CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Cara Menghilangkan Tekanan Peperiksaan!

9-9-2015 06:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7383| Komen: 18



Oleh : TS LOO

sumber foto : http://www.desicomments.com/


Setiap kali menjelang atau ketika menghadapi musim peperiksaan pastinya pelajar di peringkat rendah, menengah dan universiti akan menghadapi tekanan. 

Umumnya tahap tekanan dihadapi oleh pelajar berbeza-beza mengikut tahap fokus mereka terhadap peperiksaan yang akan mereka duduki dan tahap persediaan yang mereka lakukan. 

sumber foto : http://www.mstar.com.my/


Lazimnya pelajar yang mengambil berat terhadap pelajaran dan menginginkan keputusan cemerlang tentunya tekanan yang mereka hadapi lebih dirasai.


Bagaimana caranya menghadapi tekanan dalam keadaan ini? Tekanan pada saat akhir amat berbeza berbanding tekanan belajar yang lain. Mengapa? 

Tekanan pada masa ini, memerlukan anda terus mengulang kaji kerana peperiksaan yang bakal tiba. Sekiranya anda berhenti maka anda menghadapi risiko untuk gagal.

sumber foto : http://c8.alamy.com/


Persiapan awal harus dilakukan seperti mengulangkaji pelajaran dan latih tubi. Ini mampu membantu anda mengawal mental dan emosi tekanan ketika menduduki peperiksaan. 

Anda berkemungkinan akan lupa semua yang anda ulangkaji disebabkan gementar yang keterlaluan dan sebagainya. Jika perlu, minta nasihat daripada rakan dan guru untuk mengawal tahap gementar anda.

sumber foto : http://cdn.psfk.com/


Justeru, keraplah menelefon ibu bapa anda sekiranya anda tinggal jauh daripada mereka. Lebih untung bagi yang tinggal bersama orang tuanya. Banyakkan berbuat baik pada mereka. Sesungguhnya doa mereka untuk anda adalah yang paling makbul. Anda juga dapat mengurangkan tekanan dengan bercerita masalah dengan ahli keluarga anda.

Selain itu, apabila anda tamat menjawab satu kertas peperiksaan dan kebetulan anda tidak dapat menjawab dengan baik maka janganlah terlalu memikirkannya. Ini kerana anda akan menjejaskan tahap fokus anda terhadap kertas peperiksaan yang akan anda duduki seterusnya.

sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/


Oleh itu, bagi memantapkan aspek kerohanian dan mentaliti anda dalam peperiksaan, ada baiknya anda berdoa dan bersolat memohon ketenangan dan ketajaman pemikiran untuk menghadapi peperiksaan. Keraplah mengulang kaji pelajaran di rumah.


Kebanyakan pelajar gemar mengulang kaji pelajaran di saat akhir. Inilah punca sebenar gementar yang tidak terkawal menyebabkan anda lupa semua yang anda pelajari. Maka, wujudlah nota kecil sebagai rujukan untuk dibawa ke dalam dewan peperiksaan. 


Anda dinasihatkan tidak melakukannya kerana ia akan menambah tekanan anda bagi mengelak -ditangkap pengawas peperiksaan.


Belajar atas usaha anda sendiri lebih berkat ilmu yang dipelajari. Sekiranya anda menghadapi tekanan yang teruk ketika menduduki peperiksaan, anda boleh keluar mencuci muka atau minum air untuk meminimumkan gementar anda. 


Aspek pemakanan dan kesihatan diri juga penting untuk kecergasan tubuh badan dan kecerdasan otak semasa menduduki peperiksaan.

sumber foto : http://2.bp.blogspot.com/


Sekiranya merasa tertekan yang amat sangat, lepaskan dengan segera. Jeritlah atau ketawalah sepuasnya. 


