CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Buntu Untuk Cantik? Pilih Buah Ini

26-8-2015 05:06 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5468| Komen: 3

Oleh Izzah Abbasy

Sukar untuk mengekalkan kecantikan kulit anda? Buntu untuk memilih produk yang bersesuaian?

Kenapa perlu membazir? Amalkan petua yang kebanyakannya telah diamalkan oleh artis Malaysia. Rahsianya adalah, hanya menggunakan lemon.



Bagaimana caranya? Anda hanya memerlukan beberapa hirisan lemon sahaja. Direndam pada secawan atau segelas air panas. Minum dan amalkan semasa pagi dan petang. 



Kebaikan terdapat pada buah lemon yang kaya dengan vitamin C ;


1. Mengimbangkan pH badan


Lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ia bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Seperti yang anda tahu, pHbadan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik.


2. Mengurangkan berat badan

Sudah semestinya lemon adalah masam dan ia merupakan buah-buahan sitrus dan mengandungi pektin. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.

3. Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi

Lemon tinggi dengan kandungan Vitamin C dan kalium. Kandungan Vitamin C yang tinggi  berguna untuk melawan selesema. Kalium pula merangsang otak , fungsi saraf dan membantu mengawal tekanan darah.


3. Memperbaiki kulit

Lemon bertindak melawan penuaan kulit.  Ciri-ciri antioksidan membantu memerangi kerosakan radikal bebas, yang bertanggungjawab untuk gejala penuaan. Kandungan Vitamin C nya juga mewujudkan sintesis kolagen yang boleh mencegah kedutan. Vitamin C diperlukan dalam sintesis asid amino ke dalam kolagen dan tugas kolagen dan tisu penghubung adalah untuk menganjalkan dan melindungi tisu kulit kita.

5. Penghidratan

Lemon juga akan membantu anda kekal terhidrat sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan.

6. Menyingkirkan toksin

Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati anda selain merangsang sistem pencernaan anda. Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien.


CARI Infonet




15

Bagus
26

Marah
25

Terkejut
9

Sedih
21

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (109 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mattzzx 4-7-2015 05:01 PM
ada setengah tu tambah madu satu sudu........
Quote kejoraria 24-8-2015 10:47 AM
ada terbaca kat facebook aritu....kombinasi lemon ngan madu tak berapa bagus...tp cari2 balik tak jumpa kat wall....ada saper2 terbaca tak....kongsi info please...risau gak sbb dah amalkan selalu minum lemon panas ngan campuran madu ni
Quote colala77 27-8-2015 10:55 AM
izinkan saya berkongsi info, lemon ada psolaren, so kalau nak guna atau minum lemon kena pada waktu malam sahaja

sebab waktu siang ia akan menambah sensitiviti kulit pada uv rays.. yg boleh menambah kerosakan kulit.. kalau guna waktu malam takpe sebab psolaren akan terurai dlm badan dlm masa 8 jam

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.115422 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top