Oleh : Dean BZ Sumber foto : www.theguardian.com Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan setiap keputusan yang dibuat oleh beliau adalah demi kebaikan parti Melayu terbesar dan juga negara. "Saya tak langgar undang-undang negara dan tak curi hak rakyat. Saya buat terbaik untuk parti dan negara. "Kita perlu teruskan perjuangan kita untuk mengekalkan UMNO sebagai parti tunjang yang menerajui tampuk pemerintahan negara," katanya. Berikutan itu, Najib menegaskan parti UMNO wajib dipertahankan untuk terus menerajui kepimpinan negara dengan mengekalkan kekuatannya. "Kalau ada masalah cari jalan penyelesaiannya, tak kan tiada formula (untuk diselesaikan) kerana dalam sejarah UMNO sudah melalui pelbagai cabaran dan dugaan," katanya. "Darah yang mengalir dalam diri saya adalah UMNO sejati. Tak kan saya mahu merosakkan parti yang Ayahanda (Tun Abdul Razak Hussein) saya bina sebaliknya saya akan kukuhkannya," tambahnya. Najib berkata demikian ketika berucap pada perasmian berkelompok Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau, semalam. - CARI Infonet.
Sumber : hmetro
|
15
Bagus |
12
Marah |
27
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT