CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rosmah: 'Isteri Bersalin, Suami Jangan Main Golf'

26-8-2015 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10390| Komen: 49


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : www.themalaysianinsider.com


Dalam satu pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya, Isteri perdana menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor menyarankan kepada para suami supaya menjaga isteri dan bayi mereka semasa cuti paterniti.

Memetik laporan malaysiakini, Rosmah berkata, selain cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari diberikan kepada pekerja wanita, cuti paterniti selama tujuh hari juga diberi kepada suami.

Secara berseloroh, beliau berharap semasa cuti tujuh hari itu, para suami duduk di rumah dan tidak bermain golf.

"Jadi saya harap, para suami jaga ibu dan bayi. Jangan tujuh hari cuti, main golf. Para isteri kena periksa, suami kalau cuti tujuh hari dia mesti jaga anda dan bayi.

"Jangan benarkan mereka keluar. Saya tahu kaum lelaki tidak gembira dengan perkara ini tetapi saya di sini adalah untuk membela kaum wanita,"
katanya sambil mendapat tepukan hadirin.

Sementara itu, beliau sempat berkongsi pengalaman sendiri, Rosmah berkata beliau sebelum ini tidak sempat menikmati cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari.

"Dia (Najib) tak pernah dapat cuti dia. Dia tak pernah ada peluang untuk ambil (cuti) tujuh hari.

"(Tempoh) 60, 90 (wanita) bercuti, saya cuma dapat 40 hari, lepas 40 hari siaplah pergi kerja,"
katanya lagi.


Rosmah Mansor merupakan penaung PERMATA iaitu satu program asuhan dan didikan awal kepada kanak-kanak. - CARI Infonet.

19

Bagus
13

Marah
29

Terkejut
19

Sedih
20

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pittjie 25-8-2015 10:02 PM
hahahahaha. ahkaq semah patut nasihat laki kak semah hari tu masa dia main golf dgn obama. ckp la gini "yaaanggg, rakyat kena musibah banjir yaanggg! moh kita balik! u kensel je golf dgn obama. sat gi i call dia ek u tak jd main golf. mesti dia tak brani bantah cakap i"

Quote hzln 25-8-2015 10:09 PM
kak mah ada beranak kecik ka dlm beberapa tahun kebelakangan nih, yg menceceh najib tak dapat amik cuti paterniti segala bagai? dah sah2 somi dpt cuti 7 hari tuh baruuuu sangat diimplement kat tanah melayu nih
Quote clarizsa 25-8-2015 10:11 PM
Tu dia.. bg contoh main golf trus.. padahal rkyat marhaen nk cuit kayu golf pun x gamak.. harga melebihi gaji minimum marhaen la kot kan..

Ke dia mksudkn golf lain?
Quote imransulaiman 25-8-2015 10:11 PM
Apakah bikmama berambutkan singa ini berfikiran? Aku yang takde anak ni pun tau cuti 7 hari tu bukan sepenuhnya untuk menjaga isteri berpantang. Nak urus dokumen segala. Jadi driver itu-ini.  
Kalau duduk rumah, siapa yang urus benda tu semua? Malam boleh je jaga isteri....
Quote jengkoil 25-8-2015 10:14 PM
Tanda bonda seorang yang perihatin..sememangnya negara maju seperti malaysia. .gimana 75% dari lelaki dewasa menghabiskan masa lapang dipadang golf.. 25% lagi melayan deruman superbike dan naked bike..
Quote hzln 25-8-2015 10:17 PM
masa ku yie beranakkan anak bongsu tu najib sibukkkkkk juga...sibuk kejar kak mah...oooppsss
Quote gbam 25-8-2015 10:18 PM
ni sempena nak sejukkan hati rakyat la kan, ambil hati rakyat semula, bila 2-3 bulan nak bentang budget 2016 harap kak mah dapat sebat beratus juta lagi untuk projek permata dia, off- budget lagi ru. kira selamat la tak terusik sikit 2.6 bilion tu.
Quote clarizsa 25-8-2015 10:19 PM
Muka dia dlm pic tu buat i teringat kt wicked witch of oz...

Wicked..
Quote pearl.silver 25-8-2015 10:24 PM
Igt semua wanita..tempoh cuti 60 ke 90 hr pantang betul2
Nnt badan jd cam kak mah..
Quote mikasa 25-8-2015 10:44 PM
berapa kerat laa laki yang main golf ni....terutamanya pekerja gomen
Quote spiderman80 25-8-2015 10:51 PM
mikasa replied at 25-8-2015 10:44 PM
berapa kerat laa laki yang main golf ni....terutamanya pekerja gomen

Jibby yang kerja gomen pun dapat main golf.
Quote aderaderker 25-8-2015 11:09 PM
Contoh tak relevan langsung.
Rakyat bukan hayun kayu golf je ahkak..
hayun parang menebas, hayun mop, hayun penyapu, banting tulang bekerja..
Golf my a**
Quote primemova 25-8-2015 11:19 PM
imransulaiman replied at 25-8-2015 10:11 PM
Apakah bikmama berambutkan singa ini berfikiran? Aku yang takde anak ni pun tau cuti 7 hari tu bukan ...

Ahhahaha..., berambutkan singa
Quote tipuware 25-8-2015 11:20 PM
Set ayat lawak dia berkenaan golf tu tapi aku setuju bab suami kalau bini beranak tlg la jaga bini n baby. Sesetengah suami dan ayah ni igy beranak ni cam berak aje kot. Lepas berak  hidup berjalan spt biasa. Kebanyakka  kawan2 aku kt opis time bini bersalin mmg tak jaga. Diorang htr ke kg kasi mertua jaga. Alasan: tak pandai jaga org berpantang.. kalau x pandai belajar la. Smp bula nak memandir cam tu.

K.mah mungkin kasi contoh rakyat atasan golongan kaya bandar. Kalau rakyat marhaen miskin bandar  mungkin contoh tu kurang tepat.
Quote jerukkedondong 25-8-2015 11:55 PM
Bik mama....bik mama kenal Azrene tak...masa bik mama beranak kan Azrene dulu...suami bik mama tak cuti ke...dia tak jaga bik mama ehh..tu yg sampai laaa bik mama meroyan....tekanan perasaan...:
Quote imransulaiman 26-8-2015 02:32 AM
primemova replied at 25-8-2015 11:19 PM
Ahhahaha..., berambutkan singa

Macam singa kan? Tu yang ganas tu! Hihi...
Quote PongKang 26-8-2015 05:27 AM
imransulaiman replied at 25-8-2015 10:11 PM
Apakah bikmama berambutkan singa ini berfikiran? Aku yang takde anak ni pun tau cuti 7 hari tu bukan ...

Betul tu.. Nk uruskan dokumen, nk kne bawak isteri n anak sesama gi check kuning baby, kne jd runner if kne warded balik kat hospital, pakaikan bengkung isteri, mcm2 la.. Lain la makcik semah ni, ada driver, ada maid, ada inang, ada private chef bagai..
Quote giver 26-8-2015 07:44 AM
kak mah mana boleh beranak lagi dah turun mesin kot
Quote gaara_X 26-8-2015 07:45 AM
ermmmm..untung laa kak semah......suami minat main golf....

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.095835 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top