CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Suami Panas Baran, Anda Redha Atau Lari?

28-8-2015 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 8937| Komen: 19

Oleh Adib Za

Mempunyai suami yang panas baran pastinya bukan pilihan mana-mana wanita. Namun, jika ditakdirkan dijodohkan dengan mereka ini, apakah tindakan anda?


Adakah mahu 'stay' dan atasinya, atau mengambil jalan keluar, dek kerana tidak tahan? Apa kata anda baca titipan di bawah ini, yang dipetik menerusi blog mylovely-fieda.

1. Jangan berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang marah atau emosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, si isteri boleh terganggu dan rumahtangga juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.

2. Ajak dia berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Tetapi tunggu sehingga kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik dan tepat.


(Sumber foto: laman-seri)


3. Suami panas baran ataupun pemarah suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.

4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Seterusnya ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemahan diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami panas baran biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun. Itu kenyataan.

(Sumber foto: Utusan)


5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Orang yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.

6. Pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang boleh membuatkannya gembira dan tenang, berbanding sebaliknya, yang membuatnya kesal dan marah. - CARI Infonet

14

Bagus
9

Marah
23

Terkejut
30

Sedih
24

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ipes2 28-8-2015 06:11 AM
Lupakan saja semua ni dan amalkan yang dibawah ini:

0) jangan sekali kali ambil orang yang tak tahu menjaga marah mereka pasangan hidup (orang yang jenis macam ini ditolak dari public services, dari professional services dan dari menjadi kawan peribadi; seharusnya mereka ditolak sebagai pasangan hidup)
Quote eileen80 28-8-2015 02:34 PM
ipes2 replied at 28-8-2015 06:11 AM
Lupakan saja semua ni dan amalkan yang dibawah ini:

0) jangan sekali kali ambil orang yang tak ta ...

biase nye kite xtau pon org tu panas baran @ x.
sehinggalah kite amik keputusan utk hdp dgnnye & akhirnya br tau die panas baran.
nak pth blk, xblh dah..
Quote ipes2 28-8-2015 09:20 PM
eileen80 replied at 28-8-2015 02:34 PM
biase nye kite xtau pon org tu panas baran @ x.
sehinggalah kite amik keputusan utk hdp dgnnye &  ...

saya paham keadaan begini
Quote Emperor95 29-8-2015 09:12 AM
Setuju dengan @ipes2  @eileen80 serta kebanyakan penyataan @Nusantara77

Bukankah sewaktu berkenalan itu boleh mengetahui sifat panas baran seseorang itu.
Sifat panas baran ini pun bukan senang disorok. Biasanya dizahirkan melalui kata2 dan tingkah laku.
Quote intriQue 31-8-2015 03:44 PM
Mmg gerun dgn lelaki yg panas baran. Awal2 lagi mmg angkat kaki
Quote arrowki 31-8-2015 08:56 PM
jangan terjebak lelaki panas baran. ego melangit
Quote aijinmisaki 1-9-2015 02:11 PM
kalau aku, aku jugak yang panas baran....
Quote IbuAulia 1-9-2015 04:21 PM
saya pon dah terkahwin dngan lelaki panas baran.nasib badan
Quote seramado 2-9-2015 11:15 AM
mcm mana kalau laki bini baran..
Quote makkenits 2-9-2015 12:30 PM
first of all, jgn amik lelaki yg panas baran sebagai teman hidup.. unless mmg ada cita2 nak hidup berendam air mata..

tp for normal human being pun, ada ketikanya tu kita atau pasangan akan naik angin juga... pesanan orang tua, bila salah seorg tgh marah, pasangan jgn la pi menambah marah dia lagi.. biar dia bising sorg2 sampai dia cool down sendiri.. bila dah ok angin dia tu, baru la pasangan 'basuh' atau balas apa yg patut... kalo x, mmg mau penampar naik ke muka nanti kan... apa pun, setiap org ada cara handle angin masing2... husband aku senang je nak tau dia marah ke x... kalo time angin, mmg dia x berenggang dengan al-quran.. tu la bahan bacaan dia sampai dia ok... kalo aku lak, menyental satu umah atau gi shopping...
Quote MariaClara 2-9-2015 03:28 PM
ohh aku xleh la dgn org baran ni...lame2 aku pon bole jadi baran...x adil kot asik nk suruh kite org ppuan mengalah..asik nk diam...berendam air mata...setahun 2 bole kot mengalah tp klau da bertahun2..xtau sape yg tahan...so bagi sesape yg sebelum kawin da nampak tanda2 baran...sila la jauhkan diri...tapi kalau dah jodoh nak buat mcm mane la kan....
Quote fifie_olin 3-9-2015 08:55 AM
setiap kali dgn dia....baca surah yusof ayat ke 4 (baca dalam hati, yakin) ..sambil2 tu urut2 la badan dia
amalkan slalu...in shaa ALLAH....xde dh baran2 tu lg
Quote cik_tonggek 3-9-2015 10:03 AM
fifie_olin replied at 3-9-2015 04:55 AM
setiap kali dgn dia....baca surah yusof ayat ke 4 (baca dalam hati, yakin) ..sambil2 tu urut2 la bad ...

betul
tapi bukan takat amalkan kat somi yg panas baran je
dia baik2 pun kita rajin2kan baca ayat tu
akak selalu baca time somi nak tido
nak2 sebelum tido tuh dia tgh mengeluh komplen geram ke apa


Quote fifie_olin 3-9-2015 10:06 AM
cik_tonggek replied at 3-9-2015 08:03 AM
betul
tapi bukan takat amalkan kat somi yg panas baran je
dia baik2 pun kita rajin2kan baca ayat ...

kann...btl2 menjadi bila guna ayat suci ALLAH ni...jnji kita yakin..tu jek

Quote rabudota 16-9-2015 06:48 PM
Video Dewi Persik Bugil Sehabis Berenang

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Koleksi Foto Bugil Amel Alvi

Koleksi Foto Bugil Ayu Ting Ting

Foto Bugil VJ Marissa Sexy Banget
Quote ipes2 19-9-2015 06:28 AM
Emperor95 replied at 29-8-2015 09:12 AM
Setuju dengan @ipes2  @eileen80 serta kebanyakan penyataan @Nusantara77

Bukankah sewaktu berkenal ...

kan? kan? suka hati sbb ada org stuju
Quote Emperor95 19-9-2015 09:06 AM
ipes2 replied at 19-9-2015 06:28 AM
kan? kan? suka hati sbb ada org stuju

Kelak kalau saya setuju dengan anda, saya akan post. Bagi hati anda gembira selalu diforum ini.


Quote ipes2 20-9-2015 12:12 AM
Emperor95 replied at 19-9-2015 09:06 AM
Kelak kalau saya setuju dengan anda, saya akan post. Bagi hati anda gembira selalu diforum ini.{:t ...

bagus Emperor; mulia sungguh hati kau nih
Quote Emperor95 21-9-2015 08:45 AM
ipes2 replied at 20-9-2015 12:12 AM
bagus Emperor; mulia sungguh hati kau nih

Tidak salah memberikan sedikit kegembiraan kepada orang.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.195392 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top