CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Tak Ada Stokin Putih, Ini Pun Ibu Rebut-Rebut"

10-9-2015 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 22241| Komen: 164

Oleh : Fyruz Hanna

Sungguh menginsafkan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ketika membaca kisah adik bernama Fatihah.

Cerita kedaifan sebegini sememangnya mengajak kita bersyukur dengan nikmat tuhan kepada kita. 

Dia tidak memilih untuk melanggar peraturan sekolah dengan sengaja namun kerana kesempitan hidup, dia tetap ke sekolah walaupun tahu 'stokin merah' itu jelas melanggar peraturan sekolah.

Jom baca kisah hasil perkongsian daripada Cikgu Mas Kaz dalam fbnya:



Tak pasal-pasal mata masuk habuk. Ceritanya begini…. Dalam kelas, sedang buat ujian lisan. Panggil seorang-seorang murid. Giliran anak murid yang namanya, Fatihah, aku pun panggil. Ala-ala macam nurse panggil pesakit masuk bilik doktor. Maka Fatihah pun tampil ke depan. Sedang dia menuju ke arah aku. Mata aku fokus pada stokin berwarna merah yang dipakainya itu.

Dialog antara kami seperti berikut…

Cikgu Mas Kaz: Fatihah, dah banyak kali cikgu nampak kamu pakai stokin berwarna merah. Tak boleh tahu? Kena pakai yang berwarna putih.

Fatihah: Tak ada warna putih cikgu. Ibu saya tak ada duit nak beli.

Cikgu Mas Kaz: Habis tu? Warna merah comel-comel ini ada pula duit nak beli?

Fatihah: Ini pun ibu saya rebut-rebut.

Cikgu Mas Kaz: Rebut-rebut? Di mana? ( perasaan ingin tau semakin tggi, maka soalan ku lanjutkan)

Cikgu Mas Kaz: Ayah awak tak kerja ke?

Fatihah: Kerja tetapi selalu tak ada gaji.

Cikgu Mas Kaz: Ayah kerja di mana?

Fatihah: Ayah kerja besi (mungkin maksudnya kutip besi)

Cikgu Mas Kaz: Pergi sekolah bawa duit tak?

Fatihah: Bawa, seringgit.

Cikgu Mas Kaz: Mana ibu dapat duit?

Fatihah: Ayah bagi ibu. Kadang-kadang ayah bawa balik dua ringgit, empat ringgit. ( Aku lihat air matanya bertakung namun sikit pun tidak tumpah ke pipinya)
Cikgu Mas Kaz: Di rumah selalu makan apa?

Fatihah: Makan sayur.

Cikgu Mas Kaz: Dapat dari mana?

Fatihah: Ibu cari-cari di belakang kedai.

Cikgu Mas Kaz: Lauk pula?

Cikgu Mas Kaz: Ayah mancing di lombong.

Aku tunduk, pejam mata sekejap. Sedihnya, aku rasa malu. Anak berusia 7 tahun ini tabah melalui kehidupan yang sukar. Namun berapa ramai yang masih alpa lalai dengan nikmat dunia? Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.

Cikgu Mas Kaz: Fatihah, cikgu nak pesan ni, dengar betul-betul. Kamu kena belajar elok-elok, nanti boleh kerja elok-elok. Bagi ibu duit, boleh?
Fatihah: *hanya sekadar mengangguk

Cikgu Mas Kaz: Cikgu minta maaf, selama ini selalu marah kamu. Selepas ini, cikgu ajar, kamu dengar ye. Biar jadi pandai. -CARI Infonet.
7

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 10-9-2015 08:02 AM
... insop iols...
iols selama ni asik mengeluh ngan laif iols ...
hakikatnya .. ada orang yang lebey malang kalo nak banding ngan laif iols...
lagi lagi those bebudak yang masih kecik lagi...

moga adik fatihah sukses dalam kehidupan dunia akhirat ...
Quote nacein 10-9-2015 08:04 AM
sedihnya
Quote olafhul 10-9-2015 08:12 AM
janji dik, bljr rajin-rajin. pilih kwn elok-elok.
Quote namirulmukminin 10-9-2015 08:16 AM
Ya Allah.. sedihnye... Bagi la detail budak ni... no akaun ke untuk jariah bagi yg berkemampuan kat porem ni....
Quote reeny 10-9-2015 08:20 AM
pagi2 mata masuk habuk...
Quote monyet_2015 10-9-2015 08:20 AM
Anak-anak lauk ikan pun tak nak makan, sayur pun tak sudi nak jamah.

kucing kat rumah aku pun teruk perangai..ikan yang tak direbus dulu atau di goreng dulu tak nak makan..dah la di goreng..di beri sekor sekor macam tu tak nak makan..kena buang tulang dulu..ambil isi saja..pastu kena gaul dengan nasi..pastu letak dalam pinggan..baru makan..kadangkala tu kena suap juga dulu baru makan..pastu kalau bagi frieskies siang tak nak makan..malam je..siang makan ikan ngan nasi..
Quote dzaraa 10-9-2015 08:35 AM
pagi pagi dah ada org kupas bawang ker..............

selalu bekalkan lebih anak bawa makanan ke sekolah supaya dia boleh kongsi dengan kawan-kawan.....dan ajar dia supaya x lokek......mana tau ada kawan2 yg hampir nasib serupa mcm budak nih bolehlaa sama-sama makan.....tp bekalkan rm1.00 je utk dia...
Quote alieyrina 10-9-2015 08:36 AM
Sedih..semalam pun ada exstaff kampeni mengadu duit dlm tgn ada rm5 jah. Kami pun apa lg...kalut kutip derma utk dia..xdan nk tnya masalah apa..kesian kt anak2 lah..
Quote gaara_X 10-9-2015 08:38 AM
ermmmm...kekadang sesuatu kesan jangka panjang itu memeritkan sesetengah individu.....namun mereka yang berada tinggi takkan dapat selami apa yang pahit ditelan.....
Quote kokocrunch 10-9-2015 08:50 AM
sedihnya..moga adik nie berjaya didunia & akhirat.
Quote batmana 10-9-2015 08:53 AM
so,
SOP guru setakat posting jadi viral aja ka?
tarak ada tindakan susulan?

tkde langsung butiran adik ni duk mana, apa alamatnya , muke dia, maknya paknya.
yg ada gamba kasut aja?

apa ingat kite leh tau ka alamat adik ni dgn tgk kaki adik ni aja?

bodo punya cikgu.
Quote chinta89 10-9-2015 08:55 AM
mata masuk habuk..dh kuatkan hati jgn  baca sb sure nanges tapi nk jgk baca..


Quote ariellin 10-9-2015 08:58 AM
baca thread ni..
Quote haryatie 10-9-2015 08:59 AM

sedihnyaaaa..
Quote psychobubble 10-9-2015 09:01 AM
kesian adik ni kecik2 dh rs keperitan hidup
ade org tu dh tua bangka idup mewah bini berbeg hermes birkin bagai tp still mengharap derma 2.6 biliyen
Quote Jagendas 10-9-2015 09:02 AM
sedih.. moga dibukakan pintu rezeki olehNya
Quote yayangmama 10-9-2015 09:05 AM
Ya Allah sedih nya....

kenapa lah pagi2 dah terbaca cerita sedih macam ni...

jadi anak yang bijak ya Fatihah
Quote jengkoil 10-9-2015 09:07 AM
For some people..mmg ditakdirkan rezki yg sedikit..usaha mcm mana pun tetap sama..tapi teruskan berusaha.. insha Allah. .satu hari nanti beroleh kejayaan..
Quote cutebaby5907 10-9-2015 09:15 AM
dzaraa replied at 10-9-2015 08:35 AM
pagi pagi dah ada org kupas bawang ker..............

selalu bekalkan lebih anak bawa mak ...

kan?aku aku lately duit belanja manjang habes x penah ada baki
aku pun tegur la..
rupe2nye besfren dier anak yatim
katenye emak kawannye keje tp gaji x seberapa
kdg x bwk duit
klu x bwk duit anak aku share sorg singgit mase rehat
sian katenye..org susah..

** tiba2 terbayang zaman aku kecik2 dulu sebesar 8 tahun dah tolong arwah ayah aku motong getah..kutip beku






Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.051203 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top