Oleh : TS LOO
Buat kali pertama lebih satu bilion orang menggunakan Facebook dalam satu hari , kata pengasas syarikat berkenaan Mark Zuckerberg. Zuckerberg dalam satu tulisan berkata. Kejayaan membanggakan itu dicapai Isnin lalu apabila "seorang bagi setiap tujuh orang di bumi menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan dan keluarga. Facebook memiliki hampir 1.5 bilion pengguna yang mendaftar masuk sekurang-kurangnya sekali sebulan, namun jumlah yang dicatat itu adalah untuk satu hari tunggal. Syarikat itu mendapat pengguna ke satu bilion pada Oktober 2012.
Laman media sosial itu diasaskan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg ketika beliau masih seorang mahasiswa di Universiti Harvard.
Dalam tulisannya kelmarin, beliau meramalkan capaian Facebook akan terus berkembang. Pada Oktober 2012 ketika Facebook kali pertama mengumumkan ia memiliki satu bilion pengguna menggunakan laman itu sekurang-kurangnya sebulan sekali dan kini, kurang tiga tahun kemudian, tapak media sosial itu berupaya menarik angka itu dalam satu hari tunggal. - CARI Infonet |
15
Bagus |
13
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
25
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT