda yang ingin mencuba aiskrim ini, bolehlah berkunjung ke Kampung Durian House terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya, Selangor. Harga bagi aiskrim tersebut hanya RM4.00 sahaja.

Apa kata, selepas ini rajin-rajinlah mengenali jenis durian ini. Supaya mudah untuk kita berkongsi dan menerangkan maklumat mengenai durian kepada anak dan cucu pada masa hadapan. - CARI Infonet


32

Bagus
20

Marah
34

Terkejut
19

Sedih
28

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noraidil_06 20-8-2015 10:15 PM
kenapa ade jenis2 restriction type of durian yg blh ditanam di negeri2?.
Quote Kerêta_Angin 20-8-2015 10:36 PM
Durian Burung, Dalit, Alau, Royal Brunei, Durian Anjung Lima, Tenom Beauty, Kekura, Raden Mas Ayu dan Diamond Kingadalah durian yang popular di Malaysia.

raden mas ayu ... ni mesti derian JDT ni ... hihi
Quote alesandra 20-8-2015 10:53 PM
apa pekdahnya??bukannya aku tau membezakannya
Quote moocoww 20-8-2015 10:56 PM
Tak tau...tau makan....dan makan ja...
Quote ayahlang 21-8-2015 08:31 AM
ada sejenis durian pahit rasanya terdapat di hutan hutan,mungkin sesuai dimakan oleh pesakit diabetes.
Quote Maideen. 21-8-2015 11:27 AM
Wow!
Quote nevberg 21-8-2015 11:37 AM
meh layan lagu ni

[youtube]K-Do4JcP5xk[/youtube]
Quote melia_star 21-8-2015 11:45 AM
Tauuu banyakk tp koserrr nk amek berat sgt...durian aje punn...
Quote starbee 24-8-2015 03:23 PM
yang aku tau semuanye spesis durian hahahaha
Quote musangcomel 24-8-2015 06:09 PM
aku tau mkn je
Quote rosmahisham 24-8-2015 06:18 PM
royal brunei tu mesti sedap..1st time dengo..mcm best jer
Quote hzln 24-8-2015 06:38 PM
ohhh...patutlaah saya rasa tak keruan resah gelisah...rupanya sbb saya tatau durian ada 199 jenis. lepas baca artikel ini baru jiwa saya rasa tenang...info ini sangat berguna utk saya tempuhi hidup sehari2...terima kasih reporter cari
Quote Teru2Bozu 24-8-2015 06:53 PM
pengetahuan am!
Quote EJALTI 24-8-2015 07:01 PM
Iols tahu makan jewww....
Quote miabebe 24-8-2015 07:04 PM
Mia tau 2jenis jew..

Sedap nan tak sedap jew
Quote dani-rox 24-8-2015 07:38 PM
family ai ni pon tengah rancak pesta durian. semua benda nak diduriankan, crepe durian, bubur durian, tempoyak, lempuk etc.
cuma ai jah tak makan durian
Quote harmerz01 24-8-2015 09:39 PM
Durian KIPIDAP tak ada ke
Quote Simunggu 25-8-2015 11:08 AM
durian 7.65 ada?? di selangor/KL banyak tertanam kot...
Quote Faina 25-8-2015 11:24 AM
suka durian
ok tu je. babai

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.064678 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top