CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Trauma! Seks Selepas Bersalin

28-8-2015 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11232| Komen: 2

Oleh Izzah Abbasy

Tahukah anda, rata-rata wanita yang berpantang selepas bersalin trauma untuk 'bersama' suami sedangkan luka atau tempoh berpantang sudah lama habis dan elok.

Perkara ini selalu dibangkitkan oleh golongan wanita kerana merasakan suami tidak memahami pendirian mereka.



Betul, hak suami untuk 'bersama' kerana sudah lama berpuasa. Sebelum memberi pelbagai kata-kata yang tidak enak, apa kata berbincang dahulu dengan isteri. Mengapa dan kenapa. Bukan main tuduh isteri bukan-bukan.

Rupanya perkara yang dilarang oleh Rasulullah SAW boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik.

FAKTA YANG HARUS SUAMI AMBIL TAHU

  • Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

  • Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurangtiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.

  • Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan lukamelebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.



Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepas bersalin kerana kesakitan dan keletihan.

Jangan buka aib bawah kain sendiri ya para suami. Fahami dan saling berbincang dengan isteri anda. Jangan berkahwin kerana nafsu. Dengan sedikit kesabaran dan saling memahami, perasaan cinta dan romantis akan kembali semula. Hubungan intim juga semakin bersinar. - CARI Infonet


15

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
14

Sedih
18

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (100 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote intriQue 26-8-2014 07:03 AM


‘BERSAMA’ Selepas Berpantang, Bersediakah Anda?

Posted on May 2, 2014 by faiebaharum

Seks selepas berpantang amat jarang dibincangkan kerana ianya agak sensitif dan setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza terutama kaum suami.

Bagi si isteri, ianya agak menakutkan lebih-lebih lagi jika trauma atau luka bersalin agar besar. Disini  timbulnya konflik jika si suami tidak memahami kesakitan , ketakutan dan tahap kesihatan dalaman isteri setelah pengalaman melahirkan yang pastinya melibatkan luka dalam yang tidak kelihatan. Bagi sesetengah suami, 40hari tempoh untuk mereka ‘BERPUASA’ sudah cukup memeritkan tapi beruntunglah si isteri jika si suami punya pengetahuan cukup tentang peyembuhan selepas bersalin, bukan sekadar tempoh berpantang 40 hari.

Seks Dalam Pantang Dilarang

Menurut kajian yang telah dilakukan, seks yang dilakukan selepas bersalin (dalam tempoh berpantang) boleh menyebabkan embolisma udara yang menyebabkan kematian.

Embolisma udara dalam faraj akan berlaku apabila seks oral dilakukan oleh pasangan anda terhadap anda. Udara yang ditiup masuk ke dalam faraj akan masuk ke dalam rahim dan seterusnya masuk ke dalam salur darah. Kesannya boleh membawa kepada KEMATIAN yang pernah dilaporkan terutamanya di negara-negara barat.Itulah pentingnya mengikut panduan yang digariskan dalam Islam dalam konteks hubungan seks.

Rupanya perkara yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w boleh membawa akibat yang buruk. Jadi, penting bagi suami isteri memahami garis panduan dalam melakukan hubungan seks kerana hubungan seks yang baik akan menjurus kepada kesihatan yang baik

Apa Nasihat Ustaz Azhar Indris tentang HUBUNGAN KELAMIN SELEPAS BERPANTANG?

http://www.youtube.com/watch?v=d5wsp0SYiDk

Isteri Tak Mahu Jimak Kerana Belum Sampai 100 Hari Pantang – Ustaz

 

Jom kita didik para suami tentang apa yang perlu mereka tahu tetang pemulihan selepas bersalin sebelum memutuskan waktu yang paling selamat untuk mula BERSAMA.

Tempoh Penyembuhan Luka Bersalin

Mengikut tradisi orang Melayu, berpantang bagi ibu selepas bersalin yang paling baiknya adalah 100 hari. Bagi sesetengah orang, 100 hari itu dimaksudkan dengan tempoh berpantang untuk tidak bersama suami, manakala pemakanan harus dikawal secara ketat sehingga 40 hari yang pertama.

Selepas melahirkan anak, salur reproduktif wanita akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih. Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurangtiga minggu untuk pulih dan jahitan luarpula antara 7-14 hari untuk pulih.

Jika wanita itu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan lukamelebihi tiga minggu. Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.

Antara faktor yang mengakibatkan pasangan dingin

Trauma dengan proses kelahiran

Bayi yang keluar melalui vagina wanita akan menyebabkan tisu vagina yang lembut luka. Apatah lagi, yang digunting (episiotomi) dan dijahit. Luka ini akan mengambil masa sehingga berminggu-minggu untuk sembuh sepenuhnya.Pasangan takut untuk bersama kerana bimbang terhadap apa yang mungkin terjadi kepada faraj seperti terkoyak atau kesakitan yang melampau.

