CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tanda Suami Anggap Isteri Seperti 'BFF'

25-8-2015 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 3113| Komen: 0

Oleh Izzah Abbasy

Suami adalah ketua keluarga yang perlu ditaati dan dihormati. Jika mempunyai suami yang sayangkan dan memahami, ia sangatlah beruntung. Selalu kita dengar lelaki berkahwin dengan kawan baik atu BFF dan mereka selalunya kekal bahagia. Sebab apa? Sebabnya, satu kepala, tidak mudah tersinggung dan sentiasa bergurau antara satu sama lain.



Tetapi, perangai wanita biasanya akan berubah sedikit demi sedikit apabila mempunyai anak. Mungkin aura seorang ibu menjadi pemalu atau bertukar menjadi lembut sedikit dengan suami. Selalunya suamilah yang akan berterusan mempunyai sikap 'gila-gila' ini. Suami begini pasti menceriakan rumah tangga anda dan selalunya bijak menangani setiap masalah. 



Tanda Suami Sayang Dan Anggap Isteri Seperti 'BFF'


1. Lagi ‘best‘ lepak dengan dia

Anda lebih rela bersantai bersama suami anda daripada keluar bersama-sama rakan perempuan anda. Bersantai tanpa berbuat apa-apa dengan dia dirasakan lebih baik dari benda lain. Baring sama-sama atas sofa, sambil silangkan kaki atas kaki dia.


2. Tiada rahsia antara kita

Dia benar-benar memberitahu anda segalanya. Anda akhirnya mendengar segala rahsia untuk “lelaki sahaja” kerana dia tidak mahu menyorokkan apa-apa daripada anda. Jarang nak jumpa lelaki yang pandai gosip.


3. Minat yang sama

Anda dan dia mempunyai hobi yang sama. Contohnya, tonton filem yang sama dan keluar tengok wayang. Semua kena diam dan layan dengan penuh perasaan!

Bila rancangan bolasepak pula, anda sanggup bersengkang mata teman suami, walaupun di kedai mamak.

4. ‘Tapau‘ makanan tanpa beritahu



Anda saling memesan makanan untuk dimakan bersama. Jika anda memesan Mi Goreng dalam perjalanan pulang ke rumah, anda tidak perlu bertanya pada dia apa yang dia mahu (mi goreng mamak atau mi goreng basah atau Maggi goreng). Dia sudah tahu citarasa anda. Itulah cinta sejati.

5. Bila dekat, gaduh

Anda tidak perlu bersama-sama setiap saat tetapi anda lebih suka jika dia ada dekat dengan anda. Namun bila dekat, mesti ada benda nak gaduh. Dia mesti akan sakat anda sampai terjerit-jerit.

6. Bila jauh, rindu

Bila dah berjauhan, mulalah merindu. Jika anda keluar tanpa bersamanya, anda sering terfikir. Kalau dia ada, mesti kita gelak bersama-sama. Agak-agaknya dia tengah fikirkan aku atau pandang perempuan lain? Mulalah nak cari alasan untuk gaduh bila dia balik nanti.

7. Buat lawak bodoh



Anda mempunyai sangat banyak jenaka yang orang lain tidak faham. Kadang-kadang, orang sekeliling tidak dapat menangkap apa yang anda cuba katakan apabila anda dan suami ada bersama kerana anda sering ketawa pada perkara yang orang lain rasa biasa.

8. Boleh baca fikiran dia



Anda akan memandang dia dan anda tahu apa yang dia fikirkan. Begitu jua dengannya. Macam ada kuasa ‘psikik‘ la gitu. Macam tahu-tahu sahaja apa dalam kepala masing-masing. Apabila anda menghantar satu pandangan pada dia, dia tahu telah tiba masanya untuk meninggalkan sesuatu majlis. Tak perlu kuit kaki, pandang sahaja sudah tahu.

9. Bila ‘travel‘, tak pernah rasa bosan



Anda selalu mempunyai pengembaraan yang menarik bersama dia. Bila naik kereta bersama, mulalah terpekik terlolong menyanyi bersama-sama, ikut lagu dalam radio. Perjalanan berjam-jam jadi pendek kerana tak putus-putus berborak.

10. Saling nasihat-menasihati

Anda selalu mendapat nasihat antara satu sama lain. Dia tahu segala krisis yang anda hadapi dan begitu jua dengan anda. Bukan itu sahaja, malah dia turut mendengar masalah tersebut kerana anda berdua adalah seperti satu pasukan.

Tapi nasihat macam nak gaduh. Bila seorang lontarkan idea, mungkin akan tolak mentah-mentah dahulu. Esok barulah terima. Biasalah.

11. Susah senang bersama



Anda berdua telah mengalami waktu-waktu yang sukar bersama-sama. Setiap perhubungan sudah tentu membahagiakan ketika dipuncaknya, tetapi anda juga telah bertahan dalam beberapa situasi yang sukar. Pada saat itu, anda tahu dia tidak akan pergi ke mana-mana kecuali harungi bersama-sama.

Lawak-lawak juga, tapi bila serius, kena betul-betul serius.

12. Belum habis cakap, dia dah sambung

Anda saling menyudahkan apa yang bakal diperkatakan. Pelan dan strategi dia sudah ada alam tangan anda. Anda sudah tahu apa yang dia nak buat.


Bertuah wanita yang mempunyai lelaki atau suami sebegini. Tidaklah hidup tertekan dan memendam perasaan selalu kan? Yang penting jadilah 'Partner In Life'. Manis seperti gula selamanya. - CARI Infonet

Sumber Info : Sirap Limau

20

Bagus
11

Marah
25

Terkejut
31

Sedih
35

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.031020 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top