CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[Sista] Tip Untuk Wanita Melembutkan Ego Lelaki

11-9-2015 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7469| Komen: 14

Oleh Izzah Abbasy

Lelaki dan ego memang tidak boleh dipisahkan. Kenapa? Sudah menjadi lumrah dan batilnya lelaki mempunyai sifat ego ini. Sifat ego ini adalah normal terjadi kepada mana-mana lelaki.


Jika anda berdepan dengan lelaki ego yang tinggi, pasti rasa sengsara. Namun, tidak semua lelaki mempunyai ego yang tidak boleh mengawalnya. Lelaki yang bijak mengendali ego dengan rasionalnya.

Bagaimana ingin tangani lelaki ego ini? Ada beberapa tip terbaik yang boleh membantu para wanita ;

Dengar apa yang mereka katakan
Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya 100% tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.


Buatkan mereka berasa bijak

Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.

Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO
Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.



Jangan lokek beri pujian

Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka kata-kata pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati dan menghargai diri anda.

Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik
Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.

Buatkan mereka merasakan mereka betul
Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

Pada dasarnya untuk menjinak ‘ego’ seorang lelaki bukanlah perkara sukar hanya perlu hargai dan sentuhi hatinya hingga ke dasar lubuk hatinya. Buat dia tersentuh dengan apa yang anda (wanita) lakukan.



Namun pada hakikatnya bukanlah suatu hal mudah untuk menyentuh hati seorang lelaki apatah lagi yang pernah merendahkan egonya demi seorang perempuan namun akhirnya dikecewakan. Jika ada wanita yang berfikir mampu mempermainkan maruah seorang lelaki dengan menjatuhkan egonya lebih baik berhati-hati kerana mungkin perbuatan itu akan memakan diri wanita itu sendiri. Jadi jangan ambil mudah mempermain ego seorang lelaki. Susahnya berhadapan dengan lelaki ego kan? - CARI Infonet

Sumber info : Forum Tentang Cinta / menerusi tentang cinta

34

Bagus
27

Marah
16

Terkejut
22

Sedih
27

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (152 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miabebe 4-7-2015 12:00 PM
Nice to know....

Click favorite
Quote bellaa 4-7-2015 02:46 PM
miabebe replied at 4-7-2015 12:00 PM
Nice to know....

Click favorite

ape tu?
Quote miabebe 4-7-2015 02:58 PM
bellaa replied at 4-7-2015 02:46 PM
ape tu?

Ape tu ape bellaaaaaaa....hihihi...
Quote bellaa 4-7-2015 03:01 PM
miabebe replied at 4-7-2015 02:58 PM
Ape tu ape bellaaaaaaa....hihihi...

sumpah x paham mia cakap pe.
Quote miabebe 4-7-2015 03:15 PM
bellaa replied at 4-7-2015 03:01 PM
sumpah x paham mia cakap pe.

Bhahahahaha...

Mia pon tapahammmm...kihkihkih...
Quote mattzzx 4-7-2015 04:22 PM
Ramai ke lelaki Ego sekarang ni??
Quote keladi_merah 4-7-2015 08:55 PM
abang aku tergolong dalam golong nie...omg...susah nau nak deal ngan dia. tapi my mom selalu back up dia.. sabo jelah
Quote delsmomm 5-7-2015 08:53 AM
tips yg baik nehh..

bleh apply dgn segera..
Quote eriteun 13-9-2015 04:51 PM
Wulan Guritno Ingin Jadi Germo Dari Sosok Ini

Duo Serigala Siap Pamerkan Payudara Di Film Terbarunya

Koleksi Foto Bugil Amel Alvi

Koleksi Foto Bugil Ayu Ting Ting

Foto Bugil VJ Marissa Sexy Banget
Quote MeetJoeFly 15-9-2015 08:22 AM
ego sorang lelaki ni ade macam2... paling penting lelaki memang nak dihormati... sekelakar mane pon orangnya, kalu pompuan bleh hilang hormat pada dia.... dia pon bleh hilang hormat kat pompuan...
Quote sue_0684 15-9-2015 09:30 PM
MeetJoeFly replied at 15-9-2015 08:22 AM
ego sorang lelaki ni ade macam2... paling penting lelaki memang nak dihormati... sekelakar mane pon  ...

apa perasaan lelaki tu klao dia pernah ckp kat ppn yg dia suka..awak memang mencabar ego saya..padahal ppn tu x tau pon apa sebenarnya yg dia dah buat?..((
Quote salju_mutiara 18-9-2015 10:32 AM
TQ for the tips..

Tunang sy mmg ego tinggi...
Mmm..kalau camni mmg sy penah buat silap la...
Kena ikut tips ni...

Thanks!
Quote qronaldo7 19-9-2015 05:23 PM
Sifat lelaki yg sukar nak diubah

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.152158 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top