Lepaskan segalanya dengan segera tetapi jangan dengan cara yang salah. Anda boleh melepaskan tekanan itu dengan menyanyi atau melakukan perkara yang anda suka. Diharap kaedah di atas dapat membantu anda dan selamat berjaya bagi yang bakal menghadapi peperiksaan.- CARI Infonet


11

Bagus
18

Marah
12

Terkejut
20

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (98 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 9-9-2015 07:38 PM
ya allah ..dear...ni article apa sinya mesej positifnya ?

suruh ketawa  heheh

well suruhlah relaxaton exercise
try terapi kognitif  especially yg anxiety prone tu... relaxation technique

EXERCISE

go and have a walk

Quote mbhcsf 9-9-2015 07:39 PM
tang bab doa, solat  bagus tu. cumanya...ta cukup isi laaa
Quote tightcherry 9-9-2015 10:55 PM
Hidup utk exam jah..hujung2 jd penganggur pengemis.. Skill tarak
Quote sengwai929 10-9-2015 11:43 AM
Tekanan kini bkn dr ppriksaan saje
Quote Emperor95 10-9-2015 12:01 PM
Sepatutnya dari kecil anak ini perlu diberikan ilmu untuk meningkatkan kadar survival rate mereka mengikut keadaan semasa dunia hari ini.
Quote MengkuduMasam 10-9-2015 12:17 PM
anak buah aku sorang dah die persiapkan utk exam nih...

every weekend ade tusyen.... mcm xde life budak tuh.... xtau ape dunia luar....
jenjalan umah atok nenek & sedara pun makpak dia xpi....sbb anak tusyen

padahal UPSR nya next year kot...
Quote mattzzx 10-9-2015 12:24 PM
Layan forum CAri.......
Quote crankshaft 10-9-2015 12:32 PM
Movies, bowling, golf, laps swimming...sebulan sebelum first paper......of all exams...throughout education life.......

Itupun dua kali lompat Gred....

Terima kasih JUS KURMA.......


Kah kah kah


Quote MeghanK 10-9-2015 12:34 PM
isu semasa meh
Quote crankshaft 10-9-2015 12:35 PM

Isu sepanjang hayat.........

LIFE LONG LEARNING........
Quote crankshaft 10-9-2015 12:37 PM
Emperor95 replied at 10-9-2015 12:01 PM
Sepatutnya dari kecil anak ini perlu diberikan ilmu untuk meningkatkan kadar survival rate mereka me ...

Hantar ke outward bound school every school holidays ka?

Kah kah kah
Quote Emperor95 10-9-2015 12:41 PM
crankshaft replied at 10-9-2015 12:37 PM
Hantar ke outward bound school every school holidays ka?

Kah kah kah

Tidak salah bagi yang memerlukannya.
Quote crankshaft 10-9-2015 12:45 PM
MengkuduMasam replied at 10-9-2015 12:17 PM
anak buah aku sorang dah die persiapkan utk exam nih...

every weekend ade tusyen.... mcm xde life ...

Anak buah aku lak pelik binte ajaib......lagi nak exams......lagi banyak main........katanya..........when you have given 100% fokus in class.......revision becomes secondary.......

Macam nak mintak kena karate je khennnnn?
Quote MengkuduMasam 10-9-2015 12:57 PM
crankshaft replied at 10-9-2015 12:45 PM
Anak buah aku lak pelik binte ajaib......lagi nak exams......lagi banyak main........katanya...... ...

betul laa tuh...

aku sendiri penah encounter org mcm nih...
kita punya pulun study.... die relax je main game... tup tup score....

cam haremm...
Quote crankshaft 10-9-2015 01:01 PM
MengkuduMasam replied at 10-9-2015 12:57 PM
betul laa tuh...

aku sendiri penah encounter org mcm nih...

Khennnnn? Aku pulak lain sikit........dalam kelas tak fokus....dah nak exams tak pegang buku......tup tup dapat dua Kali lompat gred.......


Like I said...terima kasih JUS KURMA........



Kah kah kah.....
Quote ninja boy 10-9-2015 01:29 PM
kalau otak pintar x perlu study awal, study hanya last minit ja pun masuk uni jugak. stress study cuma di uni ja bukan di sekolah menngah dan rendah.
Quote usmanafandy87 11-9-2015 04:10 PM
Wulan Guritno Ingin Jadi Germo Dari Sosok Ini

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya
Quote mzzenma 11-9-2015 04:14 PM
mzz dulu study last minute..dlm 2 days before exam
the day before exam buku semua dah simpan..nak relax

subject2 mengira semua study sambil dengar lagu and nyanyi2
koser sangat nak stress2 bagai

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050106 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top