Perubahan hormon dan emosi

Kadar hormon estrogen atau progesteron pada pasangan yang menurun dalam minggu pertama kelahiran boleh menyebabkan keinginan seksual merundum. Ia juga mengurangkan rembesan pada faraj dan menyebabkannya kering. Akibatnya faraj menjadi lebih sensitif kepada rasa sakit.

Kelahiran anak akan membawa perubahan yang besar dalam hidup. Penjagaan anak dan proses berpantang akan sedikit sebanyak membawa tekanan emosi kepada ibu. Ditambah lagi dengan perubahan hormon yang akan mempengaruhi emosi dan keinginan seksual ibu.

Perubahan fizikal

Adalah normal apabila badan isteri mengalami perubahan ketara selepas bersalin seperti tubuh yang makin berisi, menggeleber, kulit perut merekah dan badan berjerawat. Isteri mula merasakan dirinya tidak menarik lagi.Isteri mungkin tidak berasa yakin dengan bentuk badan selepas bersalin sehinggalah berjaya mengurangkan berat.

Perhatian

Isteri mungkin sukar untuk rasa tenang atau berhenti memikirkan tentang bayi bagi satu masa yang cukup panjang untuk memenuhi keinginan seksual, terutama jika bayi tidur sebilik. Naluri keibuan mula mengambil tempat lebih-lebih sekiranya melahirkan buat kali pertama. Sedikit reaksi bayi sudah cukup mengalih perhatian si ibu, apatahlah jika bayi menunjukan tanda-tanda kurang sihat, maka seluruh perhatian dan tumpuan si ibu tertumpu padanya.

Keletihan

Agak sukar untuk merasa romantis jika suami isteri sentiasa keletihan, terutama dalam bulan-bulan terawal kelahiran. Bayi yang sentiasa memerlukan perhatian menyebabkan pasangan suami isteri jarang dapat meluangkan masa dengan intim bersama-sama tanpa gangguan.Pasangan akan mula merasa perubahan dalam kehidupan seharian mereka, tidur tidak lagi selena dulu, waktu makan adakalanya tidak menentu terutama si ibu. Bagi si suami, mereka perlu mula membiasakan diri apabila perhatian si isteri bukan lagi 100% kepadanya dan mereka perlu mula belajar menguruskan diri sendiri dan paling utama perlu memahami keletihan si isteri yang makin bertambah tanggjungjawabnya terutama apabila bayi kerap terjaga di waktu tengah malam.

Jadi, adalah penting untuk pasangan suami isteri peka dan bersedia untuk menghadapi masalah seksual yang akan timbul 6 bulan pertama selepas kelahiran anak. Kesabaran yang tinggi sokongan amat penting untuk ditonjolkan oleh suami kerana bukan senang untuk mengandung dan melahirkan.

 

Kesan Bersalin Pada Keinginan Isteri

Kebanyakan wanita tiada keinginan untuk bersetubuh sekurang-kurangnya beberapa minggu selepasa bersalin kerana kesakitan dan keletihan. Jika proses kelahiran adalah lama dan sukar, wanita mungkin takut akan mengandung lagi jika melakukan hubungan seks. Perubahan hormon dan kerisauan juga mempengaruhi keinginan seksual wanita selepas bersalin yang akan menyebabkan kekeringan faraj. Ini biasa berlaku dalam tempoh 3 bulan pertama selepas kelahiran.

Kebiasaannya, wanita akan mempunyai keinginan seksual selepas beberapa bulan bersalin. Jika tidak, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengatasi masalah ini.

Bagaimana Hubungan Seks Terjejas Dengan Kelahiran Bayi

Sudah semestinya! Kebanyakan ibu dan bapa yang baru menimang cahaya mata akan keletihan kerana tidur yang tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin akan berlanjutan beberapa bulan atau mungkin bertahun. Dalam tempoh masa ini, suami akan merasakan dirinya disisihkan dan segala tumpuan diberikan kepada bayi. Tak mustahil juga jika suami akan merasa cemburu dengan bayinya.

Walau bagaimana pun, kebanyakan suami akan menghargai isterinya apabila melihat sendiri proses kelahiran. Suami dapat menyaksikan sendiri betapa besarnya pengorbanan isteri yang bersabung nyawa untuk melahirkan anaknya. Pengalaman tersebut akan menyebabkan suami menjadi lebih bertolak ansur dalam semua perkara dan menjadi titik tolak bermulanya fasa baru dalam perkahwinan.

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berasa tertekan dengan proses kelahiran yang disaksikan. Mereka berasa sangat bersalah dan kesian dengan isteri sehinggakan tidak sanggup memikirkan untuk melakukan hubungan seks lagi. Suami yang terlalu obses dengan pemikiran ini sehingga menyekat hubungan seks dilakukan walaupun isterinya sudah pulih harus mendapatkan nasihat kaunselor. Tapi, selalunya pemikiran untuk tidak melakukan hubungan seks ini akan beransur hilang walaupun rasa bersalah dan kesian masih menebal.

