|
Oleh : TS LOO
Ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin dipecat daripada UMNO berkuatkuasa serta merta kerana tindakannya memfailkan saman terhadap Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak. Surat pemecatan Anina, Ahli UMNO Kampung Padang Mat Sirat, Langkawi itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor. Malaysiakini melaporkan Tengku Adnan mengesahkan perkara itu. Dalam surat itu, Tengku Adnan memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO memutuskan keahlian Anina sebagai ahli telah gugur dengan sendirinya berkuatkuasa serta merta di bawah Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO kerana tindakannya membawa parti ke mahkamah. Jumaat lalu, Anina, 40, memfailkan saman terhadap Najib di Mahkamah Tinggi berhubung dana RM2.6 bilion yang didakwa didermakan oleh pemimpin negara Arab.
Anina berkata dia mewakili ahli UMNO memfailkan saman itu kerana mendakwa Najib telah menipu ahli parti. Anina menjadi popular selepas rakaman video dia menuduh Najib sebagai penipu dalam mesyuarat UMNO Bahagian Langkawi menjadi viral. - CARI Infonet |
|
11
![]() Bagus |
12
![]() Marah |
26
![]() Terkejut |
22
![]() Sedih |
26
![]() Lawak |
23
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.042981 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.