Oleh Adib Za Bukan sekali dua, kisah pengasuh "puaka" dipaparkan di dada-dada akhbar. Bezanya, kisah terbaharu kali ini, apabila pengasuh semakin pandai merungut dan melempiaskan kemarahan menerusi laman sosial.
Meskipun tidak menyentuh dan menyakitkan dari segi fizikal, namun emosi ibu bapa dan anak-anak itu sendiri telah diseksa melalui hamburan kata-kata kesat pengasuh sedemikian. Satu soalan, adakah anda diminta menjaga kanak-kanak tersebut dengan percuma? Tidak, bukan? Tugas sebagai pengasuh diakui bukanlah sebarangan dan semudah yang disangka. Lebih-lebih apabila kanak-kanak mempunyai sikap atau perangai tertentu.
Namun, itulah cabaran yang harus dilalui oleh pengasuh. Namun, penulis tertanya-tanya juga. Di sebalik pemilihan pengasuh ini, adakah pemilik tempat asuhan memilih mereka secara 'tangkap muat'? Bukan semua individu yang 'suka' akan kanak-kanak. Ini memang diketahui umum, seperti mana individu yang tidak menyukai haiwan atau pun warga emas. Oleh itu, mereka ini haruslah dikenalpasti dari titik awal lagi. Mengapa harus memilih pekerja yang bakal menjadi pengasuh yang tidak sayangkan kanak-kanak dan bertindak kasar? Pemilihan dari peringkat awal itu sangat penting. Begitu juga dengan ibu bapa. Meskipun anak-anak anda dibayar, namun sediakan kelengkapan mereka sebaiknya. Ini bagi memudahkan kedua-dua pihak, pengasuh dan ibu bapa menguruskan anak-anak mereka. Sekali lagi, tindakan pengasuh yang merungut sambil menghamburkan kata-kata kesat terhadap kanak-kanak yang dijaga dan ibu bapanya, amat-amat tidak wajar. Memberhentikan pekerja atau pengasuh sebegini adalah perkara terbaik. Mungkin selepas ini, lebih ramai ibu bapa yang semakin peka dan hati-hati hendaknya. - CARI Infonet |
18
Bagus |
21
Marah |
15
Terkejut |
26
Sedih |
13
Lawak |
23
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kipaslaju00 replied at 28-8-2015 05:17 PM
Eh taska cina india takde ke masalah mcni??? Tetiba pulak
LolaLoly replied at 28-8-2015 05:39 PM
memang tiba2.. rase2nya takde
tobobon replied at 28-8-2015 06:43 PM
wartawan cari boleh suka hati ulang thread yang dah ada ek?
mohon mod dan admin sila jelaskan.
ADVERTISEMENT