Faktor-faktor tersebut boleh mewujudkan kerenggangan suami isteri. Bagi mengembalikan keharmonian rumah tangga, pasangan suami isteri harus mempunyai kepercayaan dan menghargai pasangan masing-masing. Sifat sabar dan bertolak ansur memainkan peranan yang penting bagi memahami kehendak masing-masing. Suami isteri boleh melibatkan anak dalam perkara yang dilakukan bersama supaya kehadiran anak akan mengembalikan rasa bahagia. Dengan cara ini juga boleh menyedarkan suami isteri tentang tanggungjawab baru mereka sebagai ibu dan ayah dan peranan ini memerlukan kerjasama yang kukuh.

Tiada Waktu Spesifik Untuk Mula Bersama

Tiada sebarang waktu spesifik yang ditentukan bilakah saat dan tika yang paling sesuai untuk anda dan pasangan mula BERSAMA. Terpulang kepada persefahaman dan persetujuan suami isteri apabila tempoh penyembuhan luka diyakini telah pulih.

Namun ASASNYA, sebaik-baiknya masa yang sesuai bagi wanita selepas bersalin untuk melakukan hubungan seks adalah selepas pemeriksaan yang akan dilakukan lebih kurang 4-6 mingguselepas bersalin.

Dalam tempoh 4-6 minggu tersebut, anda tidak digalakkan untuk melakukan hubungan seks kerana organ reproduktif seperti faraj dan rahim masih belum pulih sepenuhnya. Tambahan lagi apabila jahitan pada vagina belum sembuh serta darah nifas masih belum kering.

Hubungan seks dalam tempoh tersebut boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan menyebabkan proses penyembuhan organ reproduktif mengambil masa yang lebih lama. Kebiasaannya, selepas 6 minggu, rahim akan kembali mengecut seperti sediakala dan luka jahitan sudah sembuh.

Apabila anda suami isteri sudah bersedia untuk melakukan hubungan seks, lakukan dengan hati-hati dan lembut. Carilah masa yang sesuai di mana anda tidak terlalu letih dan anak anda tidur dengan lena.

Mungkin sebelum seks penetratif dilakukan, pasangan boleh mencuba seks tanpa penetrasi dengan rangsangan luaran.

Apabila semua percubaan itu berjaya dan selesa, mungkin cara biasa seperti kedudukan suami di atas boleh dilakukan dan mengikut keselesaan isteri. Untuk enam bulan pertama, memang hubungan seks menjadi cabaran untuk kedua-dua pihak.

Tip mengembalikan keyakinan dan keintiman

• Jaga diri – jika berat badan menyebabkan anda rasa kurang yakin, ambil masa untuk makan dengan sihat dan bersenam ringan. Keyakinan diri adalah kunci kepada rasa seksi.

• Teruskan menggoda – sama ada melalui email, perbualan telefon atau gurau senda semasa melayan bayi, saling menggoda dapat membantu meningkatkan mood keintiman dan memudahkan apabila masanya tiba untuk bersama.

• Temujanji di rumah – mungkin tiada lagi masa untuk keluar makan atau bersiar-siar berdua. Namun anda tentu sekali boleh lakukan sesuatu yang istimewa di rumah seperti mencuba resepi baru bersama-sama.

• Cara lain – sementara menunggu masa yang sesuai, anda tentu sekali boleh menyatakan cinta dalam bentuk yang lain. Urutan, dakapan, belaian dan semudah berpegangan tangan adalah antara cara mengekalkan keintiman.

• Saling membantu – pastikan anda dan pasangan saling membantu dalam menguruskan bayi. Anda pasti teruja bilamana mendapati keintiman dan mood dapat ditingkatkan dengan cara ini.

• Mandi bersama – apabila bayi telah tidur, luangkan masa untuk mandi bersama. Ia sesuatu yang anda perlu lakukan, jadi apa kata ambil pelung ini untuk meningkatkan mood keintiman.

• Komunikasi – dalam apa jua situasi, komunikasi adalah elemen terpenting bagi menjayakan satu-satu hubungan. Jika komunikasi secara terbuka dan jujur telah bermula sebelum bayi dilahirkan, akan lebih mudah untuk menyatakan kekecewaan, jangkaan, harapan dan keinginan selepas bersalin.

Dengan sedikit kesabaran, kreativiti dan saling memahami, perasaan cinta dan romantis akan kembali semula. Mungkin juga dengan satu ikatan yang lebih kukuh dan lebih baik. Berikan sedikit kesungguhan untuk mengembalikan keintiman kerana tentunya ia berbaloi!

Quote bocorantogel 4-7-2017 02:32 PM
Jika ada yang mau merubah nasib melalui judi togel,ritual uang balik,pesugihan tanpa tumbal,dll silahkan hub,,,Aki jagad samudra di,,,085398722048 Atau klik http://dewatogel777.blogspot.com hanya kepercayaan dan keyakinanlah yang bisa merubah nasib anda menjadi orang sukses.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.041188 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top