CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Bimbang Bila Anak Lama Merangkak

21-8-2015 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7712| Komen: 4

Oleh Izzah Abbasy

Ibu bapa pasti teruja jika anak cepat merangkak. Tapi, jika tidak merangkak pula bagaimana?

"Cepat betul anak saya berjalan. Dia tak merangkak pun, terus berjalan."

Namun adakah ia petanda yang baik jika anak tidak merangkak. Ia sangat subjektif. Mungkin ada yang tidak merangkak semasa bayi, namun dia membesar normal seperti anak-anak yang lain. Sebelum membuat andaian, apa kata kita baca sebuah kajian yang telah dibuat di Amerika. Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran, 75% daripadanya tidak matang sistem STNR  (Symmetric Tonic Neck Reflex).

Amat menakjubkan. Rupanya Allah telah aturkan sebaik-baiknya perjalanan hidup serta perkembangan seorang manusia. Daripada dia lahir, kemudian belajar berguling, belajar merangkak, duduk dengan sokongan, duduk tanpa sokongan, bertatih, berjalan dan terus berlari.



Merangkak bukan sekadar merangkak. Allah jadikan merangkak itu sebagai satu peringkat menguatkan otot-otot leher, bahu, tangan dan kaki.


Kepada anak yang berumur 4 hingga 6 tahun, masih relevan lagi untuk mereka bermain sambil merangkak untuk menguatkan otot-otot mereka. Di mana otot-otot ini bukan sahaja menguatkan kemahiran motor kasar, namun merangkak juga dikaitkan dengan kemahiran menulis dan membaca kerana ia akan menguatkan juga skil motor halus.



Jadi, jangan abaikan merangkak. Biar mereka teroka dunia mereka.

Kaitannya STNR dengan merangkak.

Sistem STNR membantu keupayaan seseorang itu menggerakkan bahagian atas dan bawah badannya. Sistem ini biasanya akan matang di antara usia 9 hingga ke 12 bulan. Apabila seorang bayi itu dapat mengawal kepala, tangan dan kakinya dengan baik, maka STNR anak tersebut telah matang.



Bagaimanakah STNR ini dapat dicapai dengan baik apabila tangan dan kaki bergerak secara bergilir selama 6 bulan. Jika STNR tidak berfungsi dengan baik maka perkara-perkara berikut akan berlaku kepada anak:

  • Koordinasi mata yang lemah
  • Kelemahan dalam meniru sesuatu tugas atau kelakuan
  • Kelemahan dalam meniru atau menulis semula apa yang dilihat di papan tulis apabila sudah masuk ke alam persekolahan
  • Tidak dapat fokus dengan baik



Secara mudahnya, merangkak sangat memberi manfaat kepada bayi kerana:

1- Ia menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki

2- Pergerakan yang berulang-ulang kali akan merangsang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.

3- Ia akan melatih koordinasi mata seorang bayi itu - di mana koordinasi mata sangat penting di masa hadapannya supaya dia mudah membaca dan menulis.

4- Merangkak juga dapat membangunkan penglihatan binokularnya kerana semasa merangkak seorang bayi akan melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak di sekelilingnya.

5- Apabila merangkak, ia mengerakkan kedua-dua kaki dan tangannya dan ini akan menguatkan lagi otak kiri dan kanannya.


Biarkan anak anda merangkak. Biar dia teroka dunianya. - CARI Infonet


Sumber asal : ashikin-hashim.blogspot.com
16

Bagus
13

Marah
18

Terkejut
18

Sedih
14

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 18-12-2014 11:02 AM
gud info..tq
Quote naina 5-1-2015 10:58 PM
Oh yeke,pttla anak sy sejak merangkak daya tumpu dia lebih lama dan tajam.ok xmaw ajar tatih2 g.
Quote poyohabis 6-1-2015 01:13 PM
Anak sulung dl x merangkak pon.. X merasa pun nak tgk dia tonggeng2 montot.. Yg adik dia ni lak buat dua kj sekali gus..  Sambil merangkak sambil berdiri.. Suka tgk anak2nye ragam pelik2 tiap2 ari..
Quote ninjago 11-3-2015 04:04 PM
ok, skarang dah tak risau anak still merangkak even umur dah 1 thn 1 bln. Kalau tak susah hati je dia xjalan2 lagi.. kesian dia asik kena paksa berjalan gud info TT. tq!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.038307 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top