Oleh Adib Za Jika sebelum ini, pelakon cilik Mia Sara meluahkan bagaimana dia dibuli di sekolah, kini pelakon kanak-kanak Rykarl Iskandar turut meluahkan perkara yang sama.
Bezanya Rykarl mengambil keputusan berhenti sekolah dan hanya mengikuti pembelajaran di rumah atau turut dikenali dengan istilah home schooling. “Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu. Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara home schooling sejak awal tahun ini,” jelasnya menerusi portal Mstar online. “Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok. Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksibel bersesuaian dengan jadual penggambaran,” ujarnya lagi menerusi portal tersebut. - CARI Infonet
|
18
Bagus |
22
Marah |
20
Terkejut |
38
Sedih |
19
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sukacactus replied at 23-8-2015 08:09 AM
Oooo...patut la rambut dia panjang
Heran gak camna pegi skolah dgn rambut camtu
ADVERTISEMENT