CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Adakah Anda Punyai Rakan Gay, Lesbian, Biseksual Atau Transeksual?

9-9-2015 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 22006| Komen: 211


Oleh : Dean BZ

Sumber foto : imgarcade.com


Sejak akhir-akhir ini, kita menyaksikan gerakan Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan saja semakin menular diseluruh dunia malah Malaysia juga tidak terkecuali turut terkena tempias gejala ini. Gerakan cinta dan hubungan sejenis ini lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi di negara kita. 



Memang benar, sesetengah negara mengiktiraf perhubungan dan perkahwinan sejenis, namun di Malaysia kita tidak boleh menerimanya kerana ia bukan sahaja ditentang agama, melanggar etika sosial, malah perlakuan itu juga terbukti membawa pelbagai keburukan dan keruntuhan moral dikalangan masyarakat. 

"Al-Quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan oleh Allah kerana kedegilan mereka”

Komuniti gay, lesbian, biseksual dan transeksual (LGBT) kebiasaannya menarik kebanyakan golongan remaja dan mahasiswa untuk menyertai komuniti mereka melalui media baru iaitu rangkaian laman sosial. Baru-baru ini juga negara turut digemparkan dengan isu seorang rakyat Malaysia yang merupakan pelajar perubatan (tajaan Petronas) telah berkahwin dengan kaum sejenis di luar negara.

Sumber foto : akudansesuatuz.blogspot.com


Penularan gejala LGBT telah mula mendapat perhatian dunia perubatan dan kesihatan atas inisiatif Persatuan Psikiatri Amerika atau APA melalui satu manual kesihatan dan penyakit mental yang mereka terbitkan. Manual itu dikenali sebagai Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders atau DSM. 


APA ITU LGBT?
Homoseksual – adalah merujuk kepada seseorang individu yang tertarik atau mempunyai kecenderungan dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina.
Gay – merujuk kepada lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu homoseksual.
Lesbian – merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, iaitu perempuan homoseksual.
Biseksual – kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita.
Transeksual – seseorang lelaki atau perempuan yang berperasaan seperti perempuan atau sebaliknya dan menampilkan perasaannya secara nyata sama ada melalui pertuturan, gerak badan, cara berpakaian dan sebagainya.


FAKTOR PEMBENTUKAN GEJALA LGBT
1- Pendidikan agama yang cetek
2- Kurang kasih sayang ibu bapa
3- Pengaruh media massa
4- Pengaruh rakan sebaya
5- Trauma masa silam yang "memeritkan"
6- Salah faham terhadap "Takdir"


KESAN BURUK LGBT
1- Penularan penyakit HIV AIDS
2- Penyakit Siflis (penyakit seks yang paling biasa)
3- Masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga/matlamat perkahwinan kabur


Allah SWT menciptakan lelaki dan perempuan, yang cantik serta kacak agar berkahwin dan memenuhi naluri seks. Ini adalah cara paling sesuai untuk meneruskan generasi suci. Justeru, kegiatan tidak sihat seperti LGBT adalah perkara tidak rasional dilakukan. Walaupun ada pengamal LGBT mengakui mereka ditakdirkan hidup sedemikian, adalah alasan tidak boleh diterima akal.

Penyakit LGBT yang membawa fahaman budaya songsang melawan arus ajaran agama dan kemanusiaan merupakan perkara serius yang perlu dibendung dengan segera. Individu, institusi dan kerajaan perlu bekerjasama dalam menghalang penularan LGBT kerana gejala ini bukan saja membunuh keturunan malah memusnah institusi keluarga. 

Apakah anda mempunyai rakan yang suka kan hubungan sejenis? Jika ada, apakah langkah-langkah yang anda lakukan untuk menyelamatkan rakan-rakan seperti ini supaya kembali ke pangkal jalan? - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.



