Tujuh belon kuning yang antaranya tertulis perkataan "Democracy", "Justice", "Free Media" dilepaskan oleh seorang individu di pusat membeli belah Pavilion ketika acara yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor. Memetik laporan Malaysiakini, belon yang dilepaskan dari tingkat lima itu menarik perhatian umum apabila ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian ketika pembukaan DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur, petang semalam.
Namun begitu, belon tersebut berlegar-legar di udara sebelum jatuh di belakang pentas utama dan kemudiannya dipecahkan oleh beberapa pengawal keselamatan yang berada di tingkat bawah. Sekitar 200 pengunjung terkejut apabila melihat belon itu, ada di antara mereka yang merakamkan kejadian tersebut dan ada juga menuding jari ke tingkat atas. Manakala seorang polis bantuan lagi pula, terus ke tingkat lima untuk menjejaki individu yang melepaskan belon berkenaan. Menurut laporan Bernama, Najib dan Rosmah tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana tidak menyedari insiden itu berlaku. Pada masa yang sama, mereka sempat meluangkan selama beberapa minit menyaksikan pameran lukisan oleh Soon Hoe, pelukis kontemporari Malaysia yang berpangkalan di Melbourne. - CARI Infonet |
26
Bagus |
38
Marah |
39
Terkejut |
58
Sedih |
41
Lawak |
37
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT