Oleh : Dean BZ Sumber foto : vivamerah.blogspot.com Sepasang pengantin yang baru selesai bernikah dan kemudian menunaikan solat sunat di sebuah masjid menjadi bualan nitizen apabila gambar itu mula viral di laman sosial. Gambar yang mencetuskan pelbagai reaksi itu dipercayai akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak, lapor mynewshub. Selain itu potongan pakaian pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga dikatakan tidak bersesuaian kerana terlalu ketat dan memaparkan jelas bentuk tubuhnya. Tambah portal itu lagi, di dalam kaedah tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di belakang suami, bukannya di tepi suami. Gambar posisi yang betul dan sepatutnya Kedudukan di tepi imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam keadaan lurus melintang panjang di belakang imam. Semoga perkongsian ini memberi kita semua ilmu tentang tatatertib solat berjemaah antara suami isteri. Mungkin ada yang sudah tahu, mungkin juga ada yang lupa dan langsung tidak tahu. Jadi, anggaplah ini satu pengajaran untuk kita semua dan bukanlah untuk mengaibkan sesiapa. Wallahu A’lam.. - CARI Infonet.
|
13
Bagus |
11
Marah |
8
Terkejut |
9
Sedih |
10
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kelapaparut replied at 19-8-2015 05:23 PM
Lenkali pakai leotard gitu ala farah ann
ADVERTISEMENT