39

Bagus
29

Marah
14

Terkejut
24

Sedih
25

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 9-9-2015 05:20 PM
Ada..pastu duk suruh org jangan judge etc

Pang sekali baru sedaq diri
Quote Bedah.Cun 9-9-2015 05:20 PM
Silakan berkuntum sekelians rogayah bottem dan sebagainya? Anal lyses anda please?
Quote lkick2113 9-9-2015 05:21 PM
kalu ikut akronim kak senah @Changa LGBTQ, aku pun tak tau Q tu stand for what???
Quote Bedah.Cun 9-9-2015 05:22 PM
lkick2113 replied at 8-9-2015 09:21 PM
kalu ikut akronim kak senah @Changa LGBTQ, aku pun tak tau Q tu stand for what???

Q stands for Queer lar, bang Kick. Terase profesor diriku ineh
Quote jay_07 9-9-2015 05:28 PM
Jawapan aku ada. So kau nak kaata ape penulis ni?
Quote alieyrina 9-9-2015 05:29 PM
Ritu tgk hgtv..amboi kapel lesbian n gay duk mncari umah..mati2 aku ingat depa anak beranak ..last2 baru perasan   
Quote mzzenma 9-9-2015 05:32 PM
alieyrina replied at 9-9-2015 05:29 PM
Ritu tgk hgtv..amboi kapel lesbian n gay duk mncari umah..mati2 aku ingat depa anak beranak ..last2  ...

Hahah yang pilot tu ka?
Gedik sgt partner dia takut duk sorang2
Nak beli rumah dekat town
Quote hzln 9-9-2015 05:40 PM
ada
yg paling unik sekali
ada yg 3 beradik
abang long stret
abang ngah gay (bottom ka top tak dpt dipastikan)
adik bongsu lesbian





Quote peningsokmo 9-9-2015 05:42 PM
ada, tapi memang kalau orang x kenal kawan i ni memang x sangka dia les...
Quote MarcusMok 9-9-2015 05:43 PM
its our life.. no harm.. its also our rights
Quote mommymonster82 9-9-2015 05:47 PM
LGB pernah..T belum pnh ada..
dah insaf dah skrg dorg Alhamdulillah
dah beranak pinak..

Quote revolusi_30 9-9-2015 05:48 PM
Ada, ramai kot, akak x kesah jah. X gitu sis @Changa
Quote SelamiHayati 9-9-2015 05:48 PM
ini semua naluri semulajadi yang ada pada kebanyakan makhluk2 lain macam kucing, anjing, kambing. sebaiknya kita selami dulu untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan dan kenapa mereka jdi mcm tu sebelum mengubah naluri semulajadi seseorang.
Quote kudajantan77 9-9-2015 05:49 PM
Wartawan CARI telah mencabar ketuanan gay di CI ... @Muntz sila ambil tindakan ...
Quote akik 9-9-2015 05:53 PM
Ada.sorang gay gemuk,dia kena high blood pressure sebab gemuk sangat.tapi ramai je yg melanggan dia.
Lagi sorang pengkid gemuk obese.tapi awek2  dia cun2 belaka.
Quote ekmal_sorrow 9-9-2015 05:53 PM
#aliffsyukri #karlshafek #wakdoyok #taufikbatisah
korang please take note

Quote lkick2113 9-9-2015 05:54 PM
Bedah.Cun replied at 9-9-2015 05:22 PM
Q stands for Queer lar, bang Kick. Terase profesor diriku ineh

ooo......pandai kak bedah...
Quote lkick2113 9-9-2015 05:56 PM
MarcusMok replied at 9-9-2015 05:43 PM
its our life.. no harm.. its also our rights

which one were you??? L G B T or Q???
Quote famri7 9-9-2015 05:57 PM
Bedah.Cun replied at 9-9-2015 09:22 AM
Q stands for Queer lar, bang Kick. Terase profesor diriku ineh

Q ittew questioning la sis...yang terkemut2 celah almari sis

Lihat semua komen(211)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.037